Assalammualaikum dan salam sejahtera ....
Alhamdulilah.... semuanya sihat-sihat belaka...
Berkongsi SEPULUH (10) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN.
1. Melakukan pekerjaaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.
2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, dan membiasakan sukan seperti olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3. Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit , dengan hati yang lapang.
5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang dan berteman dengan orang optimis.
9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumannya kebahagiaan darinya.
10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.
SEKIAN.
TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...