UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

22 Ogos 2015

DOA PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
ِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

Dengan Nama Allah yang Maha
Besar ...
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui ....
Ya Allah, ampunkan la dosa dosa kami dosa kedua ibubapa kami, guru guru kami, jadikan lah anak anak kami anak yang berjaya, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya ...
Ya Allah, jaminkan lah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman  keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya ....
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya ...
Ya Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..
Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun ...
Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa² kami, berkati
la kami dunia dan di akhirat..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

20 Ogos 2015

APABILA TANGAN SI IBU BOLEH MENGGEGAR SELURUH DUNIA

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah ... Semuanya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera..

Hari ini hati sentiasa tenang dan damai.... Ketika ini saya sedang membaca sesuatu yang mengusik hati naluri saya... Hati tersentuh sedikit demi sedikit....

Saya membaca dan sering terdengar ungkapan tersebut , TANGAN SI IBU MAMPU MENGGEGAR SELURUH DUNIA...

Ungkapan tersebut tepat bagi menggambarkan pengaruh kuat  seorang IBU terhadap perkembangan dan pendidikan anak-anak.

Walaupun betapa besarnya dan beratnya tanggungjawab mendidik anak, namun persediaan fizikal mental dan rohani seorang IBU telah disediakan Oleh ALLAH SWT selengkapnya.

Setiap IBU menjadi lambang wanita yang mewah dengan naluri kelembutan dan kasih sayang.

Fitrah inilah yang membolehkan para IBU memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada anak-anak.

Keadaan demikian akan berlangsung di sepanjang hayat seorang IBU , baik ketika susah mahupun senang. Hidup seorang anak tidak lengkap dan sempurna tanpa wujudnya kasih sayang seorang IBU.

Sekadar ciuman serta pelukan seorang IBU sudah cukup membawa erti yang mendalam dan besar kepada diri seorang anak.

Walaubagaimana pun , wanita Islam sejati yang bergelar IBU , mampu memberikan tumpuan serius dalam mendidik dan membina jiwa yang teguh serta semangat juang dalam diri anak-anak. Setiap IBU solehah yang mantap semangat pengorbanannya akan menonjolkan pemikiran secara matang di samping mempamerkan akhlak unggul. Para IBU sekalian sanggup berkorban bagi menegakkan agama ALLAH SWT seperti juga pejuang LELAKI di Medan Perang..

19 Ogos 2015

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulilah...

Ciri-ciri Wanita Solehah:

1. Bergaul dengan suami atas dasar kerelaan dan kasih sayang.

2. Santun, lemah lembut tutur kata dan sentiasa bermanis muka ketika melayani suami.

3. Sentiasa menjaga penampilan diri tidak sampai suami melihat sesuatu yang buruk daripada isterinya. Sebolehnya sentiasa memakai haruman supaya suami tidak menghidu bau busuk daripada isterinya.

4. Sentiasa memastikan makan minum suami terurus dengan baik serta tidur an rehatnya mencukupi kerana perut yang lapar akan menyebabkan kemarahan dan kurang rehat menyebabkan sakit hati.

5. Menjaga nama baik dan kehormatan serta rahsia suami.

6. Tidak menunjukkan kegembiraan ketika suami bersedih dan berada dalam keadaan kesusahan. Begitu juga ketika suami bergembira isteri tidak sepatutnya bersedih pula. Isteri solehah sentiasa berkongsi rasa dan bersimpati serta memahami tanggungan dan perasaan suami.

7. Memuliakan suami agar suami juga memuliakan isteri maka akan terbinalah sikap saling hormat menghormati antara suami isteri.

Sekian
terima kasih.

sharing is caring always.....

Smile always.....

WANITA YANG DICINTAI SUAMINYA

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Apabila Wanita itu telah melakukan solat Lima waktu , Puasa Pada di bulan Ramadhan , taat kepada Suaminya, menjaga kehormatannya, akan dikatakan kepadanya , masuklah ke dalam syurga Dari mana-mana pintu yang kamu mahu"  ( Riwayat Ahmad dan at - Tabrani )

Rasullah SAW juga bersabda lagi:

" Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia adalah WANITA YANG SOLEHAH" ( Riwayat Muslim )

Wanita solehah yang menjadi solehah adalah wanita yang dicintai Oleh Islam dan diredhai Oleh Allah swt. Wanita Islam yang bijaksana ini, sentiasa taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat. Dia sentiasa berusaha menggembirakan suaminya , walaupun suaminya bukan daripada golongan yang berharta. Dia tidak menyesal kerana kesempitan hidup dan tidak berasa susah dengan tugasan di rumah. Dia sentiasa ingat kepada beberapa orang wanita unggul dalam sejarah yang menjadi contoh teladan dalam menzahirkan kesabaran, kebaikan , dan melakukan amar makruf nahi mungkar.

Isteri Solehah

" Mahukah kamu , aku beritahukan daripada hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan Oleh seorang lelaki? Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya, dia akan gembira , jika suami menyuruh sesuatu , dia akan taat melakukannya. Jika suami tiada di rumah , dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya" ( Riwayat Ahmad )


14 Ogos 2015

MENJANA PENDAPATAN SEBAGAI AFFILIATE SIMPLEHIJAB

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulilah ..... Semuanya sihat sihat belaka


Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:



Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate kami ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.



Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.

Anda ingin memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal & kepakaran. Tak mengapa, SIMPLEHIJAB ada jawapannya:













E BOOK MENJANA PENDAPATAN DI RUMAH:  

Sekian.
 TERIMA KASIH.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign