UMMI ADRIANA: KISAH HIDUP

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label KISAH HIDUP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH HIDUP. Papar semua catatan

19 Mac 2016

BOSAN JADI GURU TERUS BERHENTI

Assalammualaikum ...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah ...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini terbaca satu artikel , di mana seorang lelaki muda berhenti kerja
dari menjadi guru ke pada businessman yang berjaya...

Buat betul bekas guru tersebut boleh jadi businessman ?

Jika anda ingin mengetahui nya ... Sila klik imagenya...




17 Disember 2015

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT,TIDURLAH DENGAN TENANG

Assalammualaikum...
Dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ..
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga dilindungi dan diberkati oleh Allah swt dengan RAHMATNYA DAN RAHIMNYA.... Dimana sahaja anda berada...

***  " Mudah-mudahan  ALLAH SWT menyembuhkan segala rasa yang sakit ...
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhlukNya dan pasti akan memberikan kurniaNYA. " ***


Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam REDHA ALLAH dan takdirNya dengan berbantalkan angin keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun , dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air Mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak , kekasih, orang tua dan teman-teman. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga ditujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan dan melipatgandakan pahala, meninggikan darjat, serta menghilangkan segala kesedihan yang dihadapi.

Firman ALLAH SWT :


" Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. "  ( Surah Al -BAQARAH : AYAT 45 )

ALI R.A pernah berkata yang bermaksud :

" Kedudukan SABAR dalam IMAN sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh."


Mama berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga FIRDAUS dan tempat yang berada dekat di sisi TUHAN YANG MAHA ESA di SYURGA 'ADN dan di tempat yang sang at disenangi , sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamat buat anda kerana telah memiliki IMAN dan KESABARAN serta percaya kepada pahala ALLAH swt. Kelak andalah orang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.

ALLAH SWT BERFIRMAN:




( SURAH AL BAQARAH : AYAT 155 )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA.







8 Disember 2015

AJAL TIDAK KENAL USIA MUDA TUA

Assalammualaikum 
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa sihat-sihat selalu dilindungi dan diberkati oleh ALLAH SWT, di mana sahaja anda berada.

Ajal tidak kenal rupa wajah pangkat darjat miskin kaya tua muda.
Kita semua akan kembali ke pangkuan Ilahi apabila sampai waktunya.

Cuma yang kita bawa adalah:
Sedekah jariah
Amal ibadah
Doa yang berterusan dari anak-anak soleh solehah

Tidak perlu bawa harta emas yang kita milk di Dunia kini.


Foto dari RAKAN FB

Disamping itu, saya memohon kemaafan jika ada mengumpat atau diumpat antara anda semua sekalian.
Saya tidak tahu apa yang saya lakukan tanpa saya sedari atau tidak.

Maafkan saya,
Dan saya juga telah memaafkan anda sekalian tidak kira di mana sahaja kita bertemu secara LIVE atau di alam Maya ( internet )

Memberi dan menerima kemaafkan lebih mulia dari segala-galanya

Lagi mempereratkan tali silaturrahim..

Buang segala sifat KEEGOAAN itu.

Buat : 
My families 
Rakan - rakan taulan
Ipar duyai
Sahabat andai
Jiran tetangga
Para guru
Dan 
Siapa-siapa yang mengenali diri Ku selama ini

*** INGAT KEMATIAN ADALAH PERKARA SUNAT MEMBUATKAN KITA SELALU INGAT KEPADA PENCIPTA ASAL-NYA

Semoga Ia memberi manfaat buat anda sekalian.
Sekian.
TERIMA KASIH







6 November 2015

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN ...

Assalammualaikum....
Alhamdulilah.. Semuanya sihat-sihat belaka...
Berkongsi bersama.... Cerita tersebut...
Teringat apa yang berlaku ketika itu....
"
Cantik ayat ni ...!
Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....
Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH ADIK BERADIK
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.."
Kirimlah kpd semua Adik beradik yg kita ingati.....


30 Oktober 2015

SAHABAT SEJATI

Assalammualaikum wbt....
Salam sejahtera....

Alhamdulilah....

Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...

Sahabat?
Teman?
Kawan?

Kita hidup di muka bumi ini kita tidak bersendirian malah Allah swt telah menjadikan seseorang untuk mengisi kekosongan dan kesepian iaitu sahabat , teman ataupun kawan.

Cuma kita pilih sahaja pasangan tersebut yang terbaik untuk kita.

Antara ciri-ciri SAHABAT YANG BAIK adalah:

1. Seorang yang berani menegur kesalahan sahabatnya.

2. Tidak mencari aib sahabatnya.

3. Seseorang yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

4. Tidak berburuk sangka.

5. Selalu memulakan SALAM apabila bertemu.

6. Sentiasa mendoakan sahabatnya ketika berjauhan.

7. Suka memberi nasihat apabila diperlukan.

8. Seseorang yang selalu memberi manfaat ; dengan ilmu , akhlak dan segala yang dimiliki olehnya.

9. Seseorang yang tidak selalu mengikuti hawa nafsunya.

10. Merasa bahagia jika diperlukan bantuannya, serta suka memberi bantuan tanpa balasan.

11. Seseorang yang memberi kepercayaan dan memahami sahabatnya.

12. Berinteraksi dengan penuh kesopanan.

13. Sentiasa mendorong untuk melakukan kebaikan.

14. Dapat membuat sahabat tersenyum pada masa kesusahan.

15. Mengambil berat terhadap sahabatnya serta berusaha mencari penyelesaian.

Itulah antara ciri-ciri yang ada pada sahabat yang baik, hargailah dirinya dan berusahalah menjadi sahabat yang baik.

Semoga Allah swt mengekalkan persaudaraan yang ada. Namun, jika tiada lagi sahabat seperti itu, berusahalah menjadi sahabat yang baik untuk orang-orang disekeliling kita. Hiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji.

" ORANG YANG PALING AKU SUKAI ADALAH DIA YANG MENUNJUKKAN KESALAHANKU."   ( UMAR BIN KHATTAB , KHALIFAH ISLAM KEDUA DAN SAHABAT RASULULLAH SAW )

" SAHABAT YANG BAIK ADALAH SAHABAT YANG ADA KETIKA SUSAH MAHUPUN SENANG. TANPA SIKAP SALING MEMBANTU , MAKA HUBUNGAN PERSAHABATAN TIDAK BERTAHAN LAMA."   ( IMAM SYAFI'E , ULAMA DAN IMAM MAZHAB )

15 Oktober 2015

USAHLAH SEBEGINI, KASIHANILAH DIA

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulilah...





Peringatan untuk diriku juga...

" Mak, ayah,... Maafkan daku jika banyak menyusahkan kamu berdua... Mak dan ayah banyak pengorbanan demi membesarkan kami semua ketika itu... Kali ini biarlah kami ( anak-anakmu ) berdikari pula.."

" TERIMA KASIH MAK , AYAH JASAMU BANYAK SANGAT UNTUK KAMI SEMUA"

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

3 Oktober 2015

MANA MAK??????

Assalammualaikum wbt
Salam sejahtera.....

Alhamdulilah.....


Kisah tersebut menjadi pedoman dan pengajaran buat saya sekeluarga... Saya kongsikan pengalaman mereka . ... Cerita tersebut saya viral kan sahaja daripada kawan-kawan saya sebenarnya.... Jangan salah faham ye...



MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak
malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab
mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah kata -kata Mak malam itu, "kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur.Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali hjlebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca...

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT BUAT ANDA SEMUA...

DOAKAN UNTUK KEDUA IBU BAPA KITA... Walaupun mereka berdua masih hidup lagi...

AL-FATIHAH....
AMIIIINNN... YA RABBAL ALLAMIIIINNN....

Emak dan ayah saya masih sihat selalu...
I love you all mum and dad...

22 Ogos 2015

BILA WAKTU KITA TELAH TERHENTI PADA SUATU HARI NANTI


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah semuanya dalam keadaan sihat-sihat sejahtera di  bawah lindungi YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA MENYAYANGI...

Bila waktu telah terhenti .. tidak bermakna kita semuanya akan hilang tuju arah-NYA.. ajal maut jodoh itu adalah KETETAPAN dan SURATAN DARI-NYA yang sudah ditulis sejak kejadian kita didalam RAHIM ibu kita...

Jadikan ia sebagai pedoman hidup... semua itu kita akan hadapinya dengan keseorangan diri melainkan kita punyai amalan yang mencukupi dalam kubur kelak menjadi TEMAN SEJATI... tempat persemadian yang kekal sehingga kita dibangunkan semula di ALAM baru ... akan dihisap segala amalan mulia kita nanti...







Sekian ...

Terima kasih ...




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign