UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 Januari 2016

10 PERKARA YANG MENDATANGKAN CINTA ALLAH swt

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

10 PERKARA YANG MENDATANGKAN CINTA ALLAH swt:


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian 
Terima kasih.

9 Januari 2016

ADAKAH ANDA DIKATEGORI DALAM ANAK SULUNG???

Assalammualaikum...

Semoga anda dalam sentiasa sihat-sihat selalu...

Adakah anda tergolong  dalam kategori ANAK SULUNG???

Sumber Dari DOKTOR USTAZ FADILLAH KAMSIAH

Aduhai... Hampir semua terkena sedikit dalam diri saya....

Huhuh...

Sekian.
Terima kasih.




8 Januari 2016

FADHILLAH MENCIUM ANAK,ISTERI DAN SUAMI

Assalammualaikum

Salam sejahtera....

Alhamdulilah...

Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...

Ingin mendapat PAHALA setiap hari...???




Semua itu ada disekeliling kita... Terutama sekali di dalam rumah tangga...

Kasih sayang itu Ada di dalam keluarga kita ... Antaranya anak, isteri dan suami...

CIUM itu adalah salah satu daripada sikap yang positif melahirkan kasih sayang yang sentiasa Ada... Ia adalah perbuatannya SPONTAN Tanpa PAKSAAN...

FADILLAH MENCIUM ANAK ISTERI DAN SUAMI:


Image ehsan Dari MR GOOGLE

Memberikan ciuman adalah satu IBADAH... Selepas itu dapat ganjaran lagi itu... 


APAKAH HUKUM MEMBERIKAN CIUMAN?


Hukum mencium kerana untuk mendapat redha Allah serta niat yang baik kerananya samada mencium kepala, kedua belah tangan, kaki, kedua lutut dan selainnya adalah HARUS. Dalam hal ini, imam Nawawi telah mengarang satu bahagian khas tentang perbincangan ini. Begitu juga ulama lain seperti al-Hafiz ibn al-Muqri, al-Hafiz ibn al-A’rabi, al-Hafiz Abu al-Fadl al-Ghumari dan beberapa ulama ahli ilmu lain yang menjelaskan hakikat keharusan bercium berdasarkan dalil dari Sunnah nabi yang Sahih lagi Thabit daripada baginda. 


Dalil;


i. Daripada Zaari’ berkata:

“Sewaktu kami tiba di Madinah, kami berlumba-lumba (bersegera) dari perjalanan kami lantas kami mencium tangan nabi s.a.w.”

- Hadith dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Daud (5225).


ii. Daripada Ka’ab bin Malik r.a:

“Sesungguhnya sewaktu beliau ditimpa keuzuran, nabi s.a.w tiba maka beliau terus mengambil tangan baginda s.a.w kemudian menciumnya.”

– Dikeluarkan oleh imam At-Tabarani di dalam kitabnya Mu’jam al-Kabir (19/95, no. 186).


iii. Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata: “Kami telah menghampiri kepada nabi s.a.w, kemudian terus mencium tangannya”. – Dikeluarkan oleh imam Abu Daud (5223).




Mencium tangan kedua ibubapa dan anak-anak:


i. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa nabi s.a.w menCIUM perut saidina Hasan bin Ali r.a (cucu nabi s.a.w). Begitu juga thabit dari hadith bahawa baginda s.a.w menCIUM saidina Hussien r.a. Baginda juga menCIUM puterinya saidatina Fatimah r.a, menjadi keaiban bagi siapa yang tidak melakukan sedemikian rupa.


ii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa saidina Abu Bakar r.a menCIUM anaknya saidatina A’isyah r.a ketika beliau mendapati bahawa anaknya itu demam. Ciuman bukan khusus untuk anak-anak lelaki sahaja. (Hadith no. 5222).


iii. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila saidatina Fatimah r.a mendapati nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menCIUMnya. (Hadith no. 5217)


Menurut riwayat imam Tirmizi bahawa apabila saidatina Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanya di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, nabi s.a.w mencium tangan puterinya.


Yakni CIUMAN anak pada kedua belah tangan ibubapa adalah kerana pengiktirafan mereka terhadap kemuliaan darjat ibubapa dan ciuman ibubapa kepada anak-anak pula adalah hak kasih sayang mereka oleh ibubapa.


Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan hadith yang dinyatakan adalah bertukar-tukar CIUMAN antara ibubapa dan anak-anak adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yang mulia. Setiap tindakan bijaksana yang wajib dilakukan oleh ahli keluarga adalah lebihan cinta, kasih sayang dan kemesraan terhadap keluarga.


Dalam satu hadith yang dinyatakan, bahawa seorang lelaki bercerita di dalam satu majlis nabi s.a.w, bahawa beliau tidak menCIUM anak-anaknya. Lalu baginda s.a.w bersabda:

“Apa yang dapat saya nyatakan bahawa Allah s.w.t telah melenyapkan rahmat daripada hati kamu”


. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari no. 5998).


Begitu juga tentang kisah saidina umar r.a mengasingkan seorang lelaki dari sebuah negeri kerana mengingkari CIUMAN saidina Umar r.a terhadap anaknya. Kisah yang begitu mashyur.



SEKIAN.

TERIMA KASIH





6 Januari 2016

DOA AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

Assalammualaikum 
Salam sejahtera...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...





رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 


 (*)Maksudnya ialah : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"


Semoga ia memanfaat buat anda ...


Sekian.


Terima kasih


AKTIVITI ALYA APABILA ABANG BUNYAMIN PERGI SEKOLAH


Assalammualaikum...

Aktiviti adik Alya apabila abang Bunyamin pergi sekolah

Semenjak dua hari persekolahan abang Bunyaminnya... Adik Alya sering kali bertanyakan abangnya... Walaupun adik hantarkan abangnya pergi sekolah....

" Ummi, abam..."

"Abam pergi sekolah..."

"Ummi..."

" tak per tengahari nanti abam balik..."

Adik Alya rindukan abam BUNYAMINNYA



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign