UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

3 Oktober 2015

MENJAUHI SIFAT PENDENDAM

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

MENJAUHI SIFAT PENDENDAM

RASULLAH SAW bersabda:

" Ada tiga perkara yang akan aku beritahu kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu dari sifat-sifat ini, maka Allah swt akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lain, iaitu;

1. Pertama : orang yang mati tidak menyengutukan ALLAH SWT akan sesuatu.

2. Kedua : orang yang mati yang tidak pernah menjadi ahli sihir.

3. Ketiga : orang yang tidak pernah send am terhadap saudara-saudaranya. "

( HR. TABRANI )




SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA.

KEMAAFAN ADALAH KEMULIAAN

Assalammualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah....

KEMAAFAN ADALAH KEMULIAAN

Sungguh mendalam maksudnya ;

RASULLAH SAW BERSABDA:

" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA KEKAYAAN SEBAB DISEDEKAHKAN DAN ALLAH TIDAK MENAMBAH PADA SESEORANG YANG MEMAAFKAN , KECUALI KEMULIAAN. TIDAKLAH SESEORANG YANG MERENDAHKAN DIRI KERANA ALLAH SWT , KECUALI ALLAH SWT AKAN MENAIKKAN DARJATNYA. "

( HR. MUSLIM )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA.

TAWADDUK TERHADAP ALLAH SWT

Assalammualaikum wbt dan dalam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...

TAWADDHUK atau sikap merendah diri adalah merupakan budi pekerti yang mulia. Dengan adanya sikap tawaddhu' maka akan nenjadi indah budi pekerti , baik terhadap sesama manusia mahupun terhadap ALLAH SWT.

Sikap tawaddhuk itu tumbuh kerana adanya kesedaran akan hakikat kejadian diri. Sebab dari segi kejadiannya, manusia diciptakan dari tanah , maksudnya asal diciptakan manusia pertama sekali ( ADAM ) adalah dari tanah. Kemudian anak keturunannya Dari setitis air yang hina ( air mani ). Dapat pula diertikan bahawa semua manusia hidup daripada makanan dan tumbuh-tumbuhan dari tanah , kemudian makanan tersebut menjadi air mani.

Dengan menyedari asal kejadian manusia ini , maka tidak sepatutnya manusia itu menyombongkan diri.

RASULLAH SAW BERSABDA:

" SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MEWAHYUKAN KEPADAKU :
" BERTAWADDHUKLAH KAMU , HINGGA SESEORANG TIDAK BERMEGAH-MEGAH ATAS SESEORANG , DAN SESEORANG TIDAK BERLAKU ANIAYA ATAS SESEORANG."  ( HR. BUKHARI )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.

23 September 2015

SALAM AIDIL ADHA 1436H / 2015

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Takbir Raya sedang berkumandang di corong-corong radio dan televisyen... Malahan takbir raya juga bergema dari surau dan masjid...

Mendayu-dayu apabila mendengar takbir raya..

Dikesempatan ini , saya sekeluarga ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA 1436H / 2015...

Maaf jika ada silap dan salah selama ini ...


Kepada sesiapa yang sedang memandu balik ke kampung berhati-hati selalu... Biar lambat asal selamat semuanya sampai ke tempat destinasi yang dituju....


Sekian. 
Terima kasih...


21 September 2015

EPHYRA AFFILIATE

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?
Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Ephyra.my?:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.

3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.
Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!



Antara produk di EPHYRA;


TERIMA KASIH.



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign