UMMI ADRIANA: TIP

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP. Papar semua catatan

12 Mei 2016

LIMA AMALAN PEMBUKA REZEKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


5 lima amalan pembuka
rezeki yang boleh kita amalkan setiap hari.

Image dari Mr google



1. Berdoa kepada Allah

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa
memohon rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita
tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]


2. Perbanyak istighfar dan taubat

Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah
memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam
mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari.
Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.


3. Menyambung Silaturahim

Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung
silaturahim kepada kerabat. Silaturahim di sini bukan dalam erti
berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan
yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.

Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga
sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai
sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya.
Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang
umur dan memperbanyak rezeki.


4. Perbanyak Sedekah.

Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan,
diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah
menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu
makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah.
Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah
memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk
sedekah kerana mengetahui keutamaannya.


5. Solat Dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha.
Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit
sebelum masuk waktu zuhur.

Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini
dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh
dibayar dengan solat dhuha.

Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan
jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi
kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata,
akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan
mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya didunia
maka bersyukurlah.

21 April 2016

TIP IBU AYAH TERHADAP ANAK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Senyuman tersebut tidak pernah lekang di bibirnya...
" Darwish , Ummi rindu kan senyuman itu setiap Saat..."


TIPS IBU AYAH

Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, HANYA BOLEH BERFIKIR SATU PERKARA PADA SATU MASA, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. 

.

Satu "PANTANG" jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali jika ada tempat untuk anak itu melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag". 

.

Disebabkan oleh tingginya paras hormon testosteron dalam diri kanak-kanak lelaki. Otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yg matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat baik. Contohnya, suka lihat benda bergerak, mereka tidak boleh duduk diam, jika objek tidak bergerak, dia yang akan gerakkan objek tersebut. Jangan marah ketap-ketap bibir kalau mereka tak boleh duduk diam sopan santun. Itu fitrah itu fakta  >__<



Kanak-kanak perempuan pula sudah matang kedua-dua bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Menurut kajian, kematangan seorang kanak- kanak lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak-kanak perempuan 4 tahun. Subhanallah !



Jadi janganlah membanding-banding anak lelaki kita dengan anak perempuan yang sebaya. Jangan bandingkan anak lelaki kita dengan anak perempuan kita. Don't judge, don't compare! Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tidaklah sama lelaki dan perempuan. Rujuklah Ali Imran ayat 36.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih.

5 April 2016

7 sifat mulia dalam rumah tangga


Assalammualaikum ...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...



7 sifat mulia dalam rumah tangga

1. Jujur

Sama ada anda suami atau isteri, jujur terhadap pasangan sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, anda pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2. Bertanggung jawab

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3. Berwawasan

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4. Disiplin

Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5. Bekerjasama

Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.

6. Adil

Tidak kira suami ataupun isteri, anda mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlulah memahami tentang konsep adil itu sendiri melaksanakannya.

7. Prihatin

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga anda. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga anda tersasar jauh dari landasan sepatutnya yang telah ditetapkan oleh anda.




Kewajipan suami

Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.


Kewajipan isteri

Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.






11 amalan mulia dalam keluarga

Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.Saling tolong-menolong antara satu sama lain.Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.Saling sayang-menyayangi.Boleh bertolak ansur.Bertanggungjawab dan amanah.Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan. Sentiasa senyum.


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...


Sekian.

Terima kasih....



2 April 2016

CIRI SEORANG LELAKI MUSLIM MELAMAR WANITA MUSLIM


Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Alangkah indah dan bahagia seandainya masih ada LELAKI MUSLIM sebegini. Aman dan sentosa bagi seorang WANITA MUSLIM untuk menggapai kebahagiaannya sehingga ke JANNAH.

WANITA MUSLIM memerlukan LELAKI MUSLIM untuk membimbing dirinya ke jalan yang diredhai ALLAH swt.

25 Mac 2016

LIMA LANGKAH LATIH DIRI BERSANGKA BAIK

Assalammualaikum...
Salam sejahtera... Alhamdulilah ... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Lima langkah latih diri bersangka baik:


Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu 😢

*** latih diri sangka baik
Dari bahagian dakwah jakim

13 Mac 2016

CARA DIDIK ANAK-ANAK MENGIKUT PSIKOLOGI ISLAM

Assalammualaikum
Salam sejahtera...
Alhamdulilah... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

Sabda Rasullah saw:

" Berguraulah dengan Anak kamu Kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka , bergurau hingga baik atas belakang pun tidak mengapa. Jika suka geletek, kejar atau usim Anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita ajar dan didik ,  salah pukullah dia ( sebagai pengajaran ) "

DIDIK ANAK-ANAK MENGIKUT PSIKOLOGI ISLAM
Antaranya:

1. Jangan pukul Anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh badan untuk memukul Anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar Anak Anak pakai tangan kita. Bimbang Anak akan bertambah degil dan nakal.

3. Rotan atau pukul Anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya Ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4. Mulakanlah hidup Anak anda dengan nama panggilan yang baik.

5. Berikan Anak anda pelukan setiap hari . kajian menunjukkan Anak yang dipeluk setiap hari mempunyai IQ yang lebih kuat daripada Anak yang jarang dipeluk.

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan Anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran. 

7. Dengarlah cerita Anak anda , cerita itu take akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.


8. Tenangkan anak anda setiap Kali mereka memerlukannya.

9. Tunjukkan kepada Anak anda bagaimana Cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

10. Hargailah permainan kesayangan Anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda....

Sekian .
Terima kasih.

*** tip oleh pengetua sekolah.


Anak Pintar Cerdas Pandai Membaca


3 Mac 2016

CARA HILANGKAN BATUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum ....

Salam sejahtera ...
Alhamdulilah....
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Image dari Majalah Pa&Ma


Saya viralkan petua atau tip bagi menghilangkan batuk anak-anak....

""" Dalam cuaca yang agak panas dan terik sekarang ini, ramai yang mudah dijangkiti batuk. Bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali.

Apabila anak diserang batuk, memang rasa tak selesa dan asyik hendak meragam sahaja. Selera makan anak-anak pun akan menurun disebabkan tekak terasa perit dan sakit.

Memberi anak-anak minum ubat dari klinik bukan tugas yang mudah. Biasanya ia akan disudahi dengan tangisan dan akhirnya anak akan muntah.

Cuba buat rawatan semula jadi yang menggunakan pisang untuk merawat batuk. Resipi luar biasa ini ternyata berkesan menghilangkan batuk.

Ternyata ia ubat semula jadi yang hebat untuk merawat batuk dan keberkesanannya terbukti untuk penyakit batuk berpanjangan dan bronkitis.

Selain itu ia juga sedap, sihat dan memberi kesan bermanfaat kepada perut. Lagipun, proses penyediaannya mudah dan pantas.

Jika anak anda sedang menderita sakit tekak dan batuk, anda mesti cuba buat penawar menakjubkan ini! Ia memang berkesan untuk kanak-kanak, tetapi juga sesuai untuk orang dewasa.

Resipi pisang merawat batuk:

Bahan-bahan

2 biji pisang ranum
400 ml air mendidih
2 sudu besar gula atau madu (madu akan hilang khasiatnya dalam suhu yang tinggi, jadi berhati-hati semasa menambah madu ke dalam campuran pisang dan air panas. Pastikan ia sudah sejuk dahulu)

Cara penyediaan

1. Kupas pisang. Lenyekkan menggunakan sudu atau garfu. Sebaiknya guna sudu/garfu plastik atau kayu, bagi mengelakkan pisang cepat berubah warna gelap.

2. Tambahkan gula dan kacau rata. Jika anda menggunakan madu, tambahkan ia apabila campuran pisang sudah sejuk.

3. Tuang air mendidih ke dalam campuran, tutup dan biarkan selama 30 minit.

Jika mahu, anda boleh menapis campuran menggunakan penapis plastik.

Cara menggunakan

Anda harus menyediakan dos baru setiap hari. Sentiasa panaskan campuran dengan api perlahan sebelum menggunakan. Makan empat kali sehari (kira-kira 100 ml)

Batuk anda akan berhenti dalam masa beberapa hari. Cubalah dan pastinya anak-anak akan suka akan rasa 'ubat' yang sedap ini.

sumber:

instiks.com 

Majalah Pa&Ma"""""

#copy and paste sahaja.... 

Untuk anda semua ....


Sekian terima kasih



25 Februari 2016

TIP BANGUNKAN ANAK DARI TIDURNYA


Assalammualaikum..

Salam sejahtera....

Alhamdulilah....
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

" Darwish, bangun.. Siap-siap pergi sekolah...."

Darwish masih menggeliat untuk bangun dari tidurnya...

" Ummi, nak dokong boleh?"

Alahai Darwish...

" Boleh ye..."

"Baiklah... Ummi dokong...."

Darwish mendepakan tangannya minta dokong...

" jom Mandi..."


" Ok Ummi...."

Itu Lah setiap rutin harian umminya...


Image dari PAMAPEDIA

Semoga ia memberikan manfaat buat anda...

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

22 Februari 2016

TIP UNTUK MENGELAK DARIPADA BERBELANJA LEBIH

Assalammualaikum ...
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini, saya terfikir juga untuk merancang perbelanjaan diri sendiri , keperluan rumah dan sebagainya...


Image dari Mr Google


Kita sebenarnya tidak lari daripada membeli belah... Setiap hari saya membuat checklist apa yang patut untuk belanja nanti...

Di sini juga saya berkongsikan serba sedikit tip yang saya baca di dalam akhbar semalam...

Antaranya:

1. Adakan bajet untuk setiap perbelanjaan. Senaraikan mengenai tanggungan yang dibuat setiap bulanan itu dapat mengingatkan kita untuk berbelanja secara lebih berhemah...

2. Sediakan Dana khas untuk keperluan tertentu seperti untuk menyambut Hari raya atau bercuti.


Image dari Mr. Google
DANA KHAS


3. Berbelanja untuk barangan perlu sahaja dan elakkan berbelanja lebih untuk barangan yang diingini.

4. Elak daripada berhutang sama Ada kad dengan kad credit atau rakan untuk perbelanjaan yang dapat dielakkan atau ditunda. Hadkan penggunaan kad kredit untuk keperluan kecemasan sahaja.

5. Akhir sekali, berbelanja mengikut kemampuan. Jangan berbelanja sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Image dari Mr Google



Baiklah... Itu sahaja yang dapat dikongsikan  bersama anda semua..

Semoga ia memberikan manfaat buat anda ...

Sekian.
Terima kasih...




11 Februari 2016

TIP - TIP MENGUKUHKAN CINTA ILAHI

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat- sihat selalu...

Hari ini saya , berkongsikan sedikit tip-tip melalui sesi pembacaan buku yang bercorakkan ILMIAH...

Ia juga memberikan kesan yang sungguh mendalam ke dalam kalbu saya ketika membacanya tadi...

Kekadang itu , kita lupa akan DIA...


Image dari GOOGLE




Antaranya tip-tip tersebut adalah seperti berikut:

1. Membaca al- Quran dan meneliti maksudnya...

2. Mengerjakan solat-solat sunat.

3. Membiasakan berzikir dan mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan.

4. Mengkaji maksud Asmaul Husna.

5. Menghitung nikmat-nikmat -NYA.

6. Bersendirian bermunajat pada hening malam iaitu sepertiga malam... Solat tahajjud dan solat taubat.

7. Bersahabat dengan orang-orang yang mencintai-Nya.

8. Menjauhi dosa kerana ia menghalang daripada cinta-NYA.

9. Mendahului cinta ALLAH SWT daripada selainNya dalam apa jua keadaan.

10. Melatih diri sensitif di hadapan -Nya...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekalian.

Sekian.
Terima kasih...

28 Januari 2016

KHASIAT BUAH DURIAN


Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Di antara kita semua sudah tentu suka makan RAJA BUAH ini ... Buah DURIAN...

Siapa-siapa yang suka makan buah DURIAN ini lah petandanya...

Cuba anda lihat khasiat atau manfaatnya buat kita...


Di antara khasiat isi DURIAN
( FOTONYA EHSAN LAMAN IMPIANA )


Selepas ini anda tidak usah lagi risau tentang kebaikan buah DURIAN ye... Makan sahaja...


Sekian.
Terima kasih...
Kongsi apa yang baik-baik sahaja...



26 Januari 2016

MAAFKAN SEMUA ORANG MAAFKAN DIRI SENDIRI JUGA

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

"Maafkan semua orang dan juga untuk diri sendiri...
Hidup akan sentiasa lebih gembira.... Tenang... Hati sentiasa AMAN dan BERSIH dari jiwa yang PEMAAF..."

( DR RAJA SHAMRI )







Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian.
Terima kasih...

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....


PETUA UNTUK MENAIKKAN URI.



Credit image dari : WANITA IDAMAN


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

Cara: Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan: Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, InsyaAllah.

**********************************************

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin."







Anda semua boleh share TIP/PETUA tersebut


Sekian.
Terima kasih


22 Januari 2016

20 AMALAN SENTIASA DILIMPAHI REZEKI HALAL DAN DIBERKATI

Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu


Amalkan 20 amalan ini sebagai salah satu cara supaya kita sentiasa dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati.


1. Banyak beristighfar

Kita adalah hamba yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Oleh itu sentiasalah beristighfar dan bertaubat kepada Yang Maha Esa. Bersungguh-sungguh mengakui dosa kita yang banyak di depan Allah kerana Allah sangat sayang kepada hamba-Nya yang banyak bertaubat dan beristighfar.


2. Rajin beribadah

Sentiasa utamakan Allah dalam setiap urusan kita. Rajin beribadah kepada Allah adalah salah satu cara kita sentiasa menyempatkan diri untuk sang Pencipta. Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya.


3. Tinggalkan perbuatan berdosa

Jika kita beristighfar tetapi masih mengulang perbuatan dosa, takut-takut istighfar kita tidak diterima oleh Allah. Dosa akan membuatkan hati menjadi resah, malah akan menutup pintu rezeki. Oleh itu segera tinggalkan segala perbuatan yang berdosa.


4. Sentiasa mengingati Allah

Berbanyaklah mengingati Allah kerana ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang yang beriman.


Doa Mohon Rezeki Halal



5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa

Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW berpesan, agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapa dan menyambung tali kekeluargaan.


6. Memenuhi keinginan orang lain

Menunaikan dan memenuhi kehendak atau keinginan orang juga menjadi sebab Allah SWT melapangkan rezeki dengan cara tercapainya hajat atau keinginan kita sendiri.



7. Berbuat baik dan membantu orang yang dalam kesusahan

Ia termasuk menggembirakan dan membahagiakan orang tua, orang yang sakit, anak yatim, fakir miskin, isteri dan anak-anak yang masih kecil.


8. Banyak berselawat ke atas Nabi SAW

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dapat menghilangkan keresahan, kesedihan, kesukaran dan meluaskan rezeki dengan izin Allah SWT.


9. Berpagi-pagi

Rasulullah SAW pernah bersabda amalan berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


10. Buat kebajikan sebanyak-banyak yang boleh

Selagi kita masih bernafas di bumi Allah, cubalah buat kebajikan sebanyak yang boleh. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk lain."



11. Menjalinkan silaturahim

Baginda SAW bersabda: "Barangsiapa ingin dilapangkan rezeki, dilambatkan ajal, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)



12. Rajin bersedekah

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membukakan pintu rezeki.



13. Sentiasa dalam keadaan berwuduk

Sentiasa biasakan diri dalam keadaan berwuduk kerana Nabi SAW ada bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan dari Sayidina Khalid al-Walid)



14. Bersolat malam (tahajud)

Membiasakan diri untuk bangun bersolat malam (tahajud)  kerana ia memberikan seribu kebaikan kepada yang rajin mengamalkannya.


15. Biasakan solat Dhuha

Solat Dhuha biasanya dilakukan di saat manusia sibuk dengan urusan dunia. Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang luar biasa.


16. Amalkan berzikir dan bacaan ayat Al-Quran

Zikir daripada ayat-ayat al-Quran atau Asma'ul Husna selain dapat menenangkan hati manusia, malah dapat menjernihkan perasaan. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu.



17. Sentiasa bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, Ayat 7)



18. Berikhtiar

Rajinlah berikhtiar dan berusaha. Orang beriman tidak pernah jemu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati.


19. Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah SWT. Kita wajib bergantung dan mengharap hanya kepada Allah supaya dikurniakan rezeki dan rahmat dari-Nya.



20. Bertawakal

Dengan bertawakal, seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah SWT. Rasulullah SAW juga bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

12 Januari 2016

TIP BERKASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Assalammualaikum...


Antara tip atau petua sentiasa hubungan suami isteri aman dan bahagia.... Saya kongsi bersama Dari pengalaman orang-orang tua yang terdahulu....






1. Sentiasa kemas dan bersih.

2. Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat.

3. Elak sikap moody masam muka bila bersama suami.

4. Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya.

5. Dengar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati.

6. Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking.

7. Pabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab.

8. Jangan cepat merajuk pabila diusik suami.

9. Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau.

10.Jangan lengah dan cepatlah bertindak apabila suami berhajat sesuatu.

11.Dahulukan kehendak suami dari anak-anak.

12. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau.

13. Minta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna.

14. Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun.

15. Masak hidangan kegemaran suami.

16. Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta.

17. Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan.

18. Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami.




19. Potong kuku suami apabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat.

20. cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya.

21. Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami seperti gaduh dengan jiran atau menambah hutang tanpa berbincang.

22. Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak.

23. Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya.

24. Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur.

25. Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri.

26. Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan.

27. Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami.



P/S Isteri ikut petua di atas Aman rumahtangga. Insyaallah.


*** terima kasih juga buat mak dan ayah yang sentiasa memberikan nasihat yang baik untuk Ku sepanjang alam perkahwinan ini ....

10 PERKARA YANG MENDATANGKAN CINTA ALLAH swt

Assalammualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

10 PERKARA YANG MENDATANGKAN CINTA ALLAH swt:


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua...

Sekian 
Terima kasih.

4 Januari 2016

TIP UNTUK PARA IBU IBU TERSAYANG

Assalammualaikum
Salam sejahtera


"Untuk para ibu-ibu tersayang" Dari Prof Muhaya..

Selamat pagi semua..
Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent....dah jadi parent....yang baru jadi parent semula... Sama-sama kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

# silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

# Rasulullah bersabda, 

"Barangsiapa yang menyampaikan sayu ilmu saja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.. 

Amiiin ya rabbal alamin..
Semoga bermanfaat..
Amin....

31 Disember 2015

CIRI IBU BAPA MEMBENTUK ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalammualaikum 
Salam sejahtera...

Alhamdulilah..
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...


Semua ibu ayah akan doakan anak-anak mereka jadi anak yang soleh dan solehah dalam doa harian selepas solat.

Pendek kata ia memang impian semua yang bergelar ibu ayah. Tapi sejauh mana usaha ibu ayah sendiri untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah?

Adakah cukup dengan menghantar mereka ke sekolah tahfiz? Tipulah kalau cakap ibu ayah tak nak mendapat syafaat daripada anak-anak yang bergelar tahfiz/tahfizah. Tapi apa tindakan kita?

Menurut pendakwah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa, perkara yang paling sukar untuk didik anak jadi soleh dan solehah atau mewujudkan keluarga baiti jannti adalah keupayaan
ibu ayah untuk menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak. Ia adalah perkara paling sukar!

Tentu kita sudah puas menasihat dan berbuih mulut bercakap menyuruh anak berbuat kebaikan. Berpesan kepada anak supaya mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah
tapi sebenarnya kesan yang paling besar apabila anak melihat terjemahan dan penghayatan apa yang kita cakap dan pesan itu pada diri ibu ayah sendiri.

Teladan daripada ibu ayah adalah perkara paling besar dalam mendidik anak-anak.




Nabi pernah bersabda yang bermaksud : Allah mengasihi dan merahmati ibu ayah yang membantu anaknya, menunjukkan anaknya bagaimana cara berbakti kepada ibu ayahnya.

Oleh itu marilah kita berubah menjadi ibu ayah yang mempunyai ciri-ciri berikut jika mahukan anak-anak soleh dan solehah.


1. Didik anak dengan lembut hati.

Anak-anak akan belajar daripada ibu ayah supaya tidak menjadi orang yang keras hati.


2. Jadilah ibu ayah yang pemaaf dan tawaduk.

Anak-anak akan hormat dan menghargai ibu ayah yang boleh merendah diri mengakui kesilapan dalam mendidik mereka.


3. Menjadi contoh terbaik.

Anak-anak hendak melihat terjemahan keindahan agama pada diri ibu ayah. Janganlah kita menyuruh anak-anak solat dan membaca al-Quran tetapi ibu ayah sendiri tidak membuat perkara tersebut.  Anak-anak hendak tengok ibu ayah juga cinta kepada al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada teladan baik daripada ibu ayah itu adalah kesukaran dalam pendidikan tersebut.

4. Perbaiki kasih sayang kepada anak-anak.

Jangan abaikan perasaan anak-anak. Anak-anak adalah amanah dari Allah maka curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.


5. Perbaiki hati kita.

Sentiasa berusaha menjadi ibu ayah yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas untuk mendidik anak ke jalan Allah SWT.


6. Perbaiki cara pendidikan kita.

Cara pendidikan kita terhadap anak-anak juga perlulah mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw.


7. Perbaiki solat.

Jika mahu anak rajin bersolat, ibu ayah terlebih dahulu perlu memperbaiki kualiti solat.

Allah SWT memberi jaminan kalau kita bersungguh-sungguh di jalan Allah dan serahkan kepada Allah untuk mengurus dan mengubah anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka Insha Allah Dia akan memperkenankan doa kita.

KHASIAT BUAH PERIA KATAK

Assalammualaikum...
Salam sejahtera ...

Alhamdulilah ...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt walau dimana sahaja anda berada...

Ada sesetengah orang tidak suka akan kepahitan buah peria... Rasa pahitnya sehingga tertahan... Tapi buah peria katak ini sebenarnya banyak khasiat jika anda mengetahuinya...


Kenali Khasiat Buah Peria Katak:




✔ Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
✔ Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
✔ Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
✔ Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
✔ Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
✔ Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
✔ Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
✔ Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
✔ Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
✔ Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
✔ Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda...


Sekian.
Terima kasih.

30 Disember 2015

TIP SENTIASA DISAYANGI DAN DICINTAI SUAMI

Assalammualaikum
Salam sejahtera....

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Semoga anda sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH swt... Walau dimana sahaja anda berada...

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.

1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.

2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.

3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.

4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.

5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.

6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.

7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.

8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.

9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!

10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.

11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.

12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.

Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua... 

Sekian.
Terima kasih..

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign