UMMI ADRIANA: TIP

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan

11 Mei 2019

Jom sihat dan segar selalu ketika berpuasa

Pasti kan anda mengambil air yang mencukupi sebagai persediaan untuk kekal terhidrat sepanjang waktu berpuasa. 
Bagaimana? 
Ambillah!! 


2 gelas semasa bersahur
4 gelas selepas berbuka
2 sebelum tidur


Inshaa Allah. 
Dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadhan. 

😊 😊 😊 

4 Mac 2019

NOTA : KHAS UNTUK ORANG YANG CEPAT GIVE UP DALAM BISNES



πŸ”₯KHAS UTK ORG YG CEPAT GIVE UP DALAM BISNESπŸ”₯πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ‘ŒπŸ‘Œ

πŸ‘‰ Bisness mengajar kita erti SABAR, ramai yg nak untung cepat sampai lupa semua rezeki dr Allah... πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

πŸ‘‰baru usaha tak smpai sebulan dh give up... mcm mn nk berjaya kalau sikap kita mcm ni...?πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ”₯πŸ”₯
πŸ‘‰ Mcm mn Allah nak bg rezeki yg banyak kalau ujian kecil mcm ni pn tak sanggup nak tempuh... rezeki semua org tak sma.. ada yg cepat... ada yg lmbt...hanya Allah yg tau... kita hya usaha & terus berusaha..& tawakal..πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ”₯πŸ”₯
πŸ‘‰ ramai yg tak yakin dgn jnji Allah, Allah tak kejam... ingat tu jgn cepat sngat putus asa...πŸ”₯πŸ”₯πŸ’ͺπŸ’ͺ
πŸ‘‰Jangan gusar atau gentar jika anda melihat beberapa org yang left dari group anda.mungkin hp mereka tak dapat menampung betapa hebatnye aura dlm grup kite ni....tekadkan semangat agar kite same2 berjaya selangkah ke hadapan bersama2.....πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ”₯πŸ”₯
πŸ‘‰Ingatlah teman...kite dibawah bumbung yang sama....berlainan daerah....namun kite masih di landasan yang sama untuk berjuang demi mase depan dan pendapatan yang lumayan
P/s: kita snggup pegi keja setiap hari & sabar tunggu gaji sebuln sekali.. bertahun2 keja untk kayakan boss... kena marah ngn boss sanggup sabar... tapi kenapa tak snggp bersabar dlm bisness untk kayakan diriπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸƒπŸƒπŸƒπŸ‘πŸ‘πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨

LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN



IMAGE DARI MR GOOGLE

LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. 

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. 

4. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 

5. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan *mula mengakui kepandaian* , kebaikan dan kehebatan orang lain. 

6. Kita *berhenti membandingkan* nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. 

7. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak . 

8. Kita berhenti meletakkan *nilai kebahagian pada kebendaan* . Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".


IMAGE DARI MR GOOGLE




Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 8 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Apabila kita sudah melepasi umur :

40an..Kita nilai hidup ini berbeza

50an...kita menilai dunia ini hanyalah tempat persinggahan yg membina jiwa lebih kpd lebih memaaf dan redha

60an..terasa lambaian kematian untuk menghadiri mahkamah Ilahi berada di hadapan pintu

Kongsikan bersama dengan semua.😘


Terima kasih kerana artikel di atas. 

Kredit buat Rakan FB. 





24 November 2017

BAGAIMANA MENGENALI DAN MENGURUSKAN STRESS

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Stres merupakan kebiasaan yang berlaku setiap hari.

Tentukan tahap stres anda dan pelajari cara mengurusnya dengan lebih berkesan agar anda dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan emosi anda.


Bagaimana Mengenali & Menguruskan Stres





Diadaptasi daripada:





3 November 2017

KUASA MENCANTIKKAN DENGAN BUAH DELIMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Kuasa Mencantikkan dengan Buah Delima





Buah delima yang dipanggil sebagai "buah kehidupan" adalah terkenal berikutan kemanisan dan kemasaman biji-bijinya yang padat dengan antioksidan berkuasa serta zat-zat makanan penting yang lain seperti vitamin, mineral dan fitonutrien. Namun, buah eksotik ini mempunyai manfaat yang lebih banyak lagi.

Tahukah anda bahawa buah delima digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk mencantikkan kulit dan rambut kita?

Sekarang, mari kita tinjau bagaimana "ketulan-ketulan zamrud merah" ini melakukan keajaibannya kepada kulit dan rambut kita.



1.Kekal Cantik Berseri!

Buah delima bukan sahaja menyerlahkan kulit yang sihat lagi muda, malahan turut disarankan oleh pakar-pakar kecantikan. Ciri-cirinya yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, fitonutrien dan sebagainya membantu untuk mencegah kerosakan oksidatif terhadap sel-sel dan tisu-tisu serta meningkatkan pengeluaran kolagen. Kolagen adalah salah satu “bahan-bahan” utama untuk kulit yang licin dan berseri pada muka dan badan kita.




2.Selamat Tinggal Kulit Berminyak & Bercela

Kulit berbintik-bintik, berjerawat dan celaan… amatlah memalukan! Tidak perlu dikatakan lagi, jerawat dan kecelaan boleh mengurangkan ketrampilan dan keyakinan kita. Buah delima membantu untuk menjauhkan kemudaratan ini dengan merawat jerawat berserta antioksidan-antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin A, zink dan zat besi yang membentuk halangan perlindungan daripada kerosakan oksidatif lantas membantu  menjadikan kulit anda lebih bersih dan cantik. Ia juga mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan agar kulit anda terhidrat tanpa kelihatan berminyak atau kusam.



3.Menyerlahkan Keserian & Keremajaan

Kekal berseri! Kekal anggun! Ciri-ciri anti-penuaan buah delima telah diketahui sejak zaman purba kala lagi untuk melindungi kulit kita daripada kerosakan seiring masa seperti bintik-bintik penuaan, bintik-bintik gelap, kerutan dan kecacatan kulit yang menakutkan. Ia juga merangsang pembaharuan dan melindungi kulit daripada pengaruh alam sekitar. Lebih baik lagi, buah yang mempunyai sifat-sifat meremajakan kulit ini sering disebut-sebut dan terbukti dapat meningkatkan keanjalan, kegebuan dan menyuburkan kulit agar kulit tampil licin secara menyeluruh.




4.Menghidrat dan Melembapkan Kulit 

Bahan-bahan kimia keras yang terdapat pada kebanyakan produk penjagaan kulit dan mengosok atau membersihkan kulit secara berlebihan boleh menyingkirkan lembapan penting yang diperlukan untuk kulit yang berseri. Buah delima dengan ciri-ciri kelembapan ultra melegakan dan menyamankan kulit yang kering serta membantu mengurangkan tanda-tanda keletihan dan merehatkan wajah. Ia juga mengunci  lembapan dan memberikan keserian agar kulit yang terhidrat dan lebih bercahaya dengan serta-merta.




5.Rahsia Rambut Menawan

Buah delima bukan sahaja berfungsi dengan cemerlang untuk kulit kita tetapi juga rambut kita. Antioksidan-antioksidan yang unggul dalam buah delima menjauhkan  serangan dan radikal bebas serta menghalang kulit kepala dan folikel rambut kita daripada kerosakan oksidatif. Dengan itu, ia juga mengurangkan keguguran rambut, rambut beruban pra matang dan penipisan rambut. Buah delima juga  melindungi sinar, kilauan, keanggunan rambut dan menyuburkan folikel rambut untuk rambut yang pastinya dicemburui Rapunzel.

Demikianlah kehebatan buah delima!


Diadaptasi daripada:
https://goodhealthall.com/beauty-benefits-of-pomegranates/
http://stylesatlife.com/articles/pomegranate-benefits/

Gambar daripada internet.

31 Oktober 2017

5 CARA MENGHILANGKAN SUNBURN GUNA BAHAN SEMULAJADI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Setiap hari kulit kita sentiasa terdedah kepada matahari tidak kira panas terik ataupun redup. Sel-sel kulit mudah rosak dan menjadi kemerah-merahan, ini lah yang dinamakan sunburn. 

Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet dari matahari bukan sahaja mengakibatkan sunburn, tetapi turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua. Nah fiza kongsikan 5 Cara Menghilangkan Sunburn Guna bahan Semulajadi untuk di cuba.

πŸŽ€Mayonis

Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan ualls akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.

Nak kesan yang lebih sensasi? Sejukkan dulu mayonis di peti ais kemudian sapu pada kulit. Cubalah!

πŸŽ€Tembikai

Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas.

Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari. 

πŸŽ€Daun lidah buaya

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti ualls akan perasan perubahannya nanti.

πŸŽ€Masker timun dan susu tepung

Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. setelah campuran likat, sapukan ke seluruh kulit wajah seperti masker. Kedua-dua bahan ini mampu menyejukkan kulit yang terbakar.

πŸŽ€Tomato

Cuci bersih tomato yang hendak di gunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

Mudah amat kan sesaiyang, tapi kalau ualls nak lebih mudah tanpa bersusah payah cari kesemua bahan yang fiza sebutkan tadi.

Semoga ia memberikan manfaat anda sekalian.

Sekian.
Terima kasih.

Kredit buat >>> FEZTY EDAYU



9 Oktober 2017

40 AMALAN PEMBAWA BERKAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



40 AMALAN PEMBAWA BERKAT


Antaranya :

1. memberi dengan MURAH hati 
2. melazimkan SOLAT DHUHA
3. membanyakkan PUASA SUNAT
4. TIDAK KEDEKUT BERBELANJA UNTUK KELUARGA.
5. BERJIMAT CERMAT
6. SENTIASA BERWUDHUK
7. SUKA MINUM MADU
8. BERAMAH MESRA DAN SUKA BERGAUL.
9. MENJAGA SOLAT FARDHU 5 WAKTU.
10. MEMBERI SALAM KETIKA MEMASUKI KE RUMAH.
11. BANYAK DIAM DARIPADA BERBICARA.
12. SUKA MEMINTA PENDAPAT SEBELUM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN.
13. MEMPERBANYAKKAN IBADAH  UMRAH DAN HAJI.
14. SENTIASA BERTAKWA DAN BERTAWAKAL.
15. SELALU MEMBACA AL QURAN.
16. BERKAHWIN.
17. MENAMAI ANAK2 MUHAMAD DAN AHMAD.
18. BERSEDEKAH DI AWAL PAGI.
19. KELUAR DI AWAL PAGI UNTUK MENCARI REZEKI.
20. MEMBANTU ORANG SUSAH.
21. MEMBANYAKKAN BERSELAWAT.
22. MENGERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM.
23. SENTIASA MENGUCAPKAN SYUKUR DAN PUJI-MEMUJI ALLAH SWT.
24. BERLEMAH LEMBUT DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK.
25. TEKUN MENUNTUT ILMU.
26. MENGHORMATI PARA ULAMA.
27.  BERBUAT BAIK KEPADA ANAK-ANAK YATIM.
28. MENGISI WAKTU SOLAT ANTARA MAGRIB DAN ISYAK DENGAN IBADAH.
29. MEMBANYAKKAN ISTIGHFAR DI WAKTU PAGI DAN PETANG.
30. MENGASIHI SEMUA ORANG.

***maaf lah yang lelain tu fiza tak berapa nampak sangat

semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.





6 Januari 2017

YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Image oleh Mr. Google

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua



Sekian.
Terima kasih

1 Januari 2017

TIP MANDIAN BERSAMA BIDARA RUQYAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

 Tip untuk hilangkan stress bersama set BIDARA Ruqyah Rahsia Pohon:



Apabila tengah stress..
Apa lagi ...
Sediakan :
air bacaan ruqyah
7 helai DAUN BIDARA ditumbuk halus
Minyak sendi 7titik
Gel mandian ....


Pertama :
Mandi guna air biasa dahulu.

Kedua:
Picitkan sedikit gel mandian di tapak tangan ... Sambil2 tu dalam hati baca Al fatihah 3 qul dan selawat berserta niat kerana Allah swt untuk sembuh dan sihat.



Ketiga:
Siramkan air yang Telah diruqyahkan n dicampurkan minyak sendi BIDARA diakhir mandian.



Keempat:
Sapukan balm ajaib BIDARA dibahagian perut dan belakang badan n sedikit sapuan di bahagian dahi.... Rasa Segar n nyaman sungguh selepas Mandi.




#UmmiAdrianaBeauty
#BidaraRuqyahAsSyifa'
#fiza0173245640


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.


5 Disember 2016

CARA MENGGUNAKAN SET MAKE UP NURRAYSA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Ni haa Tips Makeup Nurrasya.. 😘😘

Untuk Mendapatkan Hasil Make up yg TIPTOP.. korang boleh la follow step spt dalam gambar πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

1. ARGAN WHITENING MOISTURIZER 

Sapu krim pelembap terlebih dahulu ke seluruh wajah...AWM NURRAYSA BEAUTY ni akn bertindak sbg MAKE-UP BASE so make-up akn jd lebih tahan lama dari pagi ke malam serta membuatkan kulit kita lebih lembap dan glowing☺️☺️☺️

2. BABYDOLL FOUNDATION/UV CREAM

Sapu secara nipis sehingga rata keseluruh wajah...utk hasil yg lebih sekata boleh gunakan span atau brush...elakkan dr menggunakan jari kalau tak nak cream nampak bercapuk πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

3.GLOWING DD MOIST CAKE

3 in 1 foundation (powder|foundation|concealer) sudah cukup utk menjadikan kulit wajah nampak cantik dan tertutup dari segala cela yg ada...dap-dap kan shj dgn menggunakan span yg sudah disediakan...jgn sapu tp dap-dap kan shj ikut arah kebawah supaya liang roma tidak terbuka secara tak langsung kulit wajah akn nampak kemas dan bersih...yg paling penting GLOWING YANG AMAT!

4.FLAWLESS MINERAL LOOSE POWDER

Hasil akan lagi MELETOP selepas mengenakan bedak gebu ini...teksturnya yg sgt halus akn membuatkan kulit kelihatan lagi gebu dan flawless...skin yg berminyak sgt-sgt sesuai menggunakan bedak gebu FMLP ini sbb fungsi dia yg pakar menyerap minyak berlebihan pada kulit seterusnya dpt mengawal lebihan minyak yg ada pada wajah korang!πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

5.MIRACLE BLACK EYELINER

Bentuk matanya yg tirus dan tajam memudahkan sesiapa shj utk melukis pelbagai bentuk seterusnya menghasilkan mata yg lebih segar dan ceria!yg best sebab eyeliner ni jenis yg xmudah comot dan mudah dicuci hanya dengan menggunakan air shj...jgn risau mmg takkan jd mata panda bila terkena air!OSEM kan

6.PERFECT BROW SHAPING

Mudah sgt nk dapatkan kening yg cantik dgn eyebrow nurraysa ni sbb bentuk mata nya yg macam mata khat memudahkan kita utk melukis kening tanpa cukur!yg paling best berus pon disediakan sekali...BEST KAN!😊😊😊

7.LONG LASH MASCARA

Mascara yg ajaib!dah la mudah dibersihkan bila hendak solat just tarik je trus hilang bahkan boleh jdkan bulu mata yg pendek jadi lebat dan panjang!hanya letak sedikit bedak loose powder FMLP kat bulu mata korang so hasilnya mmg kalah bulu mata che ta hokey...WOW!HAVOCNYA

8.SHINING MINERAL BLUSHER

Blusher yg bukan sekadar blusher!blusher ni lah yg akn buatkan wajah korang lagi lagi lagi dan lagi BERSERI-SERI...NAIK SERI BAK PENGANTIN RAJA SEHARI...boleh digunakan juga sebagai highlighter dan shading!so hasilnya mmg MELETOP TOP TOP

9.PEARL MAGIC LIPSTICK

Ha...yg ni lagi magic!satu batang tp byk kaler dapat sbb lipstick ajaib nim ikut kaler darah kita...kalau nk nmpk light-light pinkish pinkish je just sekali lalu je pkai...tp kalau nak nmpk vouge ang ang ley 3 4 kali lalu...mmg cantik sgtttttt... mmg superb best sbb dia lah pelembap bibir dan dialah juga gincu...berangin plak tu...rasa fresh je bila pkai plus merawat sambil mencantikkan...nak dpt mana lagi lipstick yg bebas PLUMBUM nim...SUPERB YUMMYLICIOUS !



27 November 2016

TIP UNTUK WAJAH YANG CANTIK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Jom kita Cantik kan kulit wajah :



1. Minyak zaitun ~ satu sudu sahaja minyaknya.
2. Brown sugar @ gula perang ~ ambil 2sudu. Campurkan bersama minyak zaitun
3. Jus lemon ~ ambil sesudu lalu campurkan ke semuanya bahan tersebut sehingga sebati. Lalu scrubkan ke wajah anda. Kemudian cuci bersih dengan air.



1. Epal ~ sagat atau dilecekkan 
2. Yogurt ~ Gaul sebati bersama epal.
3. Jus lemon ~ masukkan sesudu pada campuran epal dan yogurt tadi. Kemudian tempekkan pada wajah anda. Last , cuci bersih dengan air.



1. Putih Telur
2. Serbuk kunyit ~campurkan bersama putih telur.
3. Lemon ~ titiskan dengan lemon. Sapu di bahagian wajah.



1. Nenas ~ ambil sepotong saja dan hancurkan
2. Cottan ball ~ celup kan pada paste nanas dan tenpekkan pada kulit wajah. Biarkan selama 20 minit. Kemudian cuci bersih ye...

Selamat mencuba....



Sekian.
Terima kasih

12 November 2016

Berfikiran Positif

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Good luck ...

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan anda. Sentiasa Lah berfikiran positif akan menerbitkan aura yang positif di dalam diri sendiri.

Happy holiday ... Smile always..






9 November 2016

7 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Sekian.
Terima kasih.

8 Ogos 2016

TIP ELAK SERANGAN PEPIJAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



Imej dari MR GOOGLE


PEPIJAT merupakan serangga yang aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita tidur. Pada waktu siang , pepijat akan menyorok di celah rekahan , rak buku, celah katil dan lain-lain tempat yang mudah untuknya mendapatkan akses kepada manusia bagi menghisap darah. 

Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan. 

Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk , pepijat menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah.



Imej dari MR GOOGLE


Air liur juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit ketika pepijat menghisap darah. Kita akan mula merasakannya setelah pepijat  meninggalkan dan berhenti menghisap darah kita.

Anak pepijat ( nimfa ) mengambil masa tiga minit untuk menghisap darah , manakala pepijat dewasa pula mengambil masa 10 minit hingga 15 minit. Selepas kenyang , haiwan itu akan merangkak Semula menuju ke tempat persembunyian mereka.

.com kongsikan tip bagi mengelak pepijat menyerang tempat tidur kita. SINI dan SINI 




Imej dari MR GOOGLE
KITARAN HIDUP PEPIJAT



TIP ELAK SERANGAN PEPIJAT


1. Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.

2. Basuh tilam  , cadar , selimut , serta katil anda dengan menggunakan air panas.

3. Vakum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vakum berkuasa tinggi.

4. Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau ' bedbug proof cover '.


Sekian.
Terima kasih.


24 Julai 2016

CEGAH AWAL UNTUK SELAMAT NYAWA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


CEGAH AWAL UNTUK SELAMAT NYAWA





Sumber dari pada :

Mingguan MALAYSIA @ AHAD @ 24 JULAI 2016


SINI



22 Julai 2016

LIMA ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat selalu.

5 zikir PEMBUKA PINTU REZEKI


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian.
Terima kasih.





16 Jun 2016

20 PETUA KESIHATAN BERASASKAN BUAH KURMA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Banyaknya khasiat buah Tamar seperti mana Rasullah saw amalkan selama sepanjang hidupnya dahulu.

Jom saya kongsikan melalui image-image tersebut:

























Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.


6 Tips Untuk Menyambut Bulan Ramadhan Dengan Lebih Produktif & Bermakna Tahun Ini

Sekian.
Terima kasih.

*** sumber dari RAKAN FB


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign