UMMI ADRIANA: NASIHAT

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan

19 Februari 2016

WASIAT AYAHANDA LUQMAN UNTUK SEMUA ANAKANDANYA


Assalammualaikum...
Salam sejahtera..
Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Pada Hari ini terimbau masa alam persekolahan tahun 1998 ... Ketika itu dalam kelas pendidikkan Islam ... Teringat juga nasihat Ustazah saya tentang peranan seorang anak buat IBU bapanya.... 

" Wahai anak-anak murid Ku berbaktilah kepada kedua IBU bapa kamu sekalian ... Kerana mereka yang akan mencorakkan peribadi kamu semua..."

" Ya , ustazah..."

Anda semua pernah menghafal ayat surah Luqman : ayat 12-19 ketika belajar dulu...?



Surah  LUQMAN ( MEKAH - 45AYAT )

Antara WASIAT AYAHANDA LUQMAN UNTUK SEMUA ANAKANDA :


1. Wahai anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan , tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa.

2. Wahai anakku, ingatlah Allah sebanyak mungkin , sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingatiNya.

3. Wahai anakku, janganlah kamu cintakan DUNIAkerana kamu tidak dicipta untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu pun yang lebih hina daripada dunia.

4. Wahai anakku , janganlah kamu gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikan kesusahan yang menimpamu.

5. Wahai anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redalah dengan apa yang kamu dapat.

6. Wahai anakku , bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana dan reda dengan apa yang mereka katakan , nescaya kamu akan menjadi bijaksana.

7. Wahai anakku , bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk dalam diri.

8. Wahai anakku, laksanakan hajat-hajat sekadar yang perlu dan elakkan daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu. Jadilah seorang yang lemah lembut , suka kepada kebaikan , suka berfikir , selalu menangis dan sedikit sahaja gembira.

9. Wahai anakku , banyakkan diam kerana kamu akan dihormati dan kamu tidak sekali-kali kecewa kerana diam. Tetapi kamu mungkin kecewa kerana ketawa.

10. Wahai anakku , jangan biarkan ayam lebih cerdik darimu, kerana ia akan kibaskan kepaknya pads waktu malam dan bertasbih pada Allah.

11. Manfaatkan apa yang Allah ajarkan kepada kamu.

12. Anakku ,  sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut pads Allah.

13. Kamu perlu mereandahkan diri.

14. Anakku,  sekarang yang keji apabila berkata-kata kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap , nescaya kejahatannya diketahui juga.

15. Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikan akhlakmu berhikmah.

16. Anakku, mengapa kamu menghilangkan hartamu sendiri fan memperbaiki harta orang lain, jadilah orang yang mudah bergaul , manis muka dan itulah dia akhlak orang-orang soleh.

17. Anakku , elakkan daripada menolak permintaan orang lain dan terima Lah keuzuran yang diminta oleh orang lain.

18. Anakku, tidak ada yang lebih nilai dari Allah yang lebih daripada akal.

19. Wahai anakku, , selalu bertemu ulama dengan kedua-dua kakimu, janganlah kamu berbahas ( berlawan kata ) dengan mereka, nesvaya mereka membencimu.

20. Ambillah dunia sekadar keperluan dan sedekah daripada hasil-hasil pendapatanmu demi akhirat.

Untuk pengetahuan anda semua surah luqman ini boleh diamalkan ketika kehamilan. Supaya anak yang dikandung akan menjadikan anak yang baik soleh solehah.  IN SYA ALLAH...


SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA SEMUA

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign