UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 Jun 2016

GIVEAWAY ONEXOX BY HANIS MASTURINA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.



Klik banner untuk join 

Link entry Prabayar Onexox 

http://adrianafaizul.blogspot.com/2016/06/giveaway-onexox-by-hanis-masturina.html


Good luck pada yang join   sini

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Teringin juga nak terima kad raya..



Salam Ramadhan 1437hijrah

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin

10 Jun 2016

LIRIK LAGU MULIANYA RAMADHAN BY REM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga Anda sentiasa sihat-sihat selalu...

LIRIK LAGU MULIANYA RAMADHAN ( REM )






Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya

Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan

Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri

Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita...

Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...




< BACA SINI JUGA > 

SEKILAS PANDANG MENGENAI PUASA RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.


< BACA INI JUGA >


Sekian.
Terima kasih.

SALAM JUMAAT 5 RAMADHAN 1437H


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



ُِDoa Pagi Jumaat                           .                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                                          Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya الله , pada hari ini Engkau muliakan kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.

Ya Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu mendoakan kebahagiaan orang lain.

Ya Allah berilah juga kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.

Ya Allah jauhkanlah diri kami dari berbagai penyakit hati. Ya Allah tunjukkanlah kepada kami jalan kebenaran iaitu jalan yang Engkau redhai.

Ya الله perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan  terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya الله sesungguhnya Engkau Yang Maha menyaksikan bahawa kami menerima apa yang telah disampaikan oleh RasulMu  Nabi Muhammad SAW.

Ya الله sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya الله masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.

Ya الله , Ya Tuhan kami, kami juga bermohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya الله tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya الله peringatkan
kami apa yang kami lupa.

Ya الله sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.

Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tampa hisab. ََ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                    
‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

‎آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign