UMMI ADRIANA: KARI AYAM

FAIZABUNYAMIN TABUNG

15 Jun 2016

KARI AYAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat selalu.

Macam biasa lah ... Setiap Kali selepas pukul 5:00petang memikirkan hidangan jaudah untuk berbuka puasa macam-macam nak makan. Last sekali... Buat kuah kari ayam dengan bubur nasi dan juga lempeng.


Ayam masak kuah Kari

6 ketul ayam ( cuci bersih dan toskan )

2 biji Ubi kentang
1 biji tomato

Bahan-bahan :

6 ulas Bawang merah 
5 ulas Bawang putih 
 6 biji Cili kering
1/4 halia

( kisar semua bahan-bahan tersebut )

Lalu masuk sekali selepas bahan-bahan tersebut bersama
1 sudu besar serbuk Kari ( saya guna Adabi)

1/2 cawan santan
3 cawan air.


Cara-cara :

1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan bahan penumis ( bunga lawang, pekak dan batang kayu manis ) ,
2. Masukkan pulak , bahan-bahan kisar dan serbuk Kari sekali. Tumis hingga naik bau aromanya dan terbit minyak.
3. Masukkan ayam , ubi kentang biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
5. Selepas itu masukkan santan pula.
Didihkan semua kuah dan biarkan seketika. Masukkan perasa garam secukup rasa dan masukkan satu biji tomato. Lalu Boleh Lah dihidangkan.

Selamat mencuba.

TIP 

Sekian.
Terima kasih.













2 ulasan:

  1. Ain kalau kari ayam ubi kena byk baru best nak mkn. Ubi pulak empuk fuhhhh~

    BalasPadam

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign