UMMI ADRIANA: DOA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

4 Ogos 2018

DOA#1

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Image Mr Google


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah siramilah hati kami dengan kesejukan Rahmat Mu. Terangilah hati kami dengan cahaya Mu. Bimbinglah kami dengan petunjuk Mu.
                              
Ya Allah terimalah amal ibadah kami sekecil apapun yang kami telah lakukan disepanjang hidup kami.

Ya Allah mudah-mudahan segala amal soleh yang kami lakukan ini menjadi amalan kekal kami  dan menjadi bekal kami keakhirat nanti.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Maha Pemaaf,  Engkau mencintai kemaafan,  maafkanlah kami.

Ya Allah,  Ya Rabbi,  berilah kami sihat sejahtera,  jauhkan kami daripada malapetaka,  bencana dan penyakit. 

Ya Allah  jauhkan kami daripada seksa kubur,  seksa neraka,  fitnah hidup dan mati. 

Ya Allah, kami bersyukur diatas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dengan kasih Mu.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redhaMu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu,  tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami

َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                      

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


***KOLEKSI DOA UNTUK FIZA KELUARGA***

11 November 2017

AGAR DOA DIKABULKAN BACALAH SHALAWAT KETIKA BERDOA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Agar Doa Dikabulkan, Bacalah Shalawat Ketika
Berdoa, Inilah manfaatnya


IMAGE DARI MR GOOGLE
KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD SAW DAN SEKELUARGANYA
Agar Doa Dikabulkan, Bacalah Shalawat Ketika
Berdoa, Inilah manfaatnya

1. Shalawat menjadi penyebab doa dikabulkan

2. Shalawat yang didahulukan dalam doa seseorang akan menjadi perantara doa tersebut sampai kepada ALLAH Subhanahu Wata'la

3. Apabila sholawat tidak diucapkan ketika berdoa maka doa tersebut akan menggantung antara langit dan bumi

4. Shalawat menjadi penyebab kesuksesan sebuah doa, baik disebutkan di awal maupun di akhir doa.

5. Shalawat menjadi penyebab doa seorang hamba diberkahi oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala..

"Sesungguhnya, ALLAH dan malaikat-malaikat-
NYA
bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman,
bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya. (Al- Ahzab ayat 56)

Allahumma Shalli Wasallim 'ala sayyidina
Muhammad,Wa'alaa Aaliy Sayyidinaa Muhammad..
Aamiin Yaa Rabbal'aalaamiin.

Marilah kita berdoa, bermunajat kepada Allah.
Semoga Allah mengampuni kita dan menghapuskan kita dari segala dosa yang telah lalu.

Ya Allah,
Ampunilah semua dosa-dosa kami, baik sengaja atau pun tidak, 
berkahilah kami dan ramahmatilah kami
berikanlah kami hidayah-Mu agar kami senantiasa dekat kepada-Mu hingga akhir hayat.

Aamiin ya Rabbal'alamin
Klik SUKA & BAGIKAN semoga bermanfaat ya sahabat 

SEKIAN.
TERIMA KASIH





6 November 2017

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Doa untuk anak2 yang akan menduduki peperiksaan SPM  2017

*بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ uوَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan SPM 2017. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 

وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 

سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan anak-anak sepanjang minggu peperiksaan.

Sekian.
Terima Kasih

16 Jun 2017

DOA ASMAUL HUSNA AL GHAFFUR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA Asmaul Husna : AL GHAFFUR ( MAHA PENGAMPUN )



DOA ASMAUL HUSNA AL GHAFFUR ( YANG MAHA PENGAMPUN ) 

" Ya Allah , sesungguhnya aku Telah banyak berbuat aniaya ke atas diriku , dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau , kerana itu ampunilah aku dengan keampunan yang datang dari pada sisiMu dan Rahmatilah aku , kerana sesungguhnya hanya Engkau-lah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang."

 ( SAHIH BUKHARI : 799 ) 

#RAMADHAN1438 
#BIDARARUQYAH 
#JMK 
#UmmiAdrianaBeauty




15 Jun 2017

DI LAILATUL QADR PERBANYAKLAH BERDOA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Jom , perbanyakkan lagi amalan-amalan di Bulan Ramadhan yang Baik ni dengan doa-doa tersebut.

" Allahumma innaka 'afuwwwun tuhibbul 'area fa'fu Anni "

Maksudnya:

" Ya Allah ,  Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf , kerananya maafkanlah."

(HR IBNU MAJAH, TIRMIDZI )

.
SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT.
SEKIAN.
TERIMA KASIH.



11 Jun 2017

DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA ini khas untuk ibu-ibu diluar Sana yang mempunyai bayi baru lahir ...


Maksudnya :

" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dalam kalangan lelaki dan perempuan , dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak , supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha mendalam PengetahuanNya."

( Surah Al-Hujurat ; 48 : ayat 13 )

8 Jun 2017

DOA NABI MUSA AS

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Dia ( Musa ) berdoa ;

" YA Allah Ya Tuhanku , ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam RahmatMu , dan Engkau adalah Maha Penyayang daripada semua penyayang. 

( Surah Al -A'araf ; 7: 151 )




24 Mac 2017

AYAT SERIBU DINAR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam Jumaat ( 24.03.2017 )

AYAT SERIBU DINAR ( DOA MEMOHON REZEKI )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya , nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar ( dari segala perkara yang menyusahkannya ) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan ( ingatlah ) , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah , maka Allah cukupkan baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya ). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya, Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

( Surah At-Talak ; ayat 2-3 )


Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekeluarga 

Sekian.
Terima Kasih

13 Januari 2017

DOA MOHON MENSYUKURI NIKMATMU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





" Ya Allah , anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku , dan agar aku membuat kebaikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMU yang soleh dan solehah. 

Ya Allah Ya Razzaq 
ُKami memohon kepada-Mu ya Allah, 
🌸berilah kami iman yang sempurna , 
🌸ilmu yang memberi manfaat, 
🌸rezeki yang halal, anak yang soleh, 
🌸rumahtangga yang bahagia, 
🌸usia yang berkat, 
🌸doa yang mustajab, 
🌸hajat yang tertunai, 
🌸kesihatan yang berterusan, 
🌸hutang yang terbayar, 
🌸keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Aammiin Ya Rabbal Aalammiin.


semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

SEKIAN.
Terima Kasih.





20 November 2016

DOA MOHON PERNIAGAAN BERJAYA DAN UNTUNG

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


DOA MOHON PERNIAGAAN BERJAYA DAN UNTUNG.


Amiiin..

Ya Rabbal Aalamiin...

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda semua. Semoga Allah sentiasa luaskan RezekiNya pada kita semua...



12 November 2016

Doa Buat kedua Ibu Bapaku

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




semoga Allah Merahmati dan melindungi kedua ibu bapa ku ... walaupun di mana sahaja mereka berada. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...



21 Ogos 2016

DOA ISTIGHFAR #3

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Wahai Tuhanku,
Engkaulah yang berhak mendapat sebutan yang berhak disembah, penolong kepada yang mengkehendaki, paling belas kasihan, paling pemurah, dan paling luas pemberianNya.

Wahai Tuhanku,
Engkaulah raja tiada sekutu bagiku, Engkau Maha ESA , tiada bandingan bagiMu. Segala sesuatu akan binasa melainkan zat Engkau. Tidak akan ditaati selain dengan izinMu sendiri dan tiada orang derhaka kepadaku melainkan dengan ilmuMu sendiri. Engkau ditaati dan Engkau bersyukur, Engkau diderhakai lalu Engkau memberi ampun. Engkaulah sedekat-dekat orang yang mempersaksikan dan Engkaulah sedekat-sedekat pemelihara. Engkau mendinding segala jiwa , Engkau memegang segala ubun-ubun, engkaulah menulis segala bekasan , engkau hapuskan segala ajal dan terbuka bagiku ( nampak segala isinya ) , yang halal apa yang Engkau halalkan dan yang haram apa yang Engkau haramkan.

Agama adalah apa Engkau syariatkan dan urusan adalah apa yang Engkau tetap kan. Segala makhluk adalah makhlukMu. Segala hamba adalah hambaMu dan Engkau adalah Allah yang Maha pengasih Maha penyayang.

Aku memohon kepadaMu dengan cahayaMu yang menjadi terang langit dan bumi dengan kerananya dan dengan segala hak yang berikan kepada orang-orang yang memohonMu supaya Engkau memaafkan aku dan melindungi aku dari pada Neraka dengan kudratMu. 

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin



#coretan diariku.

Sekian.
Terima kasih ....








17 Ogos 2016

DOA ISTIGHFAR #2

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Bismillahirrahmanirrahim

Wahai Tuhanku , Engkaulah Tuhan Maha Pencipta Maha Besar , Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Mana Mengetahui. Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Engkaulah Tuhan dari 'Arasy yang besar. 

Wahai Tuhanku , sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat berbakti , Maha Pemurah lagi Maha Mulia , ampunilah aku , Rahmatilah aku , afiatkanlah aku , rezekikanlah aku, tutupkanlah keaibanku , tambahkanlah segala kekuranganku, angkatkanlah ( darjat) aku , dan janganlah Engkau menyesatkan aku ,  tunjukkanlah ( jalan benar ) dan masukkanlah aku ke dalam syurga denga RahmatMu. 

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku , tumbuhkanlah dalam dadaku rasa cinta kepadaMu. Wahai Tuhanku , jadikanlah aku seorang yang merasa hina terhadapMu, dan seorang yang besar di mata manusia dan jauhkanlah aku dari segala akhlak yang buruk.

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin

*** DOA buat diri sendiri.

*** coretan diariku

15 Ogos 2016

DOA ISTIGHFAR #1

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah, ampunilah dosa Ku dan luaskanlah bagiku pada rumahku dan berkatilah rezekiku. 

Ya Allah , jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang suci.

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...






12 Ogos 2016

DOA PAGI JUMAAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...




31 Julai 2016

#DOA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Aammiin Ya Rabbal Aalamiin


25 Julai 2016

DOA MOHON KESEMBUHAN DARIPADA PENYAKIT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....



Ya Allah , anugerahkanlah ke atas kamu, penawar dari pada penawarMu, dan kesembuhan dari pada kesembuhanMu, juga keberkatan dari pada keberkatanMu, juga rahmat dari pada RahmatMu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit ini .......... ( sebut nama pesakit ) juga mereka yang lemah , dan sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling Mengasihani dari pada segala yang mengasihani... 

Aammiin Ya Rabbal Aalamiin

*** petikan doa dari pada buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam....


DOA DIPERMUDAHKAN MENDAPATKAN RUMAH IDAMAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Semakin hari semakin berdebar hati ini untuk mendiami dan menduduki rumah idaman saya sekeluarga tidak lama lagi. Sudah lama sangat menumpang di atap yang sama bersama adik ipar yang bongsu selama ini. Rasa segan pula menumpang kehidupan bersamanya masa ini. Waktu ini , Saat ini Lah saya sekeluarga akan memberikan kebebasan kepadanya walaupun adik ipar belum bertemu jodohnya lagi ( umurnya sebaya saya )



Doa dipermudahkan mendapatkan rumah idaman. insya Allah...




RUMAH IDAMAN KAMI TIDAK LAMA LAGI

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan saya sekeluarga.




21 Julai 2016

SUAMI ISTERI SENTIASA BAHAGIA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Image dari Mr Google


Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteri ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

AAMIIN AAMIIN AAMIIN




Sekian.
Terima kasih...





20 Jun 2016

DOA UNTUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


DOA ini untuk Anak - Anak kita...



Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda.


Sekian.
Terima kasih.



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign