UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

30 Ogos 2015

CIRI - CIRI IBU MISALI

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah... Semuanya sihat-sihat belaka dibawah dilindungi dan diberkati ALLAH SWT.

Setiap IBU di dunia ini ingin kan dirinya sentiasa IBU yang disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Terutama sekali kasih sayang IBU terhadap anak-anaknya.... Tidak kisah anak-anak berapa ramai yang perlu dijagai sepanjang hidup si ibunya. In sya Allah hingga ke syurga kasih sayang IBU tersebut.

Adakah IBU IBU Ingin jadikan dirinya sebagai IBU misali?

Tentu mahukan kan!!! Hihihi...

Tidak mengapa saya ingin kan berkongsikan serba sedikit APA dia ciri - ciri IBU misali.

Antaranya adalah :

1. Sentiasa berusaha mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.

2. Anak-anaknya sentiasa merasai dakapan kasih sayangnya.

3. Bersikap adil dan sama rata terhadap anak lelaki dan anak perempuan.

4. Tidak membezakan kasih sayang dan jagaan antara anak lelaki dan anak perempuan.

5. Tidak mendoakan kejahatan dan keburukkan untuk anak-anak.

6. Sangat mengambil heart terhadap semua perkara yang memberi kesan kepada pertumbuhan akal dan fikiran anak-anak.

7. Menanam kan akhlak mulia kepada anak-anak.

8. Sentiasa berlapang dada menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anak.

9. Berlembut tetapi tegas  dalam melayani tingkahlaku anak-anak, bertegas apabila menyentuh hal-hal ibadah , berlembut dalam watak dan layanannya.

10. Sentiasa meraihkan anak-anak serta mudah berkorban untuk kepentingan anak-anak.






SEKIAN
TERIMA KASIH

RESEPI KUAH LAKSA

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulilah... Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...
Hari ini hendak memasak menu apa untuk tengahari, ya?
Hari ini saya sekeluarga makan kegemaran iaitu kuah mee laksa...


Antara bahan-bahannya adalah :

1. Ikan kembung - 1 kilo ( direbus )
2. Udang - 1/2 kilo 
3. Bawang besar - 2 biji
 4. air rebus udang - 2 cawan
5. Belacan - 2 inci ( ikut ukuran jari )
6. Bunga kantan - 1 batang
7. Daun kesum - 1 ikat 
8. Cili kering - ( ikut suka mahu pedas atau tidak )
9. Adam keping : 5 keping 


Hiasan :

1. Telur rebus
2. Kacang panjang 
3. Kubis atau salad
4. Timun

1 peket -  Mee laksa 

Cara membuatnya: 

1. Asingkan isi dan tulang ikan kembung. Blend isi ikan kembung. Blend pula tulang ikan kembung. Satukan dalam periuk bersama air rebusan ikan dan udang tadi.

2. Blend cili kering, belacan dan bawang besarMasukkan ke dalam periuk tadi.

3. Didihkan dan renehkan kuah tersebut sehingga naik aromanya.

4. Masukkan bunga kantan , asam keping dan daun kesum , udang.

5. Sementara tunggu kuah tersebut boleh rebus kan mee laksa.

6. Masukkan perisa Iaitu garam secukup rasa.


Setelah itu sesudah kuah dan mee laksa masak. Apa lagi boleh lah dihidangkan.

Orang yang pertama yang menjamu hidangan mee laksa adalah cik Suami kerana perutnya lapar dan tidak sabar hendak rasa kuah mee laksa. Tapi caranya cik Suami makan memang tidak memuji dia diam kan sahaja. Bak kata orang tua-tua tandanya dia sukakannya.

Selamat mencuba.
Sekian.
Terima kasih.



28 Ogos 2015

LAGU-LAGU NURSERI UNTUK ANAK-ANAK YANG SEMAKIN MEMBESAR


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah... semuanya sihat-sihat hendak-NYA...




Semakin hari semakin banyak dalam proses pendidikan dan perkembangan anak-anak pada zaman era Teknologi Moden... Minda anak-anak masa kini masih bersih untuk menerima segala pembelajaran mereka hadapi

Apabila melihat anak-anak sukakan lagu-lagu tersebut... saya copy link tersebut untuk anak-anak belajarnya sendiri...

Antara pembelajarannya adalah seperti berikut:




ABC SONG AND MORE NURSERY SONG FOR KID





ALIF BAA TAA SONG FOR KID

TENTU MEREKA SEMUA MENYUKAINYA SEPERTI MANA ANAK-ANAK SAYA KETIKA INI


SEKIAN.
TERIMA KASIH

27 Ogos 2015

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA AMORA AFFILIATE

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?








Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Amora dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Amora?:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.

2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.

3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.

4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.

5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 3% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.

6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.

2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 2% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Amora. 
Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Amora.

3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.


Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!

Anda ingin memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tetapi kekurangan modal & kepakaran.

Antara produk yang ada di AMORA


MIRACLE WATER MASCARA




CHRISZEN 




NENHONG KOREA







Daftar di Amora:


EBook menjana pendapatan di rumah :



 SEKIAN 
TERIMA KASIH 

22 Ogos 2015

DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dahsyatnya Doa Duduk Diantara Dua Sujud”

Ketika orang ditanya, “do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”, Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a. Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.

Do’a itu adalah DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maksudnya :

√ ROBIGHFIRLII, Wahai Tuhan ampunilah dosaku. Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redhaan Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII, Sayangilah diriku. Kalau kita disayang Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII, Tutuplah segala kekuranganku. Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII, Tinggikanlah darjatku. Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.

√ WARZUQNII, Berikanlah aku rezeki, sebagai hamba Allah kita memerlukan rezki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINI, Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.

√ WA’AAFINII, Berikanlah aku kesihatan. Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”

√ WA’FUANNII, Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. Kita awali do’a ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.

Allah memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah mencontohkan kepada kita, menurut logiknya do’a tersebut pasti dikabulkan.

TAPI PERSOALANNYA “DIMANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?” RASULULLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA, “ALLAH TIDAK AKAN MENGABULKAN DO’A YANG KELUAR DARI HATI YANG LALAI.

SEMOGA BERMANFAAT #Tazkirah

Sekian.

Terima kasih...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign