UMMI ADRIANA: KERAIAN

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label KERAIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERAIAN. Papar semua catatan

16 Mei 2016

SELAMAT HARI GURU KE - 45 ( 2016 )

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



Selamat Hari Guru buat para guru di Seluruh Malaysia.

Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini menjadi insan yang mempunyai Ilmu Pengetahuan yang tinggi dan taraf hidup yang lebih baik.

Halalkan segala ILMU tersebut hingga ke AKHIRAT.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA 

Ke - 45 



Definisinya adalah :

GURU:

Pengajar, pendidik, pembimbing yang menyumbangkan khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadikan PENGGERAK serta PENDUKUNG kepada pembangunan pendidikan negara. GURU merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadi diri mereka sebagai SURI TELADAN.


PEMBINA : 

Individu yang membangun , membina , mendirikan dan membentuk sesuatu mencapai matlamat yang dihasratkan dalam konteks pendidikan , guru berperanan sebagai individu yang membina , dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspen jasmani , emosi , rohani , dan intelek ( kognitif ) bagi memenuhi aspirasi pendidikan.


NEGARA BANGSA :

Kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mampan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh , patriotik , berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral , hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur , berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.


Sekian.
terima kasih.



ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign