UMMI ADRIANA: RESEPI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

1 April 2016

SARAPAN BIHUN GORENG LADA HITAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Selepas sahaja Solat. Saya bersiap-siap untuk menyediakan sarapan untuk seisi keluarga. Buatkan bihun goreng lada hitam. Ini adalah makanan kesukaan abang Darwish. Siap minta bawa ke tadika. 

" Ummi , nak bawa bekal ke sekolah, Boleh?"

" Ok. Minta tolong dengan abi tolong isikan dalam bekas."

" Ok, Ummi..."
Reseal Bihun Goreng Lada hitam:

Bahan-bahan :
* Bawang putih
* Bawang merah
* Ikan bilis
* lada hitam
Isi ayam
Bebola ikan

( * kisar @ tumbuk, lada hitam tu tumbuk asing ye )

Cara:

Panaskan minyak. Masukkan isi ayam , goreng.
Kemudian masukkan bahan dikisar tadi hingga naik aromanya. Kemudian masukkan semula isi ayam yang telah digorengkan tadi dan lada hitam ditumbuk halus. Setelah itu, 2 cawan air dan didihkan air tersebut.
Masukkan bebola ikan dan sayuran serta bihun sekali. Sudah siap boleh dihidangkan.

Sila Lah Cuba resepi tersebut.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.

28 Mac 2016

MAKANAN KEGEMARAN KU KETIKA KECIL

Assalammualaikum.
Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pada ketika ini, saya terimbas kenangan lalu. Zaman kanak-kanak. Sukar untuk dilupakan saat itu.

Setiap kali saya dan adik-beradik balik ke kampung arwah nenek dan atok. Mereka berdua sudah tidak boleh duduk diam. Sampai sahaja rumah nenek n atok , apa lagi .. Saya dan adik-adik yang lain buat permintaan dengan atok hendak makan ayam kampung panggang.

" Atok... Kami hendak makan ayam kampung panggang, Boleh?"

Atok hanya senyum sahaja. Lalu pergi ke dapur menghampiri nenek. Atok membisikkan sesuatu di telinga nenek. Kami melihat sahaja gerak geri tersebut.

Selepas solat subuh , arwah atok pergi menangkap ayamnya yang tidur atas pokok... Masa itu, arwah atok membela ayam sendiri. Kami pun hairan lalu bangun apa yang bising-bising Kat dapur. Rupa-rupanya atok sedang berkejaran menangkap ayam untuk disembelih. Ini semua untuk permintaan cucunya. Atok sanggup buat apa sahaja untuk cucunya. Sembelih ayam , Atok sembelihkan. Buang bulu ayam, Atok, buat rencah memanggang , Atok, sehinggalah ayam kampung selesai panggang ...


Ayam kampung ( image dari Mr google )

" Atok , terima kasih."

Atok hanya senyum sahaja.

Image dari Mr Google.

Makanan kedua kegemaran adik-beradik saya iaitu keladi masak asam pedas. Keladi tanam sendiri dekat tepi sungai. Arwah nenek pergi mengambil beberapa pokok keladi untuk dimasak masa itu. Kami semua ikut sahaja dari belakang . selesai sahaja mengambil keladi... Arwah nenek sediakan semua bahan-bahan untuk memasak pula. Arwah nenek yang masakkan untuk kami semua. Aduhai masakkan tersebut sungguh enak dan lazat sangat... Air tangan arwah nenek... Sampai tak ingat orang lain apabila rasa masakan tersebut.

Image dari Mr google

Sampai sekarang saya sekeluarga teringat-teringat masakan tersebut... Sukar nak Cari rasa yang sama seperti masakkan arwah.

*** Saya rindu sesangat arwah berdua. Al Fatihah.



3 Disember 2015

KEK GULA HANGUS

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...


Minum petang tadi...




Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan :

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.

2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.

3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.

4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.

5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.

6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.

7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.

8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.

9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.

10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

selamat mencuba :)

Sekian.
Terima kasih....


SAMBAL IKAN BILIS GORENG MENU MAKAN MALAM


Assalammualaikum ...
Salam sejahtera ....

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...

Selepas sahaja buat segala kerja rumah itu Lah rutin harian bagi suri rumah untuk keluarganya..

Tengah-tengah membuat kerja ... Terlintas pula menu makan malam petang tadi... Saya sedia bahan-bahan untuk memasak pula...





Sambal  ikan bilis goreng

Antara bahan-bahan nya :

1. Ikan bilis : 100gm
2. Bawang besar : 1 biji 
3. Bawang putih : 4 ulas 
4. Cili kering : 10 tangkai 
5. Minyak masak secukupnya.

Kisar bawang besar , bawang putih dan cili kering

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan ikan bilis sehingga kekuningan.
3. Angkat ikan bilis tersebut.
4. Selepas itu , tumis kan bahan bahan yang sudah dikisar tadi. Tumis sehingga naik aromanya dan terbit minyaknya.
5. Kemudian , masukkan ikan bilis goreng tadi.
6. Gaulkan ikan bilis sebati dengan sambalnya tadi.
7. Masukkan perisa iaitu garam secukup rasa.
8. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.




P/s :

***  Tidak tahu pula cik Suami sukakan sambal ikan bilis goreng itu... Habis diratahnya tadi...:-) :-) :-)





Selamat mencuba.

Semoga Ia memberi manfaat untuk anda.

Sekian.
Terima kasih






KUAH KARI DALCA SAYUR

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....

Alhamdulilah ...
Semuanya sihat-sihat belaka....

Sebaik sahaja Bangun dari tidur terfikir hendak masak apa untuk tengahari ini...
Saya hanya terlintas hendak memasak kuah kari dalca sayur ... Sudah lama tidak memasak lauk tersebut....

Baiklah ... Saya sudah sediakan resepinya sesudah memasak sebentar tadi....



Ini dia menu untuk makan tengahari


Antaranya adalah ;

Bahan A :

1. Bawang besar : 1 biji
2. Bawang putih : 4 ulas
3. Cili kering : 10 tangkai
4. Serbuk kari : 5 sudu besar ( saya guna KARI ADABI )
KISAR SEMUA BAHAN A ( TERMASUK SEKALI SERBUK KARI SUPAYA SEBATI )

Bahan B:

1. Isi ayam / daging
2. Santan : 1 1/2 cawan
3. Air : 5 cawan
4. Minyak masak : 1/2 cawan
5. Bahan penumis ( pekkak, bunga lawang dan kayu manis ) ***

BAHAN C :

1. Ubi kentang : 1 biji
2. Carrot : 1 biji
3. Terung : 1 biji
4. Kacang panjang : 4

Ubi kentang , carrot dan terung : potong dadu besar.

BAHAN D:
**** Kacang dal dalam 1/2 cawan rebus hingga empuk

Cara memasak :

1. Panas kan minyak masak tadi.
2. Masuk kan bahan penumis (***) sehingga naik baunya.
3. Masukkan BAHAN A yang telah dikisar tadi. Tumiskan sehingga naik baunya dan terbit minyaknya.
4. Selepas itu , masuk kan isi ayam / daging.
5. Kemudian masukkan BAHAN C DAN BAHAN D.
6. Masukkan air sebanyak 5 cawan tadi ke dalam bahan-bahan tadi sehingga mendidih kuahnya.
7. Kemudian , setelah kuah mendidih dalam 10minit, masukkan santan pula.
8. Masak atau didihkan kuah kari sehingga sebati.
9. Masukkan bahan perisai iaitu garam secukup rasa.
10. Setelah masak kuah kari tersebut boleh dihidangkan bersama nasi panas.



Tapi saya sekeluarga makan bersama me sahaja. :-) :-) :-)


SELAMAT MENCUBA.
SEKIAN.
TERIMA KASIH.

30 Ogos 2015

RESEPI KUAH LAKSA

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulilah... Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...
Hari ini hendak memasak menu apa untuk tengahari, ya?
Hari ini saya sekeluarga makan kegemaran iaitu kuah mee laksa...


Antara bahan-bahannya adalah :

1. Ikan kembung - 1 kilo ( direbus )
2. Udang - 1/2 kilo 
3. Bawang besar - 2 biji
 4. air rebus udang - 2 cawan
5. Belacan - 2 inci ( ikut ukuran jari )
6. Bunga kantan - 1 batang
7. Daun kesum - 1 ikat 
8. Cili kering - ( ikut suka mahu pedas atau tidak )
9. Adam keping : 5 keping 


Hiasan :

1. Telur rebus
2. Kacang panjang 
3. Kubis atau salad
4. Timun

1 peket -  Mee laksa 

Cara membuatnya: 

1. Asingkan isi dan tulang ikan kembung. Blend isi ikan kembung. Blend pula tulang ikan kembung. Satukan dalam periuk bersama air rebusan ikan dan udang tadi.

2. Blend cili kering, belacan dan bawang besarMasukkan ke dalam periuk tadi.

3. Didihkan dan renehkan kuah tersebut sehingga naik aromanya.

4. Masukkan bunga kantan , asam keping dan daun kesum , udang.

5. Sementara tunggu kuah tersebut boleh rebus kan mee laksa.

6. Masukkan perisa Iaitu garam secukup rasa.


Setelah itu sesudah kuah dan mee laksa masak. Apa lagi boleh lah dihidangkan.

Orang yang pertama yang menjamu hidangan mee laksa adalah cik Suami kerana perutnya lapar dan tidak sabar hendak rasa kuah mee laksa. Tapi caranya cik Suami makan memang tidak memuji dia diam kan sahaja. Bak kata orang tua-tua tandanya dia sukakannya.

Selamat mencuba.
Sekian.
Terima kasih.



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign