Apabila duduk membelek foto-foto tersebut .. Sekejap sahaja masa berlalu tanpa disedari. 9 bulan 10 hari menunggu Saat kelahiran cahayamata keluar dari pintu Rahim si ibunya. Cepat benar masa berlaku..
Sampaikan ada seorang cukup cemburu asyik mendokong, membelai , memanjakan anak-anak tetapi mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan berkasih sayang bersama anak-anak kecik. Nak nak Anak - Anak yang sedang menyusui susu badan.
Ada yang menegur ketika itu,
" Napa tidak memberikan susu botol sahaja?"
Tergamam sekali apabila mendengar teguran tersebut dari wanita yang belum berkahwin. Saat itu , terpalit rasa kecik hati sangat. Tapi sesi penyusuan susu Ibu tetap diteruskan seperti biasa. Malas nak fikirkan cakap-cakap negatif tersebut. Bagiku tugas tersebut belum selesai sehingga usianya mencecah dua tahun atau mana yang dahulu.
Anak-anak kecil ini lebih selamat dalam dakapan ibunya. Rasa aman , tidurnya diperhatikan oleh ibunya di sisinya.
" Ummi , meh adik ikat rambut Ummi ye."
" Ok Sayang... Terima kasih."
" Ummi, adik sayang kan Ummi selalu.."
" Terima kasih sayang, Ummi pun sayangkan adik juga."
Wahai anak-anak Ummi, Ummi rindukan kamu berdua. Yang Ummi tidak dapat dilupakan Saat melahirkan kamu berdua. Menggigil seluruh tubuh badan Ummi menahan sakit tersebut selepas mendengar tangisan kamu berdua hilang semua sakit itu. Semua itu ada hikmahnya disebaliknya. Dosa-dosa Ummi terhapus begitu sekali. Ummi dapat HADIAH itu dari ALLAH untuk menjaga kamu sehingga dewasa kelak.
Ummi sayang kan kamu berdua , Abam dan Adik.
Begitu juga Abi sayang kan kamu juga...
tak tau nape yui terharu bc entry ni kak =(
BalasPadamKisah tersebut datang dari hati ini... Anak2 semakin membesar... Apabila tengok imej tersebut macam2 kisahnya... :-)
Padam