UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

19 Julai 2016

RESEPI KUAH KARI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga sentiasa sihat-sihat selalu.


Sebelum ini resepi untuk SINI DAN SINI
Boleh Lah untuk dijamukan para tetamu yang hadir nanti. Hari ini saya sediakan resepi untuk seluruh keluarga nanti. Maaf Lah baru hari ini , share resepi kuah Kari untuk mee ker , bihun ker, nasi himpit ker ... Tidak kisah Lah apa-apa pun.


Bahan-bahannya :

Cili kering ( ikut kepedasan anda ) - anggaran 20 biji cili kering
2 biji Bawang besar ( dikisar )
1 labu bawang putih ( dikisar )
5 sudu besar serbuk kari 
1 senduk minyak masak.
1 kilo udang
1 kilo isi kerang 
1 peket tauhu kosong
1 peket bebola ikan
1 peket fish cake
1 biji santan
400 liter air
Garam secukup rasa.

Cara memasaknya:

Panaskan minyak masak , masukkan bahan-bahan yang Telah dikisar tadi, cili kering, serbuk Kari, sehingga baik baunya dan terbitnya minyak.

Masukkan tauhu kosong , fish cake, bebola ikan , kerang dan udang. Biarkan 5 minit sebati bersama bahan-bahan tadi.

Kemudian masukkan 400 liter air , biarkan mendidih sebentar.

Kemudian masukkan pula santan tadi. Didihkan sebentar. 

Akhirnya sekali letakkan garam secukup rasa. Tutup api setelah masak.

Hidangkanlah untuk seisi KELUARGA dan rakan taulan yang hadir ke rumah.




Selamat mencuba.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.








15 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI 1437H/2016

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah Tanpa kusedari selamat ini buat KELUARGA, rakan-rakan taulan.

Salam 10 Syawwal 1437 h dari kami sekeluarga FAIZA. Pada tahun ini , giliran kami sekeluarga pulang beraya di sebelah Suami , Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, Kuala Kangsar , Perak, dua minggu sebelum raya. Kali ini pecah rekod balik Kampung Perak. Hihihi...





Pada sebelum raya , saya sekeluarga melihat pembinaan panjut di sekitar kampung Kuala kangsar ketika. Maaf Lah saya tidak sempat mengambil foto pesta tersebut jadi saya Google sahaja foto itu, sebab terlalu teruja sangat.


 PESTA PANJUT 2016


Sampaikan pesta tersebut masuk berita awani ketika itu. SINI






14 Julai 2016

IKAN SEMBILANG MAK SUNGGUH RANGGUP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Selepas buat resepi rendang kerang cili padi  tadi. Emak saya pula membuat rencah untuk menggoreng ikan sembilang sambal ataupun makan ikan sembilang tersebut makan begitu sahaja...

Menu tersebut adalah menu kegemaran seluruh KELUARGA saya Kasya RAPS3.
Saya amat bertuah adanya EMAK yang memasak lauk pauk dengan air tangannya sendiri. Sampaikan semuanya adik-beradik yang berjauh dengan ayah dan Emak sekali-kali Emak akan memasaklah apa yang adik-adik saya suka. Tidak kisah Lah apa juga hidangannya.










" Aduhai omak den menggoreng ikan sembilang punyalah WANGI gila tu... Dan garing gitu sampai ke tulangnya bila menggigit dan mengunyahnya...."

Rasanya nak jer kuar rumah....

Adik lelakiku pun x Boleh tidur jugak...

 "rasa nak pengsan...
 meleleh air liur ..."

Jom saya sharekan resepi sambal garing ikan Sembilang :




Minyak masak 
Cili kering ( ikut kepedasan anda iye )
Cili padi ( ikut kepedasan anda iye )
5 biji bawang besar ( dikisar )
1 labu bawang putih ( dikisar)
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Panas kan minyak masak ( ikut sukatan anda iye )

Tumiskan bahan-bahan kisar tadi.

Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga dan garing dan juga terbit minyaknya.

Kemudian Boleh masukkan ikan Sembilang yang sudah digoreng tadi.






Masukkan garam secukup rasa iye...

Setelah itu Boleh Lah dihidangkan bersama nasi panas. ( Aduh sudah terliur air liur ni.... Hihihih :-) :-) :-) )


Selamat mencuba iye....








RENDANG KERANG ADALAH MENU KEGEMARAN CIK SUAMI KETIKA RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam aidilfitri maaf zahir batin jika ada silap dan salah selama ini.

Selepas menghantar Darwish ke Pasti , saya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah : belikan mak Senah 2 kilo ikan sembilang dan 2 kilo kerang. Kerang itu saya belikan atas permintaan cik Suami sebelum raya lagi. Hendak dimasak masa di kampung Perak ketika itu. Tapi tiada  kesempatan untuk memasaknya rendang kerang kesukaan cik Suami apabila menjelangnya Hari Raya setiap tahun raya sebabnya saya kurang sihat ketika itu.

Jom saya sharekan menu tersebut:



RESEPI RENDANG KERANG CILI PADI:

2 kilo kerang ( direbus dahulu ).
1/2 kilo santan pekat.
Cili padi blend  ( ikut kepedasan anda sendiri )
5 batang serai ( diketuk )
2 inci kunyit hidup ( ditumbuk halus )


Cara memasaknya :

Masukkan santan pekat, cili padi blend, kunyit, serai dan kerang ke dalam kuali.

Masak semua bahan-bahan tersebut hingga betul-betul kering.

Setelah itu, Boleh Lah dihidangkan bersama-sama nasi himpit dan nasi panas.
( Boleh lihat image diatas)

Selamat mencuba.





3 Julai 2016

DI HARI KELAHIRANKU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 1437H

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Terima kasih Ya Allah , saya masih bernafas di Bulan baik ini Ramadhan , 27 ramadhan 1437h akan meninggalkan kita semua dalam beberapa hari lagi ( 3 hari lagi ) menyambut hari lebaran Aidilfitri....

Pada hari ini juga saya menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 35, 3 Julai 2016 Ahad, sudah tua rupanya saya ini. Semoga Allah swt memberkati usiaku , dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang... ya Allah tutupkanlah mata-mata kejahatan dari manusia yang kejam lagi berhati jahat dan hasad dengki. Pulihkanlah kami sekeluarga penyakit misteri ... Sembuhkanlah Ya Allah dengan izinMu , Ya Allah...





Ini Lah sumber inspirasi saya selama 35 tahun...
Jika mak Senah x ada Kat umah cik Saniah Tohid yang mengambil tempat sementara menjaga Ku  ketika mak Senah dok labour room melahirkan adik2 Ku di hospital..  Sayang kamu berdua dunia akhirat...

#harikelahiranku
#3julai
#nostalgia


       
Setiap tahun hari kelahiran wajib dapat SMS ni daripada dato seri mohamad hj hassan.... Terima kasih Dato Seri...







Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pengunjung blog ini tak Kira para blogger dan rakan - rakan di Alam Maya ini.


Video TNB






EKSKLUSIF: Astro Raya Plush Toy Pat, Mang & Las Comel Istimewa Hanya Untuk Raya 2016 Ini!



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign