UMMI ADRIANA: RINDUNYA PADA SAAT ZAMAN KANAK-KANAK BERHARI RAYA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

17 Jun 2016

RINDUNYA PADA SAAT ZAMAN KANAK-KANAK BERHARI RAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Semakin hari semakin dekat untuk menyambut hari raya. Hari ini sudah 12 Ramadhan. Tidak lama lagi  keluar pula lagu - lagu raya.



Terkenangkan zaman kanak-kanak yang sangat gembira di malam raya. Bermain bunga api , memasang pelita disekeliling laman rumah Atok dan nenek. Atok kacau dodol.. Nenek , mak , makcik- makcik sibuk Kat dapur buat rendang ayam dan daging , ketupat dan macam macam lagi. Rindunya... Meriah sungguh... 

Lagi satu, masa dahulu rajin menghantar kad-kad raya sebagai pengganti diri sama ada di luar negara mahupun di dalam negeri. Berkeping-keping abang posmen menghantar ke rumah untuk tatapan seisi KELUARGA tercinta mahupun rakan taulan. Boleh sahaja digantung diruang tamu.

Sekarang ini, semuanya berdigital atau pun WhatsApp application yang sedang hangat digunakan. Media social seperti Facebook , twitter, instgram, dan lain-lain juga memainkan peranannya untuk mengucapkan selamat hari raya.








2 ulasan:

  1. Dulu punya raya meriah, sekarang macamhambar sikit.. ;) Salam Ramadhan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye .... Salam ramadhan ... Terima kasih singgah :-)

      Padam

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign