UMMI ADRIANA: SAHABAT SEJATI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

30 Oktober 2015

SAHABAT SEJATI

Assalammualaikum wbt....
Salam sejahtera....

Alhamdulilah....

Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...

Sahabat?
Teman?
Kawan?

Kita hidup di muka bumi ini kita tidak bersendirian malah Allah swt telah menjadikan seseorang untuk mengisi kekosongan dan kesepian iaitu sahabat , teman ataupun kawan.

Cuma kita pilih sahaja pasangan tersebut yang terbaik untuk kita.

Antara ciri-ciri SAHABAT YANG BAIK adalah:

1. Seorang yang berani menegur kesalahan sahabatnya.

2. Tidak mencari aib sahabatnya.

3. Seseorang yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

4. Tidak berburuk sangka.

5. Selalu memulakan SALAM apabila bertemu.

6. Sentiasa mendoakan sahabatnya ketika berjauhan.

7. Suka memberi nasihat apabila diperlukan.

8. Seseorang yang selalu memberi manfaat ; dengan ilmu , akhlak dan segala yang dimiliki olehnya.

9. Seseorang yang tidak selalu mengikuti hawa nafsunya.

10. Merasa bahagia jika diperlukan bantuannya, serta suka memberi bantuan tanpa balasan.

11. Seseorang yang memberi kepercayaan dan memahami sahabatnya.

12. Berinteraksi dengan penuh kesopanan.

13. Sentiasa mendorong untuk melakukan kebaikan.

14. Dapat membuat sahabat tersenyum pada masa kesusahan.

15. Mengambil berat terhadap sahabatnya serta berusaha mencari penyelesaian.

Itulah antara ciri-ciri yang ada pada sahabat yang baik, hargailah dirinya dan berusahalah menjadi sahabat yang baik.

Semoga Allah swt mengekalkan persaudaraan yang ada. Namun, jika tiada lagi sahabat seperti itu, berusahalah menjadi sahabat yang baik untuk orang-orang disekeliling kita. Hiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji.

" ORANG YANG PALING AKU SUKAI ADALAH DIA YANG MENUNJUKKAN KESALAHANKU."   ( UMAR BIN KHATTAB , KHALIFAH ISLAM KEDUA DAN SAHABAT RASULULLAH SAW )

" SAHABAT YANG BAIK ADALAH SAHABAT YANG ADA KETIKA SUSAH MAHUPUN SENANG. TANPA SIKAP SALING MEMBANTU , MAKA HUBUNGAN PERSAHABATAN TIDAK BERTAHAN LAMA."   ( IMAM SYAFI'E , ULAMA DAN IMAM MAZHAB )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign