UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

9 Mac 2016

SEGMEN BLOGWAKLING BY SEINDAHCERITA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Syarat-syarat Penyertaan
  1. Sila Follow Blog SEINDAHCERITA
  2. Sila Like Page SEINDAHCERITA  
  3. Sila Follow Twitter @nieylanadia
  4. Sila Follow Instagram @nieylanadia
  5. Buat entri bertajuk " Segmen Blogwalking By Seindahcerita "
  6. Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini. 
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

    atau
  8.  Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :) 

Bonus!
  • Sempena bulan Birthday Nieyl bulan nie, nieyl akan pilih 5 Blog yang bertuah melalui perkhidmatan random.org untuk menjadi bloglist nieyl :)

SEMOGA KEKAL BAHAGIA

Assalammualaikum...

Terminat pula YouTube ini....

Walaupun tidak pernah tengok pun drama tersebut:


 KLIK UNTUK TONTON KISAH CINTA SI WEDDING PLANNER
KLIK UNTUK TONTON KISAH CINTA SI WEDDING PLANNER




Sahaja copy embed codenya dari Youtube
KEKAL BAHAGIA ( IPPO HAFIZ ) OST CINTA SI WEDDING PLANNER


Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan

Kini aku hanya ada kamu

Mengertilah cintaku



Kuatkanlah untuk bersamaku

Teguhkan hatimu menemani aku

Menjalani waktu-waktu hidupmu

Aku ‘kan selalu ada denganmu



Memang benar aku mencintaimu

Memang benar rasa menyayangimu

Setulusnya rasa hati ini

Hanyalah padamu



Ku harapkan engkau yang terakhir

Dalam hidup ini

Setia bersamamu

Hingga hujung waktuku

Kekal bahagia selamanya



Memang benar aku mencintaimu

Memang benar rasa menyayangimu

Setulusnya rasa hati ini

Hanyalah padamu



Ku harapkan engkau yang terakhir

Dalam hidup ini

Setia bersamamu

Hingga hujung waktuku

Hingga hujung waktuku

Kekal bahagia selamanya

Kekal bahagia selamanya

KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI

Assalammualaikum...



KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI
“MENGGALI RAHSIA KEAGUNGAN ALLAH”
(9 Mac 2016 / 29 Jamadilawwal 1437)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT pada setiap saat dan ketika dengan memperbanyakan amalan soleh serta amal kebajikan. Janganlah sekali-kali kita lupa untuk bertahmid memuji Allah, bertasbih, bertakbir dan bertahlil sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan segala nikmat serta limpahan rahma-Nya kepada kita. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan mereka yang beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan yang hakiki di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah khas Gerhana Matahari yang bertajuk “MENGGALI RAHSIA KEAGUNGAN ALLAH”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Allah SWT telah mencipta langit dan bumi ini dengan penuh keindahan dan kehebatan. Di bumi, Allah SWT ciptakan kita sebagai umat manusia di samping makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, lautan, sungai dan sebagainya. Manakala di langit pula, Allah SWT ciptakan cakerawala yang terdiri daripada matahari, bulan dan bintang yang menghiasi langit serta memberi manfaat kepada hamba-hamba-Nya.
Kehebatan ini tidak terhenti di sini sahaja, bahkan Allah SWT telah membuktikan pula kepada kita bahawa Dia adalah pentadbir alam semesta yang Maha Agung dan Maha Berkuasa sehingga tidak ada sebab berlakunya pelanggaran antara satu sama lain. Jika sekiranya berlaku pertembungan matahari dan bulan, maka ini akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan.
Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 40,

Maksudnya: “(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Peristiwa gerhana matahari merupakan suatu iktibar kepada umat manusia bahawa kita adalah makhluk kecil dan lemah di sisi Allah SWT. Allah SWT memperlihatkan sedikit daripada bukti kekuasan-Nya kepada manusia melalui peristiwa gerhana matahari yang merupakan salah satu fenomena yang amat mudah bagi-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 37:

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.”

Pada hari ini, sekali lagi Allah SWT telah memperlihatkan kehebatan dan kekuasan-Nya yang mutlak, di mana berlakunya gerhana matahari. Peristiwa ini telah menarik perhatian jutaan manusia seluruh dunia untuk menyaksikan suatu fenomena alam yang hebat dan ajaib bukti kekuasaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya. Bagi umat Islam, peristiwa seumpama ini sebenarnya memperteguhkan dan memantapkan lagi keimanan sekiranya dihayati.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Kejadian gerhana matahari berlaku akibat dari kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi. Manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan sejajar antara matahari, bumi dan bulan. Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi kerana itu ia dinamakan gerhana. Kita sedia maklum bahawa bulan dan bumi sifatnya adalah menerima cahaya daripada matahari sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 5,

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar; Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmah sesuatu yang dijadikanNya).”

Apa yang jelas, penciptaan matahari, bulan, cakerawala dan apa jua di alam ini bertujuan membolehkan seluruh manusia mengambil manfaat serta faedah daripadanya seperti menjana sistem solar, menjana elektrik dan menghasilkan kuasa elektrik. Ya, sesuatu kejadian yang dipertontonkan kepada kita ada hikmah tersendiri dan Allah SWT mahu manusia sentiasa berfikir, merenung dan bertadabbur bagaimana  sepatutnya matahari dan bulan mengelilingi bumi setiap hari secara berasingan boleh bertemu pada ketetapan yang diinginkan Allah yang dinamakan gerhana matahari atau gerhana bulan itu.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Kejadian gerhana matahari tiada kaitan dengan malang atau celaka sesuatu perkara. Ia merupakan keadaan yang berlaku sejak dahulu kala lagi termasuklah juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang mana kebetulan ketika itu wafat putera baginda yang bernama Ibrahim. Maka ramai yang menyangka bahawa gerhana itu membawa maksud kesedihan hati Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,

Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka pabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana matahari dan bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu.”

Sebenarnya kejadian gerhana juga adalah satu peringatan kepada manusia bahawa jika Allah berkehendak menghentikan peredaran matahari, bulan, bintang, bumi dan lainnya sudah pastilah seluruh kehidupan ini akan musnah. Ia juga merupakan peringatan kepada manusia. Sesungguhnya Allah boleh menghancurkan alam ini dengan begitu mudah dengan gelincirnya peredaran matahari atau bulan dari paksinya. Jika ini berlaku alam semesta akan hancur dan musnah. Maka adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi suasana ini?. Apakah persiapan yang telah dilakukan, berapa banyak kebajikan yang telah dibuat, adakah syariat Allah SWT benar-benar kita junjung, adakah kita yakin boleh selamat pada hari yang tiada manfaatnya harta dan anak pinak?.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Dengan kejadian gerhana matahari ini, Allah SWT telah menunjukkan sebahagian daripada kekuasaannya agar manusia segera insaf, gerun dan takut kepada ancaman Allah SWT. Oleh itu, mimbar menyeru sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dengan peristiwa gerhana matahari ini dengan rasa penuh keinsafan dan bermuhasabahkanlah atas segala yang telah dilakukan.
Di samping itu, perbanyakanlah amal yang dapat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT dengan taubat, amalan kebajikan, amal soleh, berzikir, bertakbir, bersedekah dan berdoa. Tanamkan juga di dalam hati dan jiwa kita kesungguhan untuk menghayati hikmah disebalik setiap peristiwa, kejadian dan fenomena alam dalam apa bentuk sekalipun. Mengakhiri khutbah, sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan seterusnya mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman bersama:

Pertama: Fenomena kejadian gerhana merupakan bukti kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan kepada makhluk-Nya untuk dijadikan bahan tafakkur.
Kedua: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah
Ketiga: Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa.

 Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudain kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami! kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yaqin.” (Surah as-Sajadah: 11-12)

 Rujuk: www.islam.gov.my🙂

WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH

Salah satu WAKTU TERBAIK adalah BERSEDEKAH .....

Pada Saat melihat GERHANA



Panduan untuk solat khasuf hari ini insyaallah

GERHANA BUKAN WAKTU BERSUKA RIA.

Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu 'alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?

عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.

 فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ 
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.

فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ
Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat.

 ثُمَّ قَالَ " إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.

 وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ
Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya. 

 فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ " 
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]

____________
~Sunnah Ketika Gerhana~

Tatacara Solat Gerhana

1)    Ia dua rakaat
2)    Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3)    Melakukan ruku’ yang panjang
4)    Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5)    Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6)    Melakukan sujud yang panjang
7)    Duduk antara dua sujud
8)    Sujud dengan sujud yang panjang
9)    Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10)  Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11)  Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

Sunnah lain ketika gerhana:

1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Dalil-dalil berkaitan:

Solat gerhana-

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ، 
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، 
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.

ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.

 ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى، 
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:

  إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، 
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada t
anda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلّ
Jgn lupa pagi ini kita dirikan solat gerhana matahari.walau dmana kita berada.smga hikmah yg Allah turunkn ini menginsafkn kita sebgai hmbaNya.



SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Assalammualaikum...
Salam sejahtera ....

Alhamdulilah..





Sukacita dimaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :



KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :



RAKAAT PERTAMA



Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala


1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Unit Risik Kajian Alam Malaysia



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign