UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

13 Mei 2016

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu..

Join giveaway sis sally samsaiman





Salam perkenalan dari Fiza buat Sis Sally Samsaiman


Good luck siapa yang join giveaway tersebut.

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Salam Jumaat buat anda semua.
Bersyukurlah dengan nikmat nafas yang masih lagi diberikan... Masih lagi dapat nikmati Dunia... Masih lagi berpeluang menambah amalan untuk Akhirat Sana sebelum nanti sudah sampai masanya mata terpejam buat selama-lamanya...

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin





12 Mei 2016

LIMA AMALAN PEMBUKA REZEKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


5 lima amalan pembuka
rezeki yang boleh kita amalkan setiap hari.

Image dari Mr google



1. Berdoa kepada Allah

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa
memohon rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita
tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]


2. Perbanyak istighfar dan taubat

Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah
memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam
mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari.
Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.


3. Menyambung Silaturahim

Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung
silaturahim kepada kerabat. Silaturahim di sini bukan dalam erti
berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan
yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.

Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga
sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai
sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya.
Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang
umur dan memperbanyak rezeki.


4. Perbanyak Sedekah.

Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan,
diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah
menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu
makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah.
Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah
memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk
sedekah kerana mengetahui keutamaannya.


5. Solat Dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha.
Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit
sebelum masuk waktu zuhur.

Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini
dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh
dibayar dengan solat dhuha.

Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan
jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi
kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata,
akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan
mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya didunia
maka bersyukurlah.

INDAHNYA ISLAM

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Harap dipermudahkan segala urusan. Ini yang lebih baik dari segala-galanya. DIA tempat MENGADU



TEMPAT YANG MEMBUATKAN MEREKA BERKUNJUNG DI FREEPORT A'FAMOSA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Tidak lama lagi , anak-anak akan bercuti hujung bulanan Mei selama dua minggu tidak salah saya. Sempena cuti pertengahan tahun 28.05.2016 hingga 12.06.2016.

Cuti SekolahTarikh Mula & Tamat
Cuti pertengahan Penggal 112.03.2016 - 20.03.2016
Cuti pertengahan tahun28.05.2016 - 12.06.2016
Cuti pertengahan Penggal 210.09.2016 - 18.09.2016
Cuti akhir tahun26.11.2016 - 01.01.2017

Anda semua boleh membuat persediaan awal untuk membawa keluarga bercuti. Bolehlah Nak booking hotel ker atau home stay bagi membawa sanak saudara bercuti.

Selalunya saya sekeluarga pergi ke tempat yang berdekatan dengan rumah iaitu di Freeport A'Famosa Outlet yang kini menjadi buah mulut orang ketika ini. Jadi saya mengambil peluang untuk berkunjung di tempat tersebut buat kali keduanya.











Penat juga berjalan kaki masuk outlet tu.. Hihihihi..





ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign