UMMI ADRIANA: SURAH

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label SURAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SURAH. Papar semua catatan

11 Jun 2017

DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA ini khas untuk ibu-ibu diluar Sana yang mempunyai bayi baru lahir ...


Maksudnya :

" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dalam kalangan lelaki dan perempuan , dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak , supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha mendalam PengetahuanNya."

( Surah Al-Hujurat ; 48 : ayat 13 )

8 Jun 2017

DOA NABI MUSA AS

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Dia ( Musa ) berdoa ;

" YA Allah Ya Tuhanku , ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam RahmatMu , dan Engkau adalah Maha Penyayang daripada semua penyayang. 

( Surah Al -A'araf ; 7: 151 )




24 Februari 2017

KEBAIKAN SURAH AL KAHFI SETIAP MALAM JUMAAT




Assalamualaikum 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga terlimpah
kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabat baginda.

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia. Salah satu ibadah yang pelaksanaaannya
dilakukakan pada hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi.

Antara manfaat surah Al-Kahfi yang telah dijelaskan
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk menangkal fitnah Dajjal.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu 'anhu,
bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi,
maka ia dilindungi dari Dajjal.”

Yakni dari huru-haranya.

Selain itu, dari Abu Sa'id al-Khudri radliyallahu 'anhu,
dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka
dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'atiq."
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani
dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)



Imam Al-Syafi'i rahimahullah dalam Al-Umm menyatakan bahawa
membaca surah al-Kahfi boleh dilakukan pada malam Jumaat dan siangnya berdasarkan
riwayat tentangnya. (Al-Umm, Imam al-Syafi'i: 1/237)

Kredit buat

30 Oktober 2016

QS AL-ANFAL 8:53

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Demikian itu kerana sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah suatu nikmat yang Telah diberikanNYA  kepada sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhnya , Allah swt Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui.

( QS AL - ANFAL , 8:53 )

29 Oktober 2016

KEPENTINGAN MUHASABAH


Assalammualaikum.  sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




A006

Maksudnya :

" Maka , pasti akan Kami tanyakan kepada umat yang telah mendapat seruan ( daripada Rasul-Rasul ) dan Kami akan tanya ( pula ) para Rasul ."


( QS al - A'raf, 7:6 )


KEPENTINGAN MUHASABAH 

Muhasabah (menghisab ) diri terbahagi kepada dua:

Pertama :
muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan.

Kedua:
muhasabah setelah melakukan sesuatu perbuatan.

Bagi yang Pertama , maka dia terhenti pada awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginannya sehingga jelas baginya bahawa melakukannya lebih baik daripada meninggalkannya. Al-Hasan berkata, " Semoga Allah merahmati HambaNya yang berhenti pada saat keinginannya. Jika kerana Allah, maka laksanakan dan jika kerana selain-Nya , maka dia tinggalkannya." Sedangkan yang kedua , iaitu muhasabah diri setelah selesainya pekerjaan , terbahagi kepada tiga : 

Pertama : muhasabah terhadap ketaatan dirinya daripada sisi kekurangan yang dia lakukan ke atas hak-hak Allah yang meliputi enam perkara : IKHLAS, NASIHAT KERANA ALLAH , MENGIKUTI RASULLAH SAW, PERSAKSIAN KEBAIKAN YANG ADA PADA PEKERJAAN TERSEBUT dan PERSAKSIAN KE ATAS KURNIAAN ALLAH SWT SERTA PERSAKSIAN KE ATAS SEGALA KEKURANGAN DIRINYA DALAM PEKERJAAN TERSEBUT. Seharusnya dia menghisab dirinya, sama ada dia telah memenuhi semua hak-hak tersebut dan sama ada dia melakukan ketaatan tersebut.

Kedua Perlunya dia menghisab dirinya ke atas pekerjaan yang lebih baik ditinggalkan daripada dikerjakan.

Ketiga , perlunya dia menghisab dirinya ke atas hal-hal yang harus atau yang biasa ( harian ); ' kenapa dia melakukannya?' adakah dia melakukan itu kerana Allah swt dan mengharapkan Akhirat , sehingga dia beruntung, atau dia menginginkan dengan itu Dunia dengan segala kegopohannya sehingga dia menjadi rugi dan tidak mendapatkan kemenangan.

Yang paling berbahaya bagi suatu pekerjaan adalah meremehkan , meninggalkan muhasabah , melepaskan begitu sahaja dan menganggap ringan persoalan , sebab hal-hal itu akan membawa kepada kehancuran. Dan itulah keadaan orang-orang yang terpedaya , menutup mata daripada segala akibat melawan keadaan dan bersandar hanya kepada keampunan. Dia melambat-lambatkan diri untuk melakukan muhasabah dan melihat akibat yang bakal dideritai. Sesungguhnya , jika seseorang bersikap demikian , maka akan mudah baginya terjeremus  kepada dosa, dia akan berbahagia berlumuran dengannya, bahkan akan menjadi susah untuk berpisah dengannya. seandainya dia mengikuti kebernaran , nescaya dia akan mengetahui bahawa menahan nafsu lebih mudah daripada menurutinya. ( Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Juz 1 , t.t. : 162-166)



( rujukan : Karya Bestari Sdn. BHD
Al Quran Al - Karim terjemahan dan Tajwid berwarna : al-haramain )



26 Oktober 2016

AL ISRA' - 17:28

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



A028

maksudnya :

" Dan jika kamu meninggalkan mereka untuk mencari Rahmat ( REZEKI ) daripada TuhanMu yang kamu harapkan , maka katakanlah kepada mereka ucapan yang lemah lembut."

( Surah Al_Isra' - 17 : 28 )


Surah Al-A'araf 7:199

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



A199


maksudnya :

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta janganlah mempedulikan orang-orang yang bodoh ( jahil )

( Surah Al-A'araf - 7:199 )

3 Ogos 2016

CIRI-CIRI ORANG YANG TAAT KEPADA ALLAH SWT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...




*Mulakanlah Sembelihan Dengan Nama Allah S.W.T. Sebagai Tanda Bersyukur Akan Kurniaan Allah &  Ciri-Ciri Orang Yang Taat Pada Allah*

٣٤. وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

٣٥. الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

34. Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

35. Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

(Al-Hajj:34-35)

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign