UMMI ADRIANA: CERITAKU

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label CERITAKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITAKU. Papar semua catatan

1 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Selamat tahun baru 2017

Semoga impian yang diimpikan akan tercapai dengan niat kerana Allah swt dan sentiasa diberkati dan dirahmati Oleh Allah swt. 

Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik-baik selalu dan berbahagia selalu di samping KELUARGA tersayang

Maafkan saya jika ada silap dan salah selama ini Tanpa disedari atau tidak.


Sekian. Terima kasih





26 Disember 2016

UMMI ADRIANA BEAUTY

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




sekian.
terima kasih 

insya Allah... semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda semua...'





10 November 2016

Toyota Namanya

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Sudah bertahun saya menyimpan impian untuk memiliki sebuah Mesin jahit elektrik dan portable yang mudah dibawah ke mana-mana sahaja. Hari ini saya dan cik hubby pergi Lah ke sebuah kedai yang sudah lama tidak dikunjung , Uncle Koo Long. Namanya sudah lama terpahat dihati ini sejak kecil lagi... Selalunya Emak dan ayah sahaja yang suka memberi alatan perabot dan elektrik di kedai Uncle Koo Long... Terubat sedikit rindu pada Uncle... Huhuhu...

" uncle, saya mahu cari sewing machine ? "

" toyota mahu ka?"

" Toyota ?"

" iye Lah Toyota brand... Ingat kereta aja ker jenama Toyota... "



Ini Lah dia TOYOTA MESIN JAHITNYA.


Aku tersenyum.

" Mari saya tunjukkan pada awak... "

Abis semua Uncle tunjuk kan cara2nya A~z pastu 1~ 15...



Toyota Mesin Jahit diberi nama



Adapter

Manual dan CD Mesin menjahit


Jenuh juga... " pandai juga uncle ni menjahit kain.... " 

Tapi uncle kata, "awak mesti n pandai... KREATIF ya..." 

:-) :-) :-)


harganya mampu milik Rm1000+++... Selepas ni Boleh Lah mengenjut apa yang patut.... Hihihi...


SINI






25 September 2016

FAIZA SEKELUARGA DI TAMAN BANDAR UTAMA TAMPIN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.




Rindukan dia , Ya Allah....
Dia teman gaduh...
Dia teman rajuk...
Dia teman kasih..
Dia teman sayang...
Dia teman jauh....
Dia teman dekat...
Dia teman Syurga...
Dia teman dengar bebelanku...  Dan apa2 lagi....

Sayang sampai Jannah , cik hubby... Hanya Kau Satu Untukku... Kekal bahagia , cinta sesungguh Dengan Izin Allah... Biarlah Allah swt yang atur kan semuanya, hubby ...





Ketika ini , kami sekeluarga berada di Taman Bandar Utama Tampin , Negeri Sembilan. Kami sudah tinggal di rumah baru pada 02 September 2016 berpindah dari kampung Sungai ATI , Padang Renggas , Perak.

Doakan kami sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah swt ....








20 Ogos 2016

TIDAK LAMA LAGI BALIK KE TAMPIN SEMULA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hampir 3 Bulan dok tinggal bersama Opah Cu, di kampung Sungai ATI, padang Renggas... Di awal Bulan September ini , kami sekeluarga akan pulang Semula ke Tampin. Tapi tiada lagi duduk di rumah lama , terus ke rumah baru selepas beberapa bulan pending pengambilan kunci rumah baru tersebut. Seronoknya dan teruja sangat. Sebelum pulang ke Tampin , cik Suami pun membuat rawatan penarikan juga... Semoga cik Suami sentiasa sihat-sihat seperti sedia Kala...


Darwish bersama mak su sedara Anak Tok Teh Yunus  paling muda , tetapi usianya mereka sama. Hihihi...


Selepas ini , opahnya akan merinduinya mereka berdua setelah pulang ke Tampin....
Iaitu Rumah Baru Taman Bandar Baru Tampin....

Tiada lagi suara riuh rendah menyambut pulang Opahnya balik dari kerja nanti....



3 Ogos 2016

BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PULAU SEBANG

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Apabila saya membelek-belek gambar kenangan ketika di alam persekolahan menengah. Banyak benar kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang ini. Walaupun saya dan kengkawan tidak pernah putus hubungan walaupun mereka semuanya ada tanggungjawab pada keluarga memasing. Kami semua dikumpulkan melalui pelbagai medium sosial seperti group wasap dan Facebook. . kami tidak mahu ketinggalan keretapi di belakang Tanpa cerita terkini.


LENCANA DAN LOGO SEKOLAH

PINTU GERBANG SEKOLAH


KENANGAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PULAU SEBANG , ALOR GAJAH , MELAKA BAGI TAHUN 1993 - 1998 bersama guru tingkatan yang ada...


TINGKATAN 5 ALIRAN PRINSIP AKAUN 2

SAYA DAN KENGKAWAN PEREMPUAN. INI SAHAJA YANG ADA.

SAYA BERTIGA


TINGKATAN 4 ALIRAN PRINSIP AKAUN 2


TINGKATAN 3


TINGKATAN 2


GAMBAR UNTUK TINGKATAN 1 TIDAK DAPAT DIKESAN KERANA MASA TU BERPINDAH RUMAH SELEPAS KAHWIN.
INI SAHAJA YANG ADA UNTUK DIKENANGKAN SEPANJANG HAYAT.

Mengenai:




Sekian.
Terima kasih.



29 Julai 2016

KEKURANGAN SALAH SATU ADIK-BERADIK DI HARI RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Setiap kali raya mesti ada yang kurang... Lihat foto dibawah ini...


RAYA 2014

RAYA 2015

Ada sahaja yang kurang seorang. Tahun ini , 2016 tiada foto adik-beradik , giliran saya , angah , dibah balik ke rumah KELUARGA sebelah Suami memasing. Jadi rumah Emak dan ayah di Pulau Sebang tiada Anak , menantu dan cucu bermain bunga api di halaman rumah Atok Yah dan Bah Senah , Pak cik Shahul, Mak su Kembar Yanna dan Yati. Tentu malam raya 2016/1437 ini mereka boring....

Tidak mengapa Lah. Insya Allah raya akan datang kami sekeluarga berkumpul di rumah Atok Yah dan Bah Senah.

24 Syawwal 1437h / 28 Julai 2016 JUMAAT @ 12:11 tengahari.


Sekian. Terima kasih.

28 Julai 2016

NASIHAT AYAHANDA LUQMAN AL HAKIM MENJADI PEGANGAN HIDUPKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....




" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

( Surah Luqman ayat 31:14 )

Tidak pernah lupa akan nasihat mereka itu padaku dari Saat kelahiran hingga sudah berkahwin kini.... Aku ingat SUSU IBUKU yang mengalir dalam badanku ini.... Aku ingat NASI yang diSuap kan ke dalam tubuhku ini .... Sampai bebila aku akan ingat sehingga jasad Ku dibaluti kain putih pada suatu hari nanti.... Ampunikanlah segala dosa-dosaKu ini... Ya Allah,  Aku sayang kan mereka berdua... 

Sekian.
Terima kasih


27 Julai 2016

AKTIVITI MENCABUT RUMPUT PANJANG DI HALAMAN RUMAH OPAH CU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Walaupun keadaan saya ini kurang sihat sangat tapi kena buat juga segala kerja rumah membasuh , mencuci, mengemop dan menyapu lantai, menyidai pakaian di ampaian. Saya juga pergi mencabut rumput panjang sampai ke lutut bersama anak-anak selepas beberapa hari hujan turun sejak akhir-akhir ini. Punyalah anak-anak suka bermain pergi mengambil semua rumput tersebut ke tempat pembakaran sampah. Berpeluh-peluh anak-anak bermain di bawah cahaya matahari.


Saya panggil anak-anak tutur serta mencabut rumput panjang tu...


" Sementara Opah Cu pergi kerja , jom anak-anak Ummi cuba cabut rumput tu... "

" Ok , Ummi... "

" Nanti Opah balik dari kerja tentu opah suka kan. "

" Iye , Ummi...."



Aktiviti mencabut rumput panjang di halaman rumah opah



" Ummi, lihat rumput .."


Sukanya anak-anak Cuba nak mencabut rumput panjang


Dilonggokkan di tempat pembakaran sampah. Sudah Kering Boleh Bakar.






15 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI 1437H/2016

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah Tanpa kusedari selamat ini buat KELUARGA, rakan-rakan taulan.

Salam 10 Syawwal 1437 h dari kami sekeluarga FAIZA. Pada tahun ini , giliran kami sekeluarga pulang beraya di sebelah Suami , Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, Kuala Kangsar , Perak, dua minggu sebelum raya. Kali ini pecah rekod balik Kampung Perak. Hihihi...





Pada sebelum raya , saya sekeluarga melihat pembinaan panjut di sekitar kampung Kuala kangsar ketika. Maaf Lah saya tidak sempat mengambil foto pesta tersebut jadi saya Google sahaja foto itu, sebab terlalu teruja sangat.


 PESTA PANJUT 2016


Sampaikan pesta tersebut masuk berita awani ketika itu. SINI






3 Julai 2016

DI HARI KELAHIRANKU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 1437H

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Terima kasih Ya Allah , saya masih bernafas di Bulan baik ini Ramadhan , 27 ramadhan 1437h akan meninggalkan kita semua dalam beberapa hari lagi ( 3 hari lagi ) menyambut hari lebaran Aidilfitri....

Pada hari ini juga saya menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 35, 3 Julai 2016 Ahad, sudah tua rupanya saya ini. Semoga Allah swt memberkati usiaku , dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang... ya Allah tutupkanlah mata-mata kejahatan dari manusia yang kejam lagi berhati jahat dan hasad dengki. Pulihkanlah kami sekeluarga penyakit misteri ... Sembuhkanlah Ya Allah dengan izinMu , Ya Allah...





Ini Lah sumber inspirasi saya selama 35 tahun...
Jika mak Senah x ada Kat umah cik Saniah Tohid yang mengambil tempat sementara menjaga Ku  ketika mak Senah dok labour room melahirkan adik2 Ku di hospital..  Sayang kamu berdua dunia akhirat...

#harikelahiranku
#3julai
#nostalgia


       
Setiap tahun hari kelahiran wajib dapat SMS ni daripada dato seri mohamad hj hassan.... Terima kasih Dato Seri...







Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat pengunjung blog ini tak Kira para blogger dan rakan - rakan di Alam Maya ini.


Video TNB






EKSKLUSIF: Astro Raya Plush Toy Pat, Mang & Las Comel Istimewa Hanya Untuk Raya 2016 Ini!



20 Jun 2016

MEMBUAT PEMERIKSAAN SETERUSNYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam Ramadhan ke 15,

Berdebar-debar rasa hati ini... Sejak pemeriksaan colposcopy dan biopsy untuk kesihatan dalaman pada Bulan Mei, 10, 2016 , selasa , 9:00 am di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan ( HTJ ). Hati ini tidak pernah berputus-putus berdoa pada Allah swt memberikan jawaban yang sebaik-baiknya. Harap semua baik-baik sahaja.

Appointment bersama doktor pada esok ( 21.06.2016 , Selasa , 8:30am )







Doakan saya semoga sihat-sihat selalu.

Sekian.
Terima kasih

17 Jun 2016

RINDUNYA PADA SAAT ZAMAN KANAK-KANAK BERHARI RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Semakin hari semakin dekat untuk menyambut hari raya. Hari ini sudah 12 Ramadhan. Tidak lama lagi  keluar pula lagu - lagu raya.



Terkenangkan zaman kanak-kanak yang sangat gembira di malam raya. Bermain bunga api , memasang pelita disekeliling laman rumah Atok dan nenek. Atok kacau dodol.. Nenek , mak , makcik- makcik sibuk Kat dapur buat rendang ayam dan daging , ketupat dan macam macam lagi. Rindunya... Meriah sungguh... 

Lagi satu, masa dahulu rajin menghantar kad-kad raya sebagai pengganti diri sama ada di luar negara mahupun di dalam negeri. Berkeping-keping abang posmen menghantar ke rumah untuk tatapan seisi KELUARGA tercinta mahupun rakan taulan. Boleh sahaja digantung diruang tamu.

Sekarang ini, semuanya berdigital atau pun WhatsApp application yang sedang hangat digunakan. Media social seperti Facebook , twitter, instgram, dan lain-lain juga memainkan peranannya untuk mengucapkan selamat hari raya.








MAGGI CAWAN UNTUK BERSAHUR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Pagi tadi terlewat bangun sahur dalam pukul 5:00  pagi... Sebabnya malam tadi tidak Boleh melelapkan mata. Jadi , saya pun masak air panas dan amik 2 cawan Maggi cawan untuk kami berdua.


Itu yang mampu saya buat untuk bersahur bersama cik Suami serta amik 3 biji buah Tamar untuk memberikan tenaga sepanjang hari.

Tidak kisah Lah APA perasanya Maggi tersebut. Janji saya dan cik Suami ALAS PERUT 






13 Jun 2016

PANTUN JAWA MENYAMBUT RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu


Image dari Mr Google


Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi orak ngomong Jowo,
Dino poso ki njalok ngapuro...

Nyimpan jenang nang jero tin,
Ngesok arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njlok dingapuro...

Buko poso lawuh'e gereh,
Njegor sunge dicaplok boyo,
Keluputanku sing akeh-akeh,
Kito 0 - 0 lah yo...

Selamat Menyambut Ramadhan

Pantun Jawa dr famili saya ....
Saya adalah seorang dari KETURUNAN JAWA tapi lum pandai bercakap Jawa...

#pantun





10 Jun 2016

MAHUKAN ABINYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Setiap kali pagi waktu abi pergi kerja. Sebaik sahaja bangun dari tidur, Alya mesti tanyakan soalan ini setiap hari :


" Ummi, mana abi?"

" Abi, sudah pergi kerja ... Alya.."

" Ok..."

" Abang Darwish dan Alya kan ada Ummi apabila abi pergi kerja.. Ummi selalu ada sama bersama kamu berdua. Ummi jaga anak-anak abi."

" Baik Ummi... "

Lalu mereka memeluk dan mencium umminya dengan penuh kasih sayangnya.




Tepat jam 6petang setiap hari, Abang Darwish dan Alya sudah berebut tunggu depan pintu. Tunggu Abinya berikan salam. Abang Darwish dan Alya terus memeluk abinya.


Selepas itu, Abang Darwish minta makan me sup, " abi nak mee sup...?"


Abi menjawab, " Kita makan nasi ye?"

Abang Darwish mengangguk, " Baik , abi."


Anak-anak sudah semestinya menarik perhatian Abinya selepas waktu habis kerja. Walaupun abinya masih kepenatan bekerja.



TERDENGAR SUARA ITU MEMANGGIL

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Kisah sebelum bangun dari tidur untuk bersahur pagi tadi. Terdengar suara yang memanggil yang cukup kenal di dalam tidurku tadi.

" Along..." , suara itu memanggilku.

" Bangunlah... Waktu dah nak abis ni!"

Saya masih lagi berlingkar di atas katil masa itu. 

Macam-macam bunyi di dapur. Bunyi siulan air masak mendidih. Bunyi lagaan senduk dan kuali. Ketukkan lesung batu. Bau aroma menumis bahan-bahan. Semuanya ada. Tidak menahan untuk mendengarnya. Kalau Boleh satu blok tahu suara itu. Semuanya nak dikejutkan. 





Lantas saya pun bangun dari tidur. Bangun tengok sekeliling dalam bilik. Gelapnya. Tengok anak-anak masih tidur. Rupa-rupanya saya bermimpi. Suara yang memanggil itu datang dari Mimpi. Aduh... Rindunya suara itu. Rasanya nak saja balik ke rumah mak yang sedang memanggil dari kejauhan yang berpuluh-puluh kilometer dari sini. Walaupun hanya dalam mimpi.


TIP
Sekian.
Terima kasih.



19 Mei 2016

RINDUKAN SAAT ITU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Apabila duduk membelek foto-foto tersebut .. Sekejap sahaja masa berlalu tanpa disedari. 9 bulan 10 hari menunggu Saat kelahiran cahayamata keluar dari pintu Rahim si ibunya. Cepat benar masa berlaku..





Sampaikan ada seorang cukup cemburu asyik mendokong, membelai , memanjakan anak-anak tetapi mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan berkasih sayang bersama anak-anak kecik. Nak nak Anak - Anak yang sedang menyusui susu badan.

Ada yang menegur ketika itu, 
" Napa tidak memberikan susu botol sahaja?" 

Tergamam sekali apabila mendengar teguran tersebut dari wanita yang belum berkahwin. Saat itu , terpalit rasa kecik hati sangat. Tapi sesi penyusuan susu Ibu tetap diteruskan seperti biasa. Malas nak fikirkan cakap-cakap negatif tersebut. Bagiku tugas tersebut belum selesai sehingga usianya mencecah dua tahun atau mana yang dahulu.



Anak-anak kecil ini lebih selamat dalam dakapan ibunya. Rasa aman , tidurnya diperhatikan oleh ibunya di sisinya. 


" Ummi , meh adik ikat rambut Ummi ye."

" Ok Sayang... Terima kasih."



" Ummi, adik sayang kan Ummi selalu.."

" Terima kasih sayang, Ummi pun sayangkan adik juga."



Wahai anak-anak Ummi, Ummi rindukan kamu berdua. Yang Ummi tidak dapat dilupakan Saat melahirkan kamu berdua. Menggigil seluruh tubuh badan Ummi menahan sakit tersebut selepas mendengar tangisan kamu berdua hilang semua sakit itu. Semua itu ada hikmahnya disebaliknya. Dosa-dosa Ummi terhapus  begitu sekali. Ummi dapat HADIAH itu dari ALLAH untuk menjaga kamu sehingga dewasa kelak.

Ummi sayang kan kamu berdua , Abam dan Adik.
Begitu juga Abi sayang kan kamu juga...




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign