UMMI ADRIANA: AIR RENDAMAN BUAH TAMAR

FAIZABUNYAMIN TABUNG

6 Jun 2016

AIR RENDAMAN BUAH TAMAR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Jom amalkan minuman air nabezz tersebut. Saya pun amalkan setiap hari waktu bersahur ketika itu... 






Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.  Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”Dari  Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).


Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma ( tamar ) telah dibuktikan sebagai:-

1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.


Cara2:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...





Sekian.
Terima Kasih...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign