Doa, doa dan doa Selagi Ramadhan masih bersama.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ampunkan dosa kami yang masih tersisa walau sebesar zarrah atau sebesar atom atau sebanyak buih di lautan dan pepasir di pantai.
Ya Allah ampunkan seorang wanita yg engkau kurniakan dlm hidup kami, wanita itu telah mengandungkan kami 9 bulan 10 hari, wanita itu ibu kami, ampunkan ibu kami yg telah melahirkan kami dgn darah dan air matanya.
Ya Allah, ampunkan ibu kami yg telah menyusukan kami ketika kami lapar dan dahaga ketika masih bayi, ampunkan ibu kami yg memeluk kami ketika ketakutan.
Ya Allah, ampunkan ibu yg tidak boleh tidur malam kerana mendodoikan kami.
Ya Allah, ampunkan ibu kami yg selalu menyuapkan kami dgn tangannya yg mulia. Ampunkan ibu yg menutup aurat kami ketika terdedah aib kami. Ampunkan ibu kami yg mengangkat kami ketika jatuh bertatih ketika kami kecil. Ampunkan ibu yg memakaikan kasut dan membasuh najis kami tanpa sepatah kata jijik.
Ya Allah dgn berkat ramadhan, andai kami diberi peluang lagi utk pulang ke rumah utk bertemu dgn ibu kami ya Allah. Agar kami dapat memeluk tubuhnya yg pernah mengandungkan kami ya Allah. Untuk mencium tangannya yg mulia yg selalu menyuapkan makanan kpd kami. Berilah peluang kpd kami utk dapat mencium dahi, pipi dan matanya. Ya Allah, kami memohon keampunan atas segala dosa2 kami. Dengan berkat keampunan itu, engkau sudi menerima solat kami, puasa kami, zakat kami, haji/umrah kami, kerana tanpa redha ibu, engkau akan tolak semuanya.
Ya Allah, kerana engkau telah maktubkan di dalam firmanMu surah Isra ayat 23-24 dan sabda Rasulullah saw : redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan murka Allah terletak pada murka ibu bapa. Hanyasanya kami kurang memahami maksud firmanmu dan hadis itu ya Allah. Andai ibu sudah engkau jemput bersamaMu, sudikanlah kami utk datang ke kuburnya. Sinarkan kuburnya dgn nur cahayaMu ya Allah. Hadirkan bau2an syurgamu di dlm kubur ibu kami sementara datangnya hari kiamat.
Ya Allah muliakanlah ibu kami dan golongkanlah ibu di kalangan para solihin. Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkan seorang lelaki yg bergelar ayah. Dialah yg menyambut kami ketika dilahirkan, dialah yg mendukung kami dan mengazankan kami, lalu dia mengajar kami kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah berulangkali ketika kami diazankan.
Ya Allah, ayah itu tersenyum dgn linangan air matanya, Ya Allah kerana tangisannya jatuh terlebih dahulu sebelum tangisan ibu. Ketika ibu menderita melahirkan anak, dia lah yg berdoa memohon kemudahan kepadaMu ya Allah. Dgn doanya "Ya Allah ya Tuhanku yg menguasai jiwaku, jika perlu dikorbankan nyawaku, maka ambil lah nyawaku dan selamatkanlah isteri dan anak2ku." Inilah jasa seorang ayah yg kami tidak tahu ya Allah, air matanya yg dirahsiakan, kesetiaannya yg disembunyikan, yg hanya ditunjuk wajahnya yg tegas ya Allah, suaranya tidak lagi kedengaran ketika sahur dan subuh kali ini. Jika kami diberi peluang lagi ya Allah, maka berikanlah kpd kami kesempatan utk pulang ke kampung halaman utk memohon keredhaan dan kemaafannya. Ya Allah, kami ingin mencium tangannya yg keras kerana berpenat lelah mencari rezeki, mengusap kakinya yg banyak berjasa, memeluk tubuh yg pernah menggendong kami, Ya Allah, mengusap dahi kepalanya yg selalu difikirkan apa yg terbaik utk kami. Hari ini baru kami mengerti ya Allah, setelah engkau jadikan kami seorang ayah. Mudah2han pengertian itu belum terlewat lagi ya Allah, utk kami perbetulkan kesilapan dan kealpaan kami. Ya Allah Ya Arhama Rahimin. Andai ayah sudah engkau jemput bersamaMu, permudahkanlah sakaratul mautnya. Pindahkan dari kesempitan gelap gelita kubur itu kpd taman2 syurgaMu yg luas dan indah dan nikmat yg kekal abadi. Anak2 kami Ya Allah, Jadikanlah mereka anak yg soleh dan solehah, musleh dan muslehah, elokkanlah mereka dgn ketaatan dan aqidah yg benar dgn syariat yg diamalkan semuanya, dgn akhlak yg mulia demi menjaga maruah agama, bangsa, dan keluarga. Ya Allah, sudikanlah mereka memandikan kami di saat kami tidak mampu lagi menggosok tubuh badan kami. Ya Allah, sudikanlah mereka memakaikan pakaian kpd kami, ya Allah, sudikanlah mereka utk menjadi imam solat jenazah kami. Ya Allah, sudikanlah mereka turun ke liang lahad utk mengebumikan kami, ya Allah, membaringkan kami dgn penuh sopan dan lemah lembut sepertimana dahulu kami meletakkan mereka di dalam buaian. Itu anak2 kami buah hati kami ya Allah. Kami jaga mereka dgn kasih sayang ya Allah. Ampunkanlah dosa kami dan anak2 kami dan bantulah urusan mereka di dunia dan di akhirat. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...