UMMI ADRIANA: MUHASABAH DIRI

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH DIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH DIRI. Papar semua catatan

12 November 2016

Kucing Dan Cermin Ajaib di dalam Sebuah Rumah Agam

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Hari ini ada cerita yang menarik yang ingin dikongsikan bersama-sama;

Kucing Dan Cermin Ajaib di Rumah Agam

Pada sesuatu petang damai , ada tiga ekor kucing yang dinamakan, Putih ( ibu ) , Kelabu (Bapa ) dan Ninit ( anak ).- tinggal berdekatan dengan sebuah rumah agam di pinggir hutan selepas dibuang oleh tuannya. Sewaktu berehat di bawah sepohon pokok pelam ,Kelabu telah berceritakan pada Ninit tentang sebuah rumah agam yang dipenuhi cermin ajaib di dalamnya.

" Ramai betul ke rumah itu, " Kata Kelabu. Ninit yang duduk di belakang pasu hanya mendiamkan diri sahaja.

" Ada yang kata tempat itu Ajaib...." Tambah Kelabu cuba menarik perhatian NiniT dan  Putih.

" Ajaib ? " terpacul perkataan daripada mulut si Ninit. Kelabu dan Putih serentak memandang ke arah anaknya itu.

" Ninit .... jangan pandai-pandai pergi. Nanti ditangkap orang, " Kelabu cuba menakut-nakut anaknya.

Ninit hanya menunduk tetapi jauh di sudut hatinya melonjak-lonjak mahu ke rumah agam itu. Dia ingin tahu apa yang ada di dalamnya. Benarkah rumah agam itu Ajaib?

Hari berganti Hari , Ninit semakin tidak dapat menahan dirinya untuk pergi melihat rumah agam tersebut. Suatu hari dia benar-benar mendapat peluang apabila kedua ibu bapa tiada di rumah. Sambil berjalan Ninit mengiau-Ngiau keriangan.

Dari kejauhan Ninit sudah nampak bumbung rumah Agam itu. Dia berlari sambil menyanyi-nyanyi. Dari satu tangga ke satu anak tangga yang lain Ninit melompat-lompat.

Dengan menggunakan kepalanya dia menolak daun pintu. untuk seketika dia tergama apabila melihat seribu kucing sedang tersenyum menyambut kedatangannya. Apabila Ninit mengangkat tangan untuk menyapa seribu kucing lain turut mengangkat tangan membalas lambaiannya.



Terlalu suka , Ninit menari-nari dan melompat-lompat kegembiraan. setiap kali dia berpusing dan melonjak , kucing yang ada di sekeliling turut sama mengikut aksinya. Dia tersenyum dan kucing lain membalas senyumannya penuh mesra. Ninit meninggalkan rumah agam itu dengan  perasaan cukup gembira. 

" ini lah tempat yang paling menakjubkan. Aku akan datang lagi, " Ninit bercakap bersendirian sewaktu menuruni anak-anak tangga. Sedang asyikl menari-nari , tak sengaja dia tersepak kaki Bulat , kawan sekampungnya. 

" Tak nampak ke ? " Bulat menengking. 
" Maaf , tak nampak . Maaf ye Bulat! " Ninit merayu , tetapi Bulat langsung tidak menghiraukan rayuan Ninit.

Bulat meninggalkan kawannya itu terpinga-pinga. Tiba di hadapan pintu Bulat menjeling Ninit dengan sombong, tetapi anak kucing itu hanya tersenyum sahaja walaupun Bulat merenungnya dengan benci.

diselubungi perasaan angkuh , marah dan benci, Bulat menolak pintu. Dia menjengah ke dalam rumah agam itu. tetiba seribu ekor kucing bermuka garang menyergah Bulat.



Bulat geram dan marah apabila disergah. Tanpa berfikir panjang dia menyergah balik kucing itu sambil tangannya menampar-nampar ke udara seperti mahu mencakar lawannya.

Sesungguhnya Bulat tidak menduga semua perbuatannya itu dibalas balik seribu kucing dirumah agam itu. Apabila dia marah ke semua kucing itu akan memarahinya semula. 

Kemudian Bulat mengejek kucing sombong yang berada disekelilingnya. Ejekan itu di balas pula dengan tindakan yang sama. Benci melihat kucing-kucing yang sombong itu , Bulat terus berlalu. Sewaktu menuruni anak-anak tangga dia berazam tidak akan kembali ke rumah agam itu.

" Hai Bulat!" Ninit menyapa Bulat dari bawah pokok pelam di tepi jalan.

Bulat terkejut melihat Ninit masih boleh tersenyum dan menegurnya walaupun sebentar tadi dimaki hamun dan diherdiknya. Dia melihat tidak ada perubahan langsung pada riak muka kawannya itu. Malah bergurau dan tersenyum. Dia berjalan ke bawah pokok pelam mendapatkan Ninit. Muka Bulat masam dan berkerut-kerut.

" Aku pelik lah tengok kau , dah masuk ke dalam rumah agam yang dahsyat tu kau masih lagi boleh tersenyum, " Bulat mula bersuara.

" Rumah dahsyat? Apa yang kau cakap ini , Bulat? Bagi aku itu lah rumah yang paling hebat pernah aku masuk. Semua kucing yang ada di dalam rumah agam itu menyambut aku dengan senyum manis, " kata Ninit.

Tercenggang Bulat mendengar cerita Ninit, jauh berbeza daripada pengalamannya. Baginya berada di dalam rumah agam itu cukup menggerunkan dan menakutkan lagi. Semua kucing di dalam rumah agam itu merenungnya dengan muka masam dan marah.

" Bulat ... kucing-kucing yang kau nampak itu adalah diri kau sendiri. Kalau kau masuk kedalam rumah itu dengan wajah yang masam dan marah , dinding rumah bercermin itu akan memantulkan semula wajah kau semula." terang Ninit.

Bulat terdiam mendengar nasihat kawannya itu dan dia tidak pernah terfikir bahawa kucing-kucing itu adalah dirinya sendiri.

" patutlah muka kucing - kucing itu semua serupa muka aku, " kata Bulat dengan perasaan malu.


Pengajaran melalui cerita tersebut :

Begitu lah hidup ini. semua muka yang kita lihat setiap hari adalah cermin diri kita. Kalau kita murah dengan SENYUMAN , orang lain pun akan sentiasa senyum pada kita. sama juga halnya kalau kita sentiasa bermasam muka dan sombong dengan orang kita temui. orang lain pula akan melakukan perkara yang sama kepada kita.

Jadi , Senyum lah senyum lah senyum la selalu walau apa jua keadaan ...

SENYUMAN itu adalah separuh daripada IMAN


sekian. terima kasih.....

7 Jun 2016

KETIKA KITA MENGELUH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu....

Image dari Mr Google


MENGELUH - Sedikit tazkirah untuk perkongsian: 

 Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) 

 Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 

 Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) 
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” 
(Al Zalzalah : 7) 

Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) 
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60) 

Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) 
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)


Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.


Sekian.
Terima kasih







17 Mei 2016

CERITA SESEORANG HAMBA ALLAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga Anda sentiasa sihat-sihat selalu....



Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat sunat Dhuha. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yg sama Muaz berpuasa sunat, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."

Tapi…

"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"

1. Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa. Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

Muaz  berkata, subahanallah.

Lagi...?

2. Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?

3. Aku cuba jaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

Subhanallah...

Sahabat2 sekalian.

Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap. Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.

Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada. Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah.. apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

_*Fikirkaann...*_ hanya sekadar renungan
Tazkirah

BERSABARLAH SELALU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Sekadar renungan sahaja...

Bersabarlah selagi Boleh SABAR.

anda akan mendapat GANJARAN-Nya.

Menangislah.... Kalau itu boleh MELEGAKAN segala MASALAH...

TERUSKAN BERDOA PADA - NYA




30 April 2016

REZEKI-NYA DALAM PELBAGAI BENTUK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Sekadar renungan sahaja:



RAHMAT DISEBALIK DUGAAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

RAHMAT DISEBALIK DUGAAN





Ketika kita sakit....

Allah tarik 3 perkara:

Allah tarik keceriaan wajah kita.
Allah tarik selera makan kita.
Allah tarik dosa kita.

Apabila sudah sembuh, Allah hanya hantar 2 perkara :

Allah hantar balik keceriaan wajah kita.
Allah hantar balik selera makan kita.
Tapi Allah TIDAK HANTAR BALIK dosa kita..
Allahuakhbar.... sayangnya Allah pada kita
Sebarkan jika anda yang terbaik

 MENGELUH.  - Sedikit tazkirah untuk perkongsian:

Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Janganlah banyak merungut dan berkeluh-kesah. Banyakkanlah bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.
Semoga berjaya.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

26 April 2016

KENAPA AKU?

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Sekadar renungan sahaja...


Semoga Allah swt permudahkan segala urusan

20 April 2016

DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Jom kita renung-renungkan apa yang ada disebaliknya...


DOA adalah terbaik untuk semuanya


18 April 2016

BEZANYA ANTARA GAJI DAN REZEKI

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Semoga ALLAH SWT sentiasa mempermudahkan Segala urusan dalam Pencarian REZEKI-Nya yang terbentang luas ini sama Ada di langit dan di dalam ISI bumiNYA.


Aamiinn Ya Rabbal Alamin....


17 April 2016

HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH SWT

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.


16 April 2016

SENTIASA INGIN YANG TEBAIK UNTUK DIRIKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

DOA KAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI.

14 April 2016

SYUKUR DENGAN NIKMATNYA



28 Januari 2016

DIAM ITU LEBIH BAIK

Assalammualaikum ...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...




DIAM itu lebih BAIK daripada BERKATA-KATA... kita risau akan melukakan atau menyakiti orang lain ... Walaupun dia teman rapat kita...

Hanya kita mampu MEMAAFKAN dari dalam hati sahaja... 
Hanya ALLAH swt MAHA MENGETAHUI hati hambanya....

Semoga ia memberikan manfaat buat anda ...

Sekian.
Terima kasih...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign