UMMI ADRIANA: TIP - TIP MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM DAN UKHWAH

FAIZABUNYAMIN TABUNG

11 September 2015

TIP - TIP MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM DAN UKHWAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ...semua dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Setiap pergaulan diantara sesama insan atau manusia adalah ikatan silaturrahim yang erat lagi utuh .. kita semua mempunyai etika yang baik dalam perhubungan silaturrahim yang erat lagi teguh... dalam adab pergaualan ini juga ada batasannya antara wanita lelaki sama ada muhrim mahupun bukan muhrim. Ini semua diambil berat juga supaya kita sentiasa tahu semua itu. terutama sekali golongan wanita solehah yang dicintai oleh ISLAM perlu memberi perhatian serius kepada langkah - langkah yang dapat menyuburkan ikatan ukhwah dan silaturrahim. Antaranya adalah:

1. Mengasihi saudara se-Islam semata-mata kerana Allah swt.

2. Mengucapkan salam apabila bertemu.

3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit.

4. Sentiasa saling mendoakan.

5. Menolong ketika kesempitan.

6. Memenuhi jemputan .

7. Memberikan ucapan tahniah dan takziah.

8. Saling memberi hadiah.

9. Tidak memutuskan ikatan silaturrahim dan saling bertolak ansur dan memberi dan menerima maaf.

10. Bermanis muka semasa bertemu.

11. Sentiasa jujur dan ikhlas menginginkan kebaikan sesama saudara se-Islam.

Persahabatan yang baik memerlukan perhatian daripada kita untuk mengawalnya daripada dirosakkan oleh anasir-anasir negatif , seperti sabda RASULLAH SAW yang bermaksud;

" JANGANLAH KAMU SALING MEMUTUSKAN HUBUNGAN , JANGANLAH KAMU SALING BERPALING TADAH, JANGANLAH KAMU SALING MEMBENCI, JANGANLAH KAMU BERHASAD DENGKI. DAN JADILAH KAMU HAMBA-HAMBA ALLAH SWT YANG BERSAUDARA. DAN TIDAKLAH HALAL BAGI SEORANG MUSLIM BERPALING DARIPADA SAUDARANYA LEBIH DARI TIGA HARI." ( RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign