UMMI ADRIANA: ZIKIR

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label ZIKIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZIKIR. Papar semua catatan

9 Jun 2017

ZIKIR SEPANJANG RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



" YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN menyukai orang yang meminta ampunan maka ampunilah aku"

( HR TIRMIDZI DAN IBNU MAJAH )







14 Disember 2016

AMALAN SEBELUM TIDUR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


21 Julai 2016

KELEBIHAN BRZIKIR KEPADA ALLAH SWT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Image dari Mr Google





Kelebihan Berzikir kepada Allah Swt.

Allah swt Maha Agung Telah mengingatkan kita dalam kitabNya supaya berzikir kepadaNya sebagaimana firmanNya dalam Al Quran

Antaranya : 

" Dan sebutlah nama TuhanMu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut , dan dengan tidak meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang , dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."

( surah Al -A'raf , ayat 205 )


" Dan sebutlah nama tuhanMu pada waktu pagi dan petang , dan sebahagian daripada malam , maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada sebahagiaan yang panjang pada malam hari. "

( surah al-Insan , ayat 25-26 )


" Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata , " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami daripada seksaan Neraka."

( surah Ali -imran , ayat 191 )

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Katanya, Rasullah saw bersabda :

" Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku juga mengingatiKu di Majlis, nescaya Aku juga mengingatinya dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal ,  nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan seperti biasa ,  nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."

( Riwayat Al Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah )

Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah r.a katanya, nabi saw bersabda ; 

" Sesungguhnya Allah swt yang Maha Memberkati lagi maha Tinggi para malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah swt. Para malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhati majlis - majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka akan turut mengikuti majlis tersebut di mana sahaja mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit."


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah swt. Tidak Kira di mana sahaja dan apa jua yang dilakukan , biarlah hati dan lidah kita sentiasa dalam keadaan zikrullah. Dengan menyebut dan mengingati Allah swt , hati akan menjadi tenang. Semoga dengan berzikir kepadaNya secara istiqamah ,akan menambahkan rasa kasih dan kecintaan kepada Allah swt. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.


SINIl dan SINI


Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih


20 Mei 2016

ASMAULHUSNA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga Anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Bagi bakal ibu-ibu diluar sana, saya ingin juga berkongsikan serba sedikit tentang khasiatnya bersama Zikir AsmaulHusna dalam proses kelahiran bayi anda tidak lama lagi.

Ini Lah pengalaman saya dengan bantuan ZIKIR ASMAULHUSNA untuk itu. Mari kita lihat di dalam image tersebut.



Sebenarnya ALLAH SWT sentiasa ada bersama kita ketika tengah sakit. Allah swt jua Lah ada Penawar sakit itu...




1 April 2016

ALLAH SWT USIK HATI INI UNTUK INGAT PADA-NYA


Kita pernah rasa sebegini.. Kita sebagai hambanya tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Kita hamba ALLAH yang begitu kerdil ... DIA bagi pelbagai UJIAN-NYA yang berbeza dan cara penyelesaiaannya juga berbeza. Sampaikan hambanya berasa TEGAR untuk mendapat kan REWARD-NYA yang berlipatganda...

Tapi ALLAH swt telah men 'USIK' hati kita kerana ALLAH swt begitu 'RINDU' kan kita sebut NAMA-NYA

YA ALLAH.... YA ALLAH ... YA ALLAH...


ALLAH swt sahaja ' TEMPAT MENGADU KASIH SAYANG'


ALLAH ada 'PENAWAR' untuk ubati DUKA LARA


Jadi 'SUJUD' , Taubat kePADA-NYA..



**** walaupun di mana kita ' SOROK KAN DIRI ' Allah swt tetap ikut mana kita pergi... ALLAH swt TIDAK PERNAH JAUHKAN DIRI-NYA untuk kita.. Tak pernah sekali pun BERPALING TADAH pada kita... Kita sahaja yang berpaling tadah Kasih tersebut...


*** maaf ye... Jangan kecam saya ye...




17 Mac 2016

PENGHULU ISTIGHFAR

Assalammualaikum..
Salam sejahtera...
Alhamdulilah.... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



Bermaksud:
" Ya Allah , Engkaulah Tuhanku , tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Engkau , Engkau telah menciptakan aku, dan aku hamba Mu dan aku di atas tanggungan Engkau dan perjanjian Engkau ,  aku tidak berkuasa , aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan yang aku kerjakan , aku mengakui atas kurniaMu terhadapku , am mengaku berdosa, mana ampunilah aku , sesungguhnya tidak Ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."

Semoga ia memberikan manfaat buat anda....


Sekian.
Terima kasih.

27 Januari 2016

JOM BERTAHMID

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Jom kengkawan...
Tambah PAHALA secara AUTOMATIK



Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian.
Terima kasih...




" PENTING SANGAT-SANGAT BAGI YANG SUKA MAKAN DILUAR "

Assalammualaikum...



"PENTING SANGAT-SANGAT BAGI YANG SUKA MAKAN DILUAR"....
*****************************************
.
Santau... (pengenalan siri 1) mngkin ada tanda-tanda yang mencurigakan pada bahan makanan anda kebiasaannya bahan kotor seperti rambut dan kuku... apabila terjumpa dan terlihat bahan tersebut baca surah Al Furqan ayat 23 lalu dibuang bahan tersebut.. InshaAllah..
.
Antara tanda-tanda Santau terkena pada makanan:
.
● Pening dan mengantuk menjelang mahgrib
● Kuku dan bawah mata menjadi hitam dalam masa yang singkat
● kurang selera makan dan muntah walaupun hospital Tidak dapat di kesan pnyakit tersebut
● Sakit perut tanpa sebab
● Hilang focus
● Mimpi bahan-bahan tajam seperti sembilu, buluh, ranting-ranting yangg tajam tulang...
.
Berusahalah dan amalkan lah
AlQuran dalam kehidupan harian anda
"AYAT NI PENDEK JE"...
Kongsikan kepada orang yang anda sayangi






Jom SHARE kan....

Sekian.
Terima kasih...

26 Januari 2016

DOA SELEPAS SOLAT

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Baca 7kali setiap selepas SOLAT.
akan tertutup 7 PINTU NERAKA untuk kita.

Ya Allah Ya Rahman , semoga Kau tutupkan pintu neraka buat ku..keluargaku dan seluruh sahabat mukmin ku..aamiin yarabbalamin


Semoga ia memberikan manfaat buat anda ...

Sekian.
Terima kasih...

17 Disember 2015

PENGHULU ISTIGHFAR


Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat belaka.
Semoga Anda diRAHMATI ALLAH swt...

Penghulu ISTIGHFAR:


Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau.

Fadilatnya:

Dari Syaddad bin Aus, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- di waktu pagi -dengan menghayatinya-, lalu dia mati sebelum waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa membacanya di waktu petang -dengan menghayatinya- lalu dia meninggal sebelum pagi, maka dia termasuk ahli syurga”. (HR Bukhari)



Foto ehsan Jubah Muslimah

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

29 November 2015

ZIKIR TAUBAT NASUHA

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...

Semuanya sihat-sihat belaka...

Saya share zikir tersebut untuk anda semua..

ZIKIR TAUBAT NASUHA:


Kita tidak tahu apa kesalahan kita selama ini ..
Apa yang berlaku tanpa kita tahu...
Jadi... Bermohon pada YANG ESA semoga kita diberikan keampunan DARI-NYA ...

YA ALLAH ....

AMPUNI LAH AKU SEGALA DOSA-DOSA YANG PERNAH DILAKUKAN SELAMA INI.... AKU TIDAK TAHU BILA AJALKU ....

Amin YA RABBAL ALLAMIN ...

SEKIAN.
TERIMA KASIH..


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign