UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

29 Mei 2016

CARA PARKIR KERETA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sihat-sihat selalu...

Saya budak baru hendak belajar Cara memparkir Kereta dengan betul dan selamat.  Teringat masa membuat ujian memandu kereta ketika itu. Berpusing-pusing tangan nak pegang steering kereta. Antaranya:


Posisi secara sejajar 


Posisi menyerong atau mengiring


Posisi secara paralel

Parkir parallel ini adalah posisi yang dianggap sulit atau sukar untuk dilakukan oleh sebahagian orang. Ia memerlukan trik dan latihan untuk mahirkan kaedah dengan lancar dan baik.

Cara kemasukkan dalam ruang parkir lebih besar dari ukuran panjang kenderaan kita. Majukan kenderaan hingga sejajar dengan kenderaan di tempat parkir tersebut.

Usahakan dengan jarak sekitar semeter dari kenderaan kita.













27 Mei 2016

CUKUPLAH ALLAH SAHAJA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.





Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, 
Cukuplah Allah sebagai Penolong Kami,
Dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Aamiinn Ya Rabbal Aalamiin...





26 Mei 2016

UMMI JANGAN JAUH DARI SAYA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


Di sini saya mengambil kesempatan memohon maaf untuk tip ini untuk JANGAN PISAHKAN SAYA. Saya simpan ini tip dalam blog saya. Senang saya nak tengok Semula.

Benda-benda ini selalu ditanya oleh semua orang yang kurang memahaminya macamana keadaan kita bersama anak-anak yang sedang membesar. Namun pertanyaan sebegini membuatkan hati rasa sedih dan terkesan. Saya banyak Kali ditegur kenapa selalu memanjakan anak-anak. Saya cuma diamkan sahaja cuma ALLAH swt yang mengetahui perasaan ini.

Dengan keadaan memberikan susu badan, memandikan anak-anak , menjaga, memasak dan sakit demam mereka dan sebagainya itu Lah tanggungjawab saya sebagai Ibu buat mereka supaya mereka lebih Aman dan selamat selama 24 jam tidak berhenti kerjanya. Saya ibu tidak bekerja dan suri rumah 24 jam. Senang tengok anak-anak didepan mata. Cik Suami hanya menjalankan tanggungjawabnya mencari REZEKI diluar Sana untuk sesuap nasi mengalas perut.


Anak-anak perlukan sepenuh perhatian ibunya 24 jam ada disisi mereka. Saya kongsikan tip ini dari BABY BUDDIES. Ini lah yang sedang berlaku pada saya.













Anak-anak adalah KENANGAN paling indah apabila mereka dari lahir hingga Lah meningkat USIA. Selepas ini , saya tidak akan lagi memanja , membelai sayang kasih apabila mereka sudah hidup berdikari dan berkeluarga. Mereka Lah SAHAM untuk saya dan Suami apabila di alam kubur untuk mendapatkan DOA anak-anak soleh dan solehah.

Itu Lah anak-anak ....

Semoga ia memberikan manfaat buat anda...




Sekian.
Terima kasih.



25 Mei 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

BESAR GANJARANNYA SOLAT TAHAJJUD

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Image dari Mr. Gooogle


Bismillahirrahmanirrahim

*Besar Ganjaran Dan Kebaikan Solat Tahajjud*

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

(Al-Isra:79)


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign