Assalammualaikum ...
Salam sejahtera ....
Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...
Selepas sahaja buat segala kerja rumah itu Lah rutin harian bagi suri rumah untuk keluarganya..
Tengah-tengah membuat kerja ... Terlintas pula menu makan malam petang tadi... Saya sedia bahan-bahan untuk memasak pula...
Sambal ikan bilis goreng
Antara bahan-bahan nya :
1. Ikan bilis : 100gm
2. Bawang besar : 1 biji
3. Bawang putih : 4 ulas
4. Cili kering : 10 tangkai
5. Minyak masak secukupnya.
Kisar bawang besar , bawang putih dan cili kering
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan ikan bilis sehingga kekuningan.
3. Angkat ikan bilis tersebut.
4. Selepas itu , tumis kan bahan bahan yang sudah dikisar tadi. Tumis sehingga naik aromanya dan terbit minyaknya.
5. Kemudian , masukkan ikan bilis goreng tadi.
6. Gaulkan ikan bilis sebati dengan sambalnya tadi.
7. Masukkan perisa iaitu garam secukup rasa.
8. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.
P/s :
*** Tidak tahu pula cik Suami sukakan sambal ikan bilis goreng itu... Habis diratahnya tadi...:-) :-) :-)
Selamat mencuba.
Semoga Ia memberi manfaat untuk anda.
Sekian.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...