ADRIANA FAIZUL : 2015

FAIZABUNYAMIN TABUNG

31 Disember 2015

DOA 12 PINTU

Assalammualaikum
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati Allah swt walau dimana sahaja and berada...

DOA 12 PINTU...



AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN...


SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA..

SEKIAN.
TERIMA KASIH

CIRI IBU BAPA MEMBENTUK ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalammualaikum 
Salam sejahtera...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...


Semua ibu ayah akan doakan anak-anak mereka jadi anak yang soleh dan solehah dalam doa harian selepas solat.

Pendek kata ia memang impian semua yang bergelar ibu ayah. Tapi sejauh mana usaha ibu ayah sendiri untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah?

Adakah cukup dengan menghantar mereka ke sekolah tahfiz? Tipulah kalau cakap ibu ayah tak nak mendapat syafaat daripada anak-anak yang bergelar tahfiz/tahfizah. Tapi apa tindakan kita?

Menurut pendakwah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa, perkara yang paling sukar untuk didik anak jadi soleh dan solehah atau mewujudkan keluarga baiti jannti adalah keupayaan
ibu ayah untuk menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak. Ia adalah perkara paling sukar!

Tentu kita sudah puas menasihat dan berbuih mulut bercakap menyuruh anak berbuat kebaikan. Berpesan kepada anak supaya mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah
tapi sebenarnya kesan yang paling besar apabila anak melihat terjemahan dan penghayatan apa yang kita cakap dan pesan itu pada diri ibu ayah sendiri.

Teladan daripada ibu ayah adalah perkara paling besar dalam mendidik anak-anak.




Nabi pernah bersabda yang bermaksud : Allah mengasihi dan merahmati ibu ayah yang membantu anaknya, menunjukkan anaknya bagaimana cara berbakti kepada ibu ayahnya.

Oleh itu marilah kita berubah menjadi ibu ayah yang mempunyai ciri-ciri berikut jika mahukan anak-anak soleh dan solehah.


1. Didik anak dengan lembut hati.

Anak-anak akan belajar daripada ibu ayah supaya tidak menjadi orang yang keras hati.


2. Jadilah ibu ayah yang pemaaf dan tawaduk.

Anak-anak akan hormat dan menghargai ibu ayah yang boleh merendah diri mengakui kesilapan dalam mendidik mereka.


3. Menjadi contoh terbaik.

Anak-anak hendak melihat terjemahan keindahan agama pada diri ibu ayah. Janganlah kita menyuruh anak-anak solat dan membaca al-Quran tetapi ibu ayah sendiri tidak membuat perkara tersebut.  Anak-anak hendak tengok ibu ayah juga cinta kepada al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada teladan baik daripada ibu ayah itu adalah kesukaran dalam pendidikan tersebut.

4. Perbaiki kasih sayang kepada anak-anak.

Jangan abaikan perasaan anak-anak. Anak-anak adalah amanah dari Allah maka curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.


5. Perbaiki hati kita.

Sentiasa berusaha menjadi ibu ayah yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas untuk mendidik anak ke jalan Allah SWT.


6. Perbaiki cara pendidikan kita.

Cara pendidikan kita terhadap anak-anak juga perlulah mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw.


7. Perbaiki solat.

Jika mahu anak rajin bersolat, ibu ayah terlebih dahulu perlu memperbaiki kualiti solat.

Allah SWT memberi jaminan kalau kita bersungguh-sungguh di jalan Allah dan serahkan kepada Allah untuk mengurus dan mengubah anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka Insha Allah Dia akan memperkenankan doa kita.

KHASIAT BUAH PERIA KATAK

Assalammualaikum...
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah ...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...

Ada sesetengah orang tidak suka akan kepahitan buah peria... Rasa pahitnya sehingga tertahan... Tapi buah peria katak ini sebenarnya banyak khasiat jika anda mengetahuinya...


Kenali Khasiat Buah Peria Katak:




✔ Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
✔ Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
✔ Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
✔ Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
✔ Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
✔ Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
✔ Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
✔ Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
✔ Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
✔ Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
✔ Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda...


Sekian.
Terima kasih.

30 Disember 2015

TIP SENTIASA DISAYANGI DAN DICINTAI SUAMI

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt... Walau dimana sahaja anda berada...

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.

1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.

2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.

3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.

4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.

5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.

6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.

7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.

8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.

9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!

10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.

11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.

12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua... 

Sekian.
Terima kasih..

26 Disember 2015

TERIMA KASIH MAKSU YANNA DAN MAKSU YANTI

Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda dilindungi dan diberkati ALLAH swt ...walau dimana sahaja anda berada...

Kisah petang semalam... Maksu Yanna dan maksu Yanti ( maksu kembar )
Datang bawa hadiah istimewa buat abang Darwish... Sempena tidak lama lagi hendak masuk TADIKA PASTI minggu depan....




Sampai tidak mahu ditanggalkan masa tidurnya malam tadi ... Hanya ditanggalkan waktu mandi sahaja ... Selepas itu... Dipakai semula...

Aduhai Darwish...


Terima kasih maksu Yanna dan maksu Yanti berikan hadiah ...


Sekian.
Terima kasih...

25 Disember 2015

MAINAN TERKINI BUAT ALYA

Assalammualaikum
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...
Semoga sentiasa sihat-sihat selalu...

Kisah pagi semalam membeli barang-barang keperluan rumah... Di sebuah pusat membeli belah di MYDIN MITC AYER KEROH..  Sudah menjadi rutin bulanan mesti pergi ke MYDIN...




Anak-anak pula mesti mahu kan mainannya.... Dipujuknya abi inginkan mainan .... Jenuh hendak melayan mereka berdua...

Abangnya seperti biasa ... Kereta..
Adiknya pula DISNEY PRODUK

Alatan memasak

Mainan Puzzle 

Itu lah mereka berdua apabila dibawa pergi bershopping ...

Huhuhu...

Sekian.
Terima kasih...

24 Disember 2015

SALAM MAULIDURRASUL

Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah....
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau di mana sahaja anda berada...

SALAM MAULIDURRASUL
12 RABIUL AWWAL 1437H

AL-FATIHAH....
BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD saw...



Biodata tentang NABI MUHAMMAD saw

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia






Mari Lah sama-sama selawat buat junjungan Nabi Muhammad saw...


Sekian.
Terima kasih...




21 Disember 2015

TERIMA KASIH SAHABAT KU

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau di mana sahaja anda berada...


Terima kasih buat sahabat handai yang mengenali diri saya walaupun di mana sahaja anda berada...



Sekian.
Terima kasih.

KHASIAT MADU LEBAH DAN KULIT KAYU MANIS

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...




Umum sedia maklum madu terkenal sebagai bahan yang berkesan mencegah pelbagai penyakit jika sentiasa diamalkan. Ia juga adalah makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Selain dari itu madu asli jika dicampurkan dengan serbuk kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi mencegah pelbagai penyakit. Jika anda mengamalkannya selalu, inilah hasil yang akan diperoleh.

1 Merawat jerawat di muka.

(^)Campurkan tiga sudu madu asli dan satu sudu kayu manis. Sapukan campuran bahan itu pada muka (yang berjerawat) sebelum tidur. Bersihkan wajah anda dengan air suam pada keesokkan pagi. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Ia membantu menghilangkan jerawat bahkan kulit akan terasa lebih segar dan awet muda.

2 Masalah keguguran rambut

(^)Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

3 Masalah penghadaman

(^)Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

4 Sistem imunisasi

(^)Amalan pengambilan campuran ini mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

5 Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

(^)Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

6 Masalah kesuburan

(^)Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda

Sekian.
Terima kasih...





5 PERKARA YANG PERLU KITA RENUNGKAN

Assalammualaikum 
Salam sejahtera 

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana anda berada...

5 PERKARA YANG PEELU KITA RENUNGKAN


SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA..

SEKIAN TERIMA KASIH...

20 Disember 2015

KHASIAT SURAH AL FATIHAH

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu....
Pada hari ini... Saya share sikit khasiat Surah AL FATIHAH....

SURAH AL FATIHAH DAN TERJEMAAHNYA



Semoga ia memberikan manfaat buat anda .

Sekian.

Terima kasih


19 Disember 2015

CARA MENGIRA BAYARAN FIDYAH

Assaalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh ALLAH swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA walaupun di mana sahaja anda berada...

Hari ini , selepas waktu makan sarapan pagi, cik abang membuat atau menunaikan tanggungjawabnya di PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN.

Saya terlihat satu pamplet/flyers mengenai tentang " Tunaikanlah bayaran fidyah" tersebut.


Apa kah yang dimaksudkan FIDYAH?

FIDYAH merupakan bayaran denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan mengqadha bulan RAMADHAN. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagiaan daripada harta ( makanan ) kepada fakir miskin.

APAKAH HUKUM FIDYAH?




FIDYAH WAJIB disempurnakan mengikut bilangan hari puasanya yang ditinggalkan.

MENGAPA DIKENAKAN FIDYAH?

Sebab-sebab dikenakan fidyah :

Fidyah dibahagikan kepada 2 keadaan iaitu:

a. Wajib membayar fidyah sahaja.

I. Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

ii. Hutang puasa bagi mereka yang meninggalkan dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.



b. Wajib qadha puasa dan fidyah.

I. Perempuan Hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya sepertu dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikehendaki membayar fidyah dan juga mengqadha kan puasa yang ditinggalkan.


II. Ibu yang menyusukan anak dengan syarat ibu yang berada bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya mengqadhakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.



III. Mereka yang melambatkan qadha puasanya hingga telah melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajb mengqadhakan puasanya yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.


Cara pengiraan kadar fidyah adalah mengikut Mazhab Syafi'i iaitu satu cupak betas atau nilai 1/4 daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan , dan fidyah puasa ini akan digandakan sekiranya puasa yang tertinggal tidak diqadhakan hingga bulan Ramadhan yang baru.


Sebagai contoh:

Pada tahun 2010 , kadar fitrah rm6.50 ( berdasarkan nilai gantang beras atau bersamaam 2.751 kilogram.

1 gantang = 4 cupak
Nilai gantang = rm 6.50 ( berdasarkan zakat fitrah 2010 ) 
Kadar fidyah 1 hari = rm 6.50 ÷ 4
                   Rm 1.63/ hari

Nota : 1 cupak bersamaan 688gram

Pengiraan bayaran fidyah:

Contoh :

a. Jika seseorang wanita meninggalkan puasa selama 5 hari disebabkan keuzuran pafa tahun 1428 h dan mengqadhakan puasanya selepas Ramadhan 1430h 

b. Bilangan hari ditinggalkan x Bilangan tahun ditinggalkan  x Kadar fidyah.

c. Fidyah yang dikenakan = 5 hari x 2 tahun x rm 1.63 = rm 16.30


Atau


Pengagihan Fidyah

Segala pembayaran fidyah adalah dalam bentuk Wang. Pembayaran boleh di buat disemua kaunter PUSAT ZAKAT di setiap negeri.






AGIHAN FIDYAH:

Segala Wang fidyah yang diterima akan diagihkan kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan kepada firman ALLAH swt yang bermaksud:


Ehsan ENCIK GOOGLE



" .... Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa kerana tua atau sebagainya , membayar fidyah iaitu memberikan makan orang-orang miskin ..." ( al - Baqarah : ayat 184 )


Rasullah saw bersabda mafhumnya :

" Bagi orang yang meninggalkan dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluar dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin."
( RIWAYAT AT -TIRMIZI )


SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA.
SEKIAN. 
TERIMA KASIH



17 Disember 2015

DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP

Assalammualaikum
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh ALLAH swt dengan RahmatNya dan RahimNya walaupun dimana sahaja anda berada...



DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP

*) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
 *) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
 *) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
 *) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
 *) Hati yang tertutup utk berkahwin.






Surah al Fath
 [1]
 Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
 [2]
 Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
 [3]
 Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
 [4]
 (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
 [5]
 (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);


SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA

SEKIAN.
TERIMA KASIH....






DOA MURAH REZEKI


Assalammualaikum 
Salam sejahtera..

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA di mana sahaja anda berada...

Doa Murah REZEKI

( DOA NABI ISA MOHON REZEKI )


Terjemaah dari

SURAH AL MAIDAH : AYAT 114
BERMAKSUD :

YA ALLAH , TUHAN KAMI! TURUNKANLAH KEPADA KAMI SATU HIDANGAN DARI LANGIT UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SATU PERAYAAN UNTUK KAMI YANG WUJUD PADA KETIKA INI DAN UNTUK ORANG YANG DATANG KEMUDIAN , SEBAGAI TANDA MUKJIZAT DARIPADA-MU YANG MENUNJUKKAN KEBESARAN DAN KEKUASAAN SERTA KURNIAKAN REZEKI BUAT KAMI , KERANA ENGKAU SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI....

AAAMIINN YA RABBAL ALAMIN

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA 

DOA tersebut diamalkan selepas solar fardhu dan solat sunat  Ad-Dhuha.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.





PENGHULU ISTIGHFAR


Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat belaka.
Semoga Anda diRAHMATI ALLAH swt...

Penghulu ISTIGHFAR:


Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau.

Fadilatnya:

Dari Syaddad bin Aus, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- di waktu pagi -dengan menghayatinya-, lalu dia mati sebelum waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa membacanya di waktu petang -dengan menghayatinya- lalu dia meninggal sebelum pagi, maka dia termasuk ahli syurga”. (HR Bukhari)



Foto ehsan Jubah Muslimah

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Sekian.
Terima kasih.

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT,TIDURLAH DENGAN TENANG

Assalammualaikum...
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ..
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...

***  " Mudah-mudahan  ALLAH SWT menyembuhkan segala rasa yang sakit ...
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhlukNya dan pasti akan memberikan kurniaNYA. " ***


Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam REDHA ALLAH dan takdirNya dengan berbantalkan angin keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun , dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air Mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak , kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga ditujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan segala kesedihan yang dihadapi.

Firman ALLAH SWT :


" Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. "  ( Surah Al -BAQARAH : AYAT 45 )

ALI R.A pernah berkata yang bermaksud :

" Kedudukan SABAR dalam IMAN sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh."


Mama berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga FIRDAUS dan tempat yang berada dekat di sisi TUHAN YANG MAHA ESA di SYURGA 'ADN dan di tempat yang sang at disenangi , sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamat buat anda kerana telah memiliki IMAN dan KESABARAN serta percaya kepada pahala ALLAH swt. Kelak andalah orang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.

ALLAH SWT BERFIRMAN:




( SURAH AL BAQARAH : AYAT 155 )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA.







ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Assalammuaikum
Dan salam sejahtera ...

Alhamdulilah....
Semoga anda sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt di mana sahaja anda berada ...


ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU:



DOA SELEPAS SOLAT







DOA DAN ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU

Sekian.
Terima kasih.
 semoga ia memberi manfaat buat anda semua.

KUNCI-KUNCI UNTUK MERAIH KEJAYAAN

Assalammualaikum
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RahmatNYA dan RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...


*** "  BERSABARLAH KAMU TERHADAP MUSIBAH YANG MENIMPAMU " ***


Segala apa yang tertutup mesti adanya KUNCINYA untuk membukanya....



Antara Kunci-kunci meraih KEJAYAAN:

1. kunci KEMULIAAN adalah TAAT kepada ALLAH swt dan RASULNYA.

2. kunci REZEKI adalah BERUSAHA disertai ISTIGHFAR dan KETAKWAAN.

3. kunci SYURGA adalah MENGESAKAN ALLAH swt (TAUHID).

4. kunci IMAN adalah merenung AYAT-AYAT Allah swt dan tanda-tanda yang ada pada makhluk-makhluknya.

5. kunci KEBAIKAN adalah KEJUJURAN.

6. kunci KEHIDUPAN HATI adalah merenung Al-Quran , berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

7. kunci ILMU PENGETAHUAN adalah tidal malu bertanya dan mendengar dengan baik.

8. kunci KEMENANGAN dan KEJAYAAN adalah SABAR.

9. kunci KEBAHAGIAAN adalah TAKWA.

10. kunci BERTAMBAHNYA NIKMAT adalah BERSYUKUR.

11. kunci MENCINTAI AKHIRAT adalah ZUHUD terhadap DUNIAWI.

12. kunci AGAR PERMINTAAN DIKABULKAN oleh ALLAH swt adalah BERDOA.


*** " SENYUMAN SESEORANG IBARAT CAHAYA MATAHARI " ***

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.



DOA MENUTUP AIB

Assalammualaikum
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah ...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt di mana sahaja anda berada....

DOA PENUTUP AIB:


Sekian.
Terima kasih.

Semoga ia memberi manfaat untuk anda semua. 



11 Disember 2015

PUTERI ANNA DAN RATU ELSA DALAM GENGGAMAN ALYA

Assaalammualaikum...
Salam sejahtera...
Alhamdulilah ...
Semuanya sihat-sihat sentiasa...
Cerita pagi tadi... Tempatnya GIANT... Bahagian alat permainan anak-anak...
Alya , " Abi, Elsa..."
Abi, " Adik Alya mahu ke?"
Alya menggangguk sahaja...
Alya minta satu lagi, " Abi, Anna..."
Abi hanya tersenyum dan tanya , " Lain kali kita beli , ye ?"
Alya diam sahaja tapi Alya mahukan lagi satu...
Abi pandang umminya pula... Minta cadangan.
Alya masih membelek-belek mainan Puteri Anna itu.

Alya jarang meminta sesuatu tanpa izin Abinya sebenarnya, Alya lebih suka beli makanan daripada mainannya...

Akhirnya Alya dapat juga Puteri Anna... Dan Ratu Elsa... Alya anggap Jangan pisahkan mereka berdua 
" mereka saling memerlukan antara berdua "

 Dapat Hadiah lagi daripada abinya...

Lepas sahaja membayarnya ... 

Di dalam kereta , Alya sungguh teruja dapat Ratu Elsa dan Puteri Anna... 

Siap menyanyi riang 
" LET IT GO ... LET IT GO..." 

Sekian. 
Terima kasih


10 Disember 2015

KATA-KATA SEMANGAT DARI TJ

Assalammualaikum ...

Salam sejahtera..

Alhamdulilah..
Semuanya sihat-sihat selalu...
Semoga anda dilindungi dan diberkati oleh ALLAH SWT di mana sahaja anda berada ....


Saya jadikan kata-kata dari armarhum TUNKU ABDUL JALIL memberikan semangat yang gitu dan tabahkan hati selalu...Dan bersyukur lah selalu apa yang ada disekeliling kita...

Diiringi juga bermohon Pada YANG ESA LAGI MAHA MENGETAHUI....


AL- FATIHAH UNTUK DIRI SAYA ...

AL FATIHAH UNTUK TJ

SEKIAN.
TERIMA KASIH.



9 Disember 2015

TENANG LAH ALYA UMMI ADA SELALU BERSAMA SETIAP SAAT

Assalammualaikum
Salam sejahtera ...
Alhamdulilah...
Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat selalu...
Semoga ALLAH SWT sentiasa dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA...
Hari ini genap sudah 2 minggu dalam mengajari Alya untuk melupakan " BF " nya selama 2 tahun bersama -sama . Hampir setiap saat ingatkan " BF " nya ...
Umminya memujuk , " tidak mengapa Alya , mungkin " BF " sudah tidak mahu kawan dengan Alya..."
Alya semakin stress untuk 2 minggu ini... Alya masih teringatkan BFnya...
Abinya pun memujuk Alya juga dan bersabar... " Alya sudah besar , Alya boleh cari bf lain untuk yang lain ... "  tapi abi akan selalu memberikan saguhati untuk Alya....
Terus diam Alya apabila mendengar suara abinya memujuk....
Itulah wajah ALYA ADRIANA dalam waktu tidurnya.

ALYA  ADRIANA, Ummi akan sentiasa ada bersamamu...walaupun BF ALYA sudah tiada lagi di sisi ALYA ADRIANA...
PUPUKKAN LEMBUT DAN PELUKKAN HANGAT DARIPADA UMMI DAPAT TENANGKAN ALYA ADRIANA. ITULAH HADIAH DARI UMMI SETIAP SAAT.


SEKIAN.
TERIMA KASIH.


8 Disember 2015

ADUHAI ANAK AKTIVITI SEBELUM MASUK TIDUR


Assalammualaikum 
Salam sejahtera ....

Alhamdulilah...
Semoga Semuanya sihat-sihat sentiasa... Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati oleh ALLAH SWT selalu...

Aktiviti anak-anak sebelum waktu masuknya tidur mereka...

Ada yang main Belon...



Ada yang main kereta atas katil


Ini dia mereka berdua tengah meniup buih belonnya


" Aduhai anak ... Malam ini korang tidur bersama segala mainan ye..."

" Ummi hendak rehat sekejap... Sebelum korang tidur ye..."

Kejap lagi mesti minta sesuatu dari umminya nanti....

" Ummiiii.... Susu..."

Hah kan saya sudah kata ... Mereka mesti hendak minum susunya ...


Baiklah ...
Kejap lagi hendak tidurkan mereka berdua...

" good nite you all... " dari mereka berdua...

Umminya pun buatkan minuman susu untuk mereka berdua.

Selepas itu, umminya pun kemas segala mainan yang dimainkan tadi ke dalam bakul mainan yang tersedia..

Itu lah tugas umminya setiap malam sebelum tidur...

Umminya, mendoakan untuk mereka berdua;

 " Wahai anak-anakku, tidur Lah dengan lena dan nyenyak sehingga esoknya. Semoga kamu berdua sentiasa berbahagia dan bertenaga.
Ku pohon restuMU YA ALLAH jadikanlah anak-anakku anak yang soleh solehah dan berbuat baik pada umminya dan abinya selalu..."

Aamiin Ya Rabbal Allamin ....




Sekian.
Terima kasih....




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign