UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

3 November 2016

Spageti Lada Hitam

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Agenda makan malam ini adalah buatkan spageti lada hitam untuk kegemaran cik hubby dan anak-anak.



Makan malam :

Resepi Me Spageti Lada Hitam:

Bahan2:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Lada hitam.

Sayur2 an:

1. Lobak
2. Tomato.
3. Kobis.

1. Fish cake.
2. Crab stick.
( ayam , daging pun Boleh )

Cara-cara membuatnya:

1. Rebus satu peket spageti sehingga lembut.
2. Kisar bawang merah , bawang putih dan lada hitam.
3. Potong lobak , tomato dan kobis.
4. Hiriskan fish cake @ isi ayam @ daging.
5. Panaskan minyan dan tumiskan bahan2 yang Telah dikisarkan tadi hingga naik baru aromanya.
6. Masukkan sayur-sayuran , fish cake @ isi ayam @ daging.
7. Masukkan dua cawan air sehingga mendidih.
8. Kemudian masukkan spageti dan gaul kan sebati ke semua bahan2 tumisan tadi.
9. Setelah masak Boleh dihidangkan untuk seisi KELUARGA.



Selamat mencuba ....




2 November 2016

#Andainya

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



1 November 2016

BERDOALAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Image result for berdoa
Imej dari Mr Google


Berdoa amat penting untuk berjaya. Minta kepada Allah apa yang kita mahu. DOA ini Bukan sahaja doa selepas sembahyang ataupun doa dalam bahasa Arab yang kita sendiri tidak faham maksudnya. Tetapi cuba berdoa dengan apa yang kita faham dan kita mahu. Kita mahu menyiapkan kerja mengikut tarikh akhir, berdoa. Kita mahu Allah murahkan rezeki kita , berdoa. Kita mahu Allah kuatkan semangat dan memudahkan kerja kita seharian, berdoa.
Doa itu bukan sahaja selepas sembahyang, tetapi berdoa pada bila-bila sahaja. Berdoa di depan komputer ataupun berdoa di dalam hati sepanjang masa. Semoga dengan doa - doa kita itu , Allah memperkenankannya jika ia baik untuk kita.

Jaga waktu Solat

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Image result for jaga waktu solat
Imej dari Mr Google

Bagi yang beragama Islam , sudah tidak.menjadi masalah untuk kita bersolat jika bekerja dari rumah. Di tempat kerja mungkin agak sukar untuk kita solat. Mungkin juga tempat kita bekerja langsung tiada menyediakan tempat solat. Jadi satu kelebihan besar untuk kita menunaikan solat semasa bekerja di rumah. Peluang ini juga perlu diambil dengan solat berjemaah di surau ataupun masjid.
Bagi kaum Hawa, kita tidak lagi mengenakan solekan semasa bekerja dari rumah. Bukankah ia memudahkan kita mengambil wudhuk dan menunaikan solat? Ambil peluang ini bagi menjaga waktu terutamanya pada awal waktu. Kita sudah mempunyai tempat solat terbaik, jadi tunaikan solat sepenuhnya walau sebanyak mana pun kerja yang perlu disiapkan.

JAGA WAKTU MAKAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Image result for jaga waktu makan
Imej dar Mr Google

Bahaya bekerja dari rumah adalah kita tidak menjaga waktu makan. Di pejabat, kita terikat dengan waktu makan yang Telah ditetapkan, berbeza dengan rumah. Lazimnya kita tidak ada masa yang ditetapkan untuk makan. Kita boleh makan apabila benar-benar lapar ataupun setelah menyiapkan kerja. Tanpa disedari pada pukul empat petang baru kita menjamah makanan tengah hari.
Sebelum sakit , lebih baik kita tetapkan waktu makan kita seperti mana waktu makan di pejabat. Tetapkan waktu makan pagi, makan tengah hari dan minum petang dengan teratur. Jadikan waktu itu sebagai waktu penting untuk kita menjamah makanan demi kesihatan kita.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign