Pagi semalam , selepas meminta kebenaran pulang untuk melihat ibuku dirumah Sana sempena cuti Hari israk mikraj ... Abam Darwish pun cuti juga... Pergilah saya sekeluarga melihat ibuku. Cik Suami ada kerja Kat Alor Gajah.
Sesampai sahaja ibuku sedang memipil isi perut ikan bilis satu dulang dihadap oleh ibuku. Sayup sahaja wajahnya ketika itu. Disuruhnya saya ke dapur untuk memasak lauk untuk makan tengahari semalam.
Wahai ibuku, inilah doaku buatmu :
DOA UNTUK IBUKU:
Ya Allah , Engkaulah yang melihatnya ( mengetahui keadaan ibuku ).
Jika Kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa, maka Kamu ampunkanlah dosa ibuku.
Jika Kau melihatnya dalam keadaan bersedih , maka Kau gembirakanlah hatinya.
Jika Kau melihatnya keadaan bergembira, maka sempurnakanlah kegembiraannya.
Jika Kau melihatnya sakit, maka Kau sembuhkanlah sakitnya.
Jika Kau melihatnya bimbang, maka jauhkanlah kebimbangannya.
Jika Kau melihatnya letih, maka Kau sampaikanlah berita gembira tentang ganjarannya yang sangat besar.
Aamiinn Ya Rabbal Alamin.
may allah bless her :)
BalasPadam