Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Demikian itu kerana sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah suatu nikmat yang Telah diberikanNYA kepada sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhnya , Allah swt Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui.
( QS AL - ANFAL , 8:53 )
30 Oktober 2016
29 Oktober 2016
KEPENTINGAN MUHASABAH
Assalammualaikum. sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Maksudnya :
" Maka , pasti akan Kami tanyakan kepada umat yang telah mendapat seruan ( daripada Rasul-Rasul ) dan Kami akan tanya ( pula ) para Rasul ."
( QS al - A'raf, 7:6 )
KEPENTINGAN MUHASABAH
Muhasabah (menghisab ) diri terbahagi kepada dua:
Pertama :
muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan.
Kedua:
muhasabah setelah melakukan sesuatu perbuatan.
Bagi yang Pertama , maka dia terhenti pada awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginannya sehingga jelas baginya bahawa melakukannya lebih baik daripada meninggalkannya. Al-Hasan berkata, " Semoga Allah merahmati HambaNya yang berhenti pada saat keinginannya. Jika kerana Allah, maka laksanakan dan jika kerana selain-Nya , maka dia tinggalkannya." Sedangkan yang kedua , iaitu muhasabah diri setelah selesainya pekerjaan , terbahagi kepada tiga :
Pertama : muhasabah terhadap ketaatan dirinya daripada sisi kekurangan yang dia lakukan ke atas hak-hak Allah yang meliputi enam perkara : IKHLAS, NASIHAT KERANA ALLAH , MENGIKUTI RASULLAH SAW, PERSAKSIAN KEBAIKAN YANG ADA PADA PEKERJAAN TERSEBUT dan PERSAKSIAN KE ATAS KURNIAAN ALLAH SWT SERTA PERSAKSIAN KE ATAS SEGALA KEKURANGAN DIRINYA DALAM PEKERJAAN TERSEBUT. Seharusnya dia menghisab dirinya, sama ada dia telah memenuhi semua hak-hak tersebut dan sama ada dia melakukan ketaatan tersebut.
Kedua Perlunya dia menghisab dirinya ke atas pekerjaan yang lebih baik ditinggalkan daripada dikerjakan.
Ketiga , perlunya dia menghisab dirinya ke atas hal-hal yang harus atau yang biasa ( harian ); ' kenapa dia melakukannya?' adakah dia melakukan itu kerana Allah swt dan mengharapkan Akhirat , sehingga dia beruntung, atau dia menginginkan dengan itu Dunia dengan segala kegopohannya sehingga dia menjadi rugi dan tidak mendapatkan kemenangan.
Yang paling berbahaya bagi suatu pekerjaan adalah meremehkan , meninggalkan muhasabah , melepaskan begitu sahaja dan menganggap ringan persoalan , sebab hal-hal itu akan membawa kepada kehancuran. Dan itulah keadaan orang-orang yang terpedaya , menutup mata daripada segala akibat melawan keadaan dan bersandar hanya kepada keampunan. Dia melambat-lambatkan diri untuk melakukan muhasabah dan melihat akibat yang bakal dideritai. Sesungguhnya , jika seseorang bersikap demikian , maka akan mudah baginya terjeremus kepada dosa, dia akan berbahagia berlumuran dengannya, bahkan akan menjadi susah untuk berpisah dengannya. seandainya dia mengikuti kebernaran , nescaya dia akan mengetahui bahawa menahan nafsu lebih mudah daripada menurutinya. ( Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Juz 1 , t.t. : 162-166)
( rujukan : Karya Bestari Sdn. BHD
Al Quran Al - Karim terjemahan dan Tajwid berwarna : al-haramain )
26 Oktober 2016
SWEETIE NANNIE LESTARI TV3 ( 2016 )
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Pernah tak ... menonton drama berseri SWEETIE NANNIE ini ?
Pernah tak ... menonton drama berseri SWEETIE NANNIE ini ?
SINOPSIS SWEETIE NANNIE
Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23
(Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika
berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak
berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora.
Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal
tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi
menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira
untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu
kandung bayi itu.
Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie
Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah
kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di
sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini
Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung
sepenuhnya oleh Nora.
Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa
rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri
(Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang
melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri
merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa
dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih
terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.
Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi
semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana
terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri
daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi
dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak
luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira
musnah.
Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah
Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?
Craetive Skill Solution akan membawakan drama terbaru untuk
slot Lestary TV3 berjudul Sweetie Nanie. Di bawah arahan Pali Yahya, drama
bersiri 13 episod itu dibarisi pelakon-pelakon meningkat naik seperti Nadia
Brian, Aidit Noh, Nazeera Sardi, Syafnida Shuhaimi, Duerra Mitilda, dan ramai
lagi. Saksikan drama Sweetie Nanie setiap Rabu hingga Jumaat bermula 29
September 2016 pada jam 9 malam dalam Slot Lestary.
JUDUL : SWEETIE NANIE
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 29 September 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Nieza Nahar
SKRIP : Nieza Nahar & Zuraidah Kassim
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Nadia Brian, Aidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida
Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia farhana, Faiz Hak, Feiyna Tajudin, Indah
Emeerlda, Ilya Buang, Rohaya Samat, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Afzan A.Rahman,
Rahim Omar, Nu'man, Ikhwan Ibrahim, Syawal Osman, Ieka Zulkifli
WATAK PELAKON
Aidit Noh sebagai Zafri Khalis
Nadia Brian sebagai Nanie Nadira
Nazeera Sardi sebagai Kak Ja
Syafnida Shuhaimi sebagai Fida
Julia Farhana sebagai Baizura
Faiz Hak sebagai Shah
Ilya Buang sebagai Nazeem
Rohaya Samat sebagai Mariam
Rahim Omar sebagai Datuk Zafri
Afzan A.Rahman sebagai Dr Zahari
Feiyna Tajudin sebagai Puan Mila
Nu'man sebagai Tuan Imran
Nafiz Muaz sebagai Radhi
Ikhwan Ibrahim sebagai Joey
Syawal Osman sebagai Farell
Fana Azizan sebagai Syada
Ieka Zulkifli sebagai Bira
Duerra Mitilda sebagai Manis
Indah Emeerlda sebagai Tara
LAGU TEMA / OST SWEETIE NANIE
Tajuk : Hello Dunia
Penyanyi : Natasha Sass
Tajuk : Selalu Denganmu
Penyanyi : Cherpen Band
Kredit buat :
AL ISRA' - 17:28
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
maksudnya :
" Dan jika kamu meninggalkan mereka untuk mencari Rahmat ( REZEKI ) daripada TuhanMu yang kamu harapkan , maka katakanlah kepada mereka ucapan yang lemah lembut."
( Surah Al_Isra' - 17 : 28 )
Surah Al-A'araf 7:199
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
maksudnya :
Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta janganlah mempedulikan orang-orang yang bodoh ( jahil )
( Surah Al-A'araf - 7:199 )
17 Oktober 2016
TERAPI DAN PENAWAR DARI SURAH AL- FIL
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Khasiat surah Al-Fil :
Khasiat surah Al-Fil :
Cara Pengalaman Surah Al-Fil untuk merawat kanser :
Selepas solat Lima ( 5 ) waktu :
1. Bacalah surah Al Fatihah ( 1x )
2. Surah Al Ikhlas ( 3x )
3. Selamat ke atas Nabi saw ( 3x )
4. Surah Al-Fil ( 21x )
Lakukan 21 Kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat Lima waktu.
Pantang larang Pemakanan Penghidap Kanser
1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5: merupakan persekitaran yang sesuai untuk sel kanser merebak).
2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah Madu. Gunakan Madu Asli sebagai gantian.
3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & yang berasaskan bahan dari Lembu. Susu menghasilkan mucus (lendiran) terutamanya di saluran usus perut. Sel kanser memakan mucus.
4) Makanan Laut seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)
5) Minuman seperti kopi, teh, minuman bercoklat, berkarbonat akan membuatkan sel kanser lebih cepat merebak.
6) Daging Merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.
7) Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)
8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.
Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain.
(Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mengandungi Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).
9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.
10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.
11) Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

*** pesanan:
Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Harus di ingat , yang menyembuhkan hanya Allah Taala. Ayat Al - Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud merawat kanser.
Credit by: