UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

11 September 2015

TIP - TIP MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM DAN UKHWAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ...semua dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Setiap pergaulan diantara sesama insan atau manusia adalah ikatan silaturrahim yang erat lagi utuh .. kita semua mempunyai etika yang baik dalam perhubungan silaturrahim yang erat lagi teguh... dalam adab pergaualan ini juga ada batasannya antara wanita lelaki sama ada muhrim mahupun bukan muhrim. Ini semua diambil berat juga supaya kita sentiasa tahu semua itu. terutama sekali golongan wanita solehah yang dicintai oleh ISLAM perlu memberi perhatian serius kepada langkah - langkah yang dapat menyuburkan ikatan ukhwah dan silaturrahim. Antaranya adalah:

1. Mengasihi saudara se-Islam semata-mata kerana Allah swt.

2. Mengucapkan salam apabila bertemu.

3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit.

4. Sentiasa saling mendoakan.

5. Menolong ketika kesempitan.

6. Memenuhi jemputan .

7. Memberikan ucapan tahniah dan takziah.

8. Saling memberi hadiah.

9. Tidak memutuskan ikatan silaturrahim dan saling bertolak ansur dan memberi dan menerima maaf.

10. Bermanis muka semasa bertemu.

11. Sentiasa jujur dan ikhlas menginginkan kebaikan sesama saudara se-Islam.

Persahabatan yang baik memerlukan perhatian daripada kita untuk mengawalnya daripada dirosakkan oleh anasir-anasir negatif , seperti sabda RASULLAH SAW yang bermaksud;

" JANGANLAH KAMU SALING MEMUTUSKAN HUBUNGAN , JANGANLAH KAMU SALING BERPALING TADAH, JANGANLAH KAMU SALING MEMBENCI, JANGANLAH KAMU BERHASAD DENGKI. DAN JADILAH KAMU HAMBA-HAMBA ALLAH SWT YANG BERSAUDARA. DAN TIDAKLAH HALAL BAGI SEORANG MUSLIM BERPALING DARIPADA SAUDARANYA LEBIH DARI TIGA HARI." ( RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

3 September 2015

NIAT YANG IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah.... Semuanya sihat-sihat belaka

NIAT YANG IKHLAS:

RASULLAH SAW bersabda:

" SESUNGGUHNYA NILAI PERBUATAN ITU BERGANTUNG DENGAN NIATNYA , DAN SESUNGGUHNYA BAGI SETIAP ORANG , BUAH ATAU GANJARAN SESUAI BAGAIMANA NIATNYA. BARANG SIAPA HIJRAHNYA KERANA MENURUTI PERINTAH ALLAH DAN RASUL-NYA NESCAYA HIJRAH DITERIMA OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA ( DAN DIBERI PAHALA ) , DAN BARANG SIAPA HIJRAHNYA KERANA KEUNTUNGAN DUNIA YANG DIKEJARNYA ATAU KERANA PEREMPUAN YANG AKAN DIKAHWININYA, MAKA HIJRAHNYA SAMPAI KEPADA YANG DINIATNYA ITU." ( HR. BUKHARI MUSLIM ) ,

" SESUNGGUHNYA ALLAH MENCATAT KEBAIKAN DAN KEJAHATAN, KEMUDIAN MENJELASKAN KEDUANYA. MAKA SIAPA YANG BERNIAT UNTUK BERBUAT KEBAIKAN , KEMUDIAN TIDAK DIKERJAKANNYA , ALLAH SWT MENCATAT UNTUKNYA SATU KEBAIKAN ( PAHALA ) , DAN MUNGKIN DITAMBAHKAN SEHINGGA TUJUH PULUH KALI LIPAT GANDA ATAU LEBIH DARI ITU. DAN APABILA SESEORANG BERNIAT AKAN BERBUAT KEJAHATAN KEMUDIAN TIDAL DIKERJAKANNYA MAKA ALLAH SWT MENCATAT BAGINYA SATU KEBAIKAN ( PAHALA ). DAN JIKA NIAT JAHAT ITU DILAKSANAKAN MAKA DITULISKAN BAGINYA SATU KEJAHATAN." ( HR. BUKHARI DAN MUSLIM )

SEKIAN .

TERIMA KASIH.

SHARING IS CARING.

MENERIMA CIUMAN SUAMI DI BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah ... semuanya sihat-sihat belaka.

MENERIMA CIUMAN SUAMI DI BULAN RAMADHAN:

" DARI ' AMR BIN ABI SALAMAH r.a. bahawasanya dia bertanya kepada Rasullah saw:

" BOLEHKAH ORANG YANG SEDANG PUASA MENCIUM?"

Jawab Rasullah saw : " TANYAKANLAH KEPADANYA ," ( SAMBIL BELIAU MENUNJUKKAN KEPADA UMMU SALAMAH, ISTERI RASULLAH SAW)."

Ummu Salamah menceritakan kepada 'Amr , bahawa RASULLAH SAW pernah menciumnya.

Kata 'Amr , " YA , RASULLAH ! SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENGAMPUNI DOSAMU YANG TELAH LALU DAN YANG AKAN DATANG."

Jawab RASULLAH SAW:

" KETAHUILAH , DEMI ALLAH ! SESUNGGUHNYA AKU ORANG YANG PALING TAQWALAH YANG PALING TAKUT KEPADA ALLAH DARIPADA KAMU SEMUANYA."

Apa yang dilakukan oleh RASULLAH SAW sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas adalah sebagai alasan bahawa si isteri tidak berdosa menerima ciuman suaminya pada siang hari dalam bulan RAMADHAN.

Pada hadis yang lain pula diterangkan :

" DARI AISYAH r.a. katanya : NABI SAW ingin menciumku. lalu aku kata kepada beliau : " Aku puasa !" Jawab Rasullah : " Aku juga puasa. Lalu beliau menciumku."

" HAKIM BIN ' AQQAAL BERTANYA KEPADA AISYAH r.a: " APALAH YANG HARAM BAGIKU TERHADAP ISTERIKU KETIKA PUASA ?" Jawab Aisyah : " Farajnya!" " Masruq bertanya pula kepada Aisyah r.a . : " Apalah yang HALAL bagi seorang lelaki puasa terhadap isterinya ?" Jawab 'Aisyah : " Segala - galanya , selain berjimak."

SEKIAN .
TERIMA KASIH.

SHARING IS CARING

RUJUKAN: WASIAT RASULLAH SAW

2 September 2015

TAAT KEPADA SI SUAMI

Assalammualaikum dan salam sejahtera ......

Alhamdulilah... semuanya dalam keadaan baik-baik belaka...

TAAT KEPADA SI SUAMINYA:

Diantara tanda-tanda dari wanita yang solehah ialah ketaatannya kepada suaminya. TAAT KEPADA SUAMI mempunyai tempat yang kedua setelah taat atau patuh terhadap perintah dan larangan ALLAH SWT. Bahkan ketaatannya kepada ALLAH SWT di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

RASULLAH SAW bersabda:

". SESUNGGUHNYA SEORANG ISTERI BELUM DAPAT DIKATAKAN TELAH MENUNAIKAN KEWAJIPANNYA TERHADAP ALLAH SWT SEHINGGA IA MENUNAIKAN KEWAJIPANNYA TERHADAP SUAMINYA SELURUHNYA. DAN JIKA SUAMINYA MEMERLUKANNYA, SEDANGKAB PADA WAKTU ITU DIA SEDANG BERADA DI ATAS KENDERAAN , MAKA TIDAK BOLEH DIA MENOLAKNYA." ( HR. TABRANI )

Dalam hadis yang lain pula diterangkan, bahawa siapa sahaja isteri yang dengan penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri , serta beriman kepada ALLAH SWT , maka ia berhak memperoleh balasan SYURGA.

RASULLAH SAW bersabda :

" JIKA SEORANG ISTERI ITU TELAH MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU , BERPUASA DI BULAN RAMADHAN , DAN MENJAGA KEMALUANNYA DARI MENGERJAKAN PERBUATAN HARAM DAN DIA TAAT KEPADA SUAMINYA , MAKA AKAN DIPERSILAKAN IA MASUK KE SYURGA DARI MANA SAHAJA YANG DIA DIKEHENDAKI.". ( HR. AHMAD DAN TABRANI )

Dalam hadis lain pula diterangkan :

" APABILA SEORANG ISTERI MENINGGAL DUNIA DAN SUAMINYA REDHA KEPADANYA , MAKA IA AKAN MASUK KE SYURGA." ( HR. TARMIZI DAN IBN MAJAH)

Maksud dari hadis ini ialah jika seorang isteri meninggal dunia dan ketika hidupnya tidak pernah ia mengecewakan suaminya maka ketika ia mati akan memperoleh BALASAN SYURGA. Akan tetapi bagi isterinya yang semasa hidupnya tidak melaksanakan tugasnya dengan baik berdasarkan perintah ALLAH SWT maka dia akan memperoleh kehinaan di sisi ALLAH SWT.

Dalam sebuah riwayat diterangkan;

" SESUNGGUHNYA TELAH TERJADI DI ZAMAN RASULLAH SAW SEORANG SUAMI PERGI BERPERANG MENINGGALKAN ISTERINYA. KETIKA AKAN MENINGGALKAN RUMAH DIA BERPESAN KEPADA ISTERINYA : " JANGANLAH KAMU MENINGGALKAN RUMAH SEHINGGA AKU PULANG DARI PERANG." PADA WAKTI SI SUAMI SEDANG TIDAK ADA DIRUMAH , IBU SI ISTERI SAKIT. MAKA SI ISTERI TERSEBUT MENGUTUS SESEORANG KEPADA RASULLAH SAW UNTUK MEMINTA IZIN . JAWAB RASULLAH SAW; " TUNGGULAH SUAMIMU PULANG , JANGAN KELUAR RUMAH." AKHIRNYA ORANG TUA SI ISTERI MENINGGAL DUNIA. LALU SI ISTERI ITU MENGUTUS LAGI SESEORANG KEPADA RASULLAH SAW UNTUK MEMINTA IZIN MELIHAT IBUNYA. LALU RASULLAH SAW MENJAWAB. " TUNGGU LAH HINGGA SUAMIMU PULANG." SETELAH ITU RASULLAH SAW MENGUTUS SESEORANG KEPADA ISTERI TERSEBUT UNTUK MEMBERIKAN BERITA BAHAWA ALLAH SWT TELAH MENGAMPUNI DOSA ORANG TUANYA( IBU ) DISEBABKAN KETAATANNYA KEPADA SUAMINYA.

Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya jika ia sudah bersuami maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri bapa dan ibu serta keluarganya yang lain...

SEKIAN .
TERIMA KASIH.

SHARING IS CARING....

30 Ogos 2015

CIRI - CIRI IBU MISALI

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah... Semuanya sihat-sihat belaka dibawah dilindungi dan diberkati ALLAH SWT.

Setiap IBU di dunia ini ingin kan dirinya sentiasa IBU yang disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Terutama sekali kasih sayang IBU terhadap anak-anaknya.... Tidak kisah anak-anak berapa ramai yang perlu dijagai sepanjang hidup si ibunya. In sya Allah hingga ke syurga kasih sayang IBU tersebut.

Adakah IBU IBU Ingin jadikan dirinya sebagai IBU misali?

Tentu mahukan kan!!! Hihihi...

Tidak mengapa saya ingin kan berkongsikan serba sedikit APA dia ciri - ciri IBU misali.

Antaranya adalah :

1. Sentiasa berusaha mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.

2. Anak-anaknya sentiasa merasai dakapan kasih sayangnya.

3. Bersikap adil dan sama rata terhadap anak lelaki dan anak perempuan.

4. Tidak membezakan kasih sayang dan jagaan antara anak lelaki dan anak perempuan.

5. Tidak mendoakan kejahatan dan keburukkan untuk anak-anak.

6. Sangat mengambil heart terhadap semua perkara yang memberi kesan kepada pertumbuhan akal dan fikiran anak-anak.

7. Menanam kan akhlak mulia kepada anak-anak.

8. Sentiasa berlapang dada menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anak.

9. Berlembut tetapi tegas  dalam melayani tingkahlaku anak-anak, bertegas apabila menyentuh hal-hal ibadah , berlembut dalam watak dan layanannya.

10. Sentiasa meraihkan anak-anak serta mudah berkorban untuk kepentingan anak-anak.






SEKIAN
TERIMA KASIH

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign