UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

9 Jun 2016

MUNAJAT RAMADHAN 1437H

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



RAMADHAN MUBARAK ( IMAGE DARI MR GOOGLE )


Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir :

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan orang-orang yang Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…

aamiin3 ya rabbal'aalamiin...😇


Semoga doa memberikan manfaat buat anda semua.


Sekian.
Terima kasih.




8 Jun 2016

DOA SAKIT BARAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

DOA untuk sembuhkan barah:

Bismillahirrahmanirrahim

Al Fatihah 1 kali
Ayat Kursi 3 kali
Selawat 3 kali




Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.

Insya Allah... Semoga Allah memberikan PENAWARNYA itu.... Teruskan berdoa kepada Nya...

Sekian.
Terima kasih...




DOA DITERIMA TAUBAT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Sekian.
Terima kasih.





KARIPAP OH KARIPAP

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu. 


Semalam punya cerita dok fikir nak buat apa untuk  berbuka puasa. Akhirnya selepas sahaja solat Asar , saya ke dapur buat rencah dan inti karipap. Berperanglah saya kat dapur. 



Maaflah saya tak reti nak buat kelim tepinya. Jadi saya guna terap karipap tu... Bersila Lah saya menerap kulit karipap itu bersama-sama anak-anak.


" Wahhhh.... Ummi buat Karipap... Nyummy..." 

" Iye... Darwish dan alya kan suka makan Karipap kan?"

" Iye , Ummi , terima kasih."


Doh karipap:

2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar planta @ margerin
500gram tepung gandum
1camca garam
1 cawan air 

Cara :

1. Masukkan tepung gandum , minyak masak, planta, garam. Mixkan bahan tersebut.
2. Kemudian masukkan air ke atas tepung tersebut. Uli sehingga menjadi doh.


Intinya pula:


Daging atau isi ayam yang dikisar.
4-5 biji ubi kentang.
2 sudu serbuk Kari Adabi.
Bawang kisar.
2 sudu minyak masak.
Daun Kari.
3 cawan air


Cara menumis:

1. Masukkanlah bahan-bahan yang dikisar dan daun kari tumiskan hingga baik baunya.
2. Kemudian masukkan serbuk kari.
3. Kemudian masukkan ubi kentang serta daging kisar.
4. Masukkan pula air kedalam bahan-bahan tersebut. 
5. Empukkan semua itu.
6. Daun sup dan daun bawang berserta perasa garam secukupnya.




Maaflah imagenya kurang jelas.


Tersenyum sampai ke telinga Cik Suami tengok saya buat karipap kesukaannya.






Selamat mencuba resepi itu. Simple sahaja.

Sekian.
Terima kasih.







Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Salam Ramadhan 1437h... Kak Sally  buat lagi segmen nak bagi Kad Raya 2016... Wahhhh seronoknya kalau saya dapat kad raya tu...

Tidak mengapa... Jom kita reramai join segmen kak Sally ini...


 KAD RAYA 2016


Good luck pada siapa yang join segmen KAK SALLY




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign