UMMI ADRIANA: SARAPAN BIHUN GORENG LADA HITAM

FAIZABUNYAMIN TABUNG

1 April 2016

SARAPAN BIHUN GORENG LADA HITAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Selepas sahaja Solat. Saya bersiap-siap untuk menyediakan sarapan untuk seisi keluarga. Buatkan bihun goreng lada hitam. Ini adalah makanan kesukaan abang Darwish. Siap minta bawa ke tadika. 

" Ummi , nak bawa bekal ke sekolah, Boleh?"

" Ok. Minta tolong dengan abi tolong isikan dalam bekas."

" Ok, Ummi..."
Reseal Bihun Goreng Lada hitam:

Bahan-bahan :
* Bawang putih
* Bawang merah
* Ikan bilis
* lada hitam
Isi ayam
Bebola ikan

( * kisar @ tumbuk, lada hitam tu tumbuk asing ye )

Cara:

Panaskan minyak. Masukkan isi ayam , goreng.
Kemudian masukkan bahan dikisar tadi hingga naik aromanya. Kemudian masukkan semula isi ayam yang telah digorengkan tadi dan lada hitam ditumbuk halus. Setelah itu, 2 cawan air dan didihkan air tersebut.
Masukkan bebola ikan dan sayuran serta bihun sekali. Sudah siap boleh dihidangkan.

Sila Lah Cuba resepi tersebut.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.

2 ulasan:

  1. macam bihun singapore kan..Simple je resepi tapi macam sedap..Fida dan suami suka pedas..akan tumbuk cili padi hijau jugak..hehehe..tapi sis punya maybe ada budak nak makan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg pun resepi tersebut mi Singapore... Cuma tukar nama resepi tu...
      Sesuai untuk anak2 n cik Suami x leh makan pedas sangat...

      Padam

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign