Setiap hari kulit kita sentiasa terdedah kepada matahari tidak kira panas terik ataupun redup. Sel-sel kulit mudah rosak dan menjadi kemerah-merahan, ini lah yang dinamakan sunburn.
Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet dari matahari bukan sahaja mengakibatkan sunburn, tetapi turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua. Nah fiza kongsikan 5 Cara Menghilangkan Sunburn Guna bahan Semulajadi untuk di cuba.
πMayonis
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan ualls akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.
Nak kesan yang lebih sensasi? Sejukkan dulu mayonis di peti ais kemudian sapu pada kulit. Cubalah!
πTembikai
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas.
Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.
πDaun lidah buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti ualls akan perasan perubahannya nanti.
πMasker timun dan susu tepung
Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. setelah campuran likat, sapukan ke seluruh kulit wajah seperti masker. Kedua-dua bahan ini mampu menyejukkan kulit yang terbakar.
πTomato
Cuci bersih tomato yang hendak di gunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.
Mudah amat kan sesaiyang, tapi kalau ualls nak lebih mudah tanpa bersusah payah cari kesemua bahan yang fiza sebutkan tadi.
Semoga ia memberikan manfaat anda sekalian.
Sekian.
Terima kasih.
Kredit buat >>> FEZTY EDAYU
Salam singgah dan follow :)
BalasPadamWaalaikummussalam n tq ..
BalasPadam