UMMI ADRIANA: RUKYYAH ISLAM

FAIZABUNYAMIN TABUNG

Memaparkan catatan dengan label RUKYYAH ISLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUKYYAH ISLAM. Papar semua catatan

2 Disember 2016

TANDA TANDA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.



[Inilah Petanda Rumah Tangga Terkena SIHIR Yang Ramai Suami Isteri Abaikan]
.

.
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
.
.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
.
.
Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:-

1.Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks.

2.Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

3.Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

4.Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

5.Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

6.Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

7.Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

8.Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

9.Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.

10.Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
.
.
Ayat Pembatal Sihir


Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
.
.
Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.
.
.
Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:-

1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makhluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

3. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

4. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.
.
.
Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya.
.
.
Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan.
.
.
Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.
.
.
Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. Mood untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahu a’lam.

5. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.

6. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.

7. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.



**** note untuk saya sendiri....

Semoga ia memberikan manfaat buat anda juga....



Sekian.
Terima kasih...




13 Ogos 2016

SURAH ALI IMRAN AYAT 1-37 SEBAGAI PENAWARKU

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah aku mohon ZAT-MU , Aku mohon PemeliharaanMu, aku mohon PelindunganMu, Aku mohon pemulihanMu.... Sembuhkanlah segala penyakit yang ada dalam tubuh ku. Keluarkanlah jugak apa yang sudah lama bertapak di dalam tubuh Ku... Semoga Engkau Rahmati tubuhku supaya sentiasa sihat walafiat seperti sediakala ... Ku mohon dari-Mu melalui pembacaan ayat-ayatMU ( ayat Ali - imran 1 - 37 ) tadi... Ya Allah perkenalanlah makbulkanlah doaku ..

Aammiin Ya Rabbal Aalamiin....

*** surah ali - imran : 1-9 ( ayat ruqyyah ) sebagai pelindung diri...



20 Mei 2016

GARAM ADAKAH SEBAGAI PENYEMBUH ATAU PEMBUNUH

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.


GARAM :  Penyembuh @ Pembunuh ?



Image Sahabat FB


Sihir atau santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.

~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
.
.
.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Semoga bermanafaat. Inshaa Allah

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)

Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS. Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium. Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.
Cara yang betul penggunaan garam:

Kaedah Pertama:

- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai.

Contohnya: Kari Ikan..

- Kemudian masukkan garam dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.

- @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.
Kaedah kedua:

- Masak makanan tanpa masukkan garam.

- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.

"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "

- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.

GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah:

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.

Sebarkan sekiranya anda mahu semua orang Islam sihat!!

================

Minyak Aura (20mL) by Bidara Lab.
-->> mengandungi Garam Kristal, Extrak Pati Bidara & 7 Jenis Limau.
-->> Ia memberi Kesegaran selama 12 jam.
-->> ia juga sebagai ikhtiar menghindari gangguan Saka Degil & Aura Negatif
-->> Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur termasuk kanak-kanak.


#sharing is caring by BIDARA LAB

6 Mei 2016

MARI BERUBAT DENGAN AL QURAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Semalam saya terima sebuah buku Islamik dari cik Suami. Buku tersebut dari pemberian seorang kawan cik Suami juga. Sedekah katanya. Boleh juga baca ketika ada kelapangan.


Tajuknya : MARI BERUBAT DENGAN AL -QURAN 

Terjemahan : Abdullah Al -Qari b. Haji Salleh ( A.Q.Has )

Disemak oleh : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop.

Diterbitkan oleh : Al-Hidayah Publication
Diedarkan oleh : Ar-Risalah Product SDN.BHD.
Dicetak oleh : Percetakan Zafar Sdn.Bhd.
ISBN 983-9188-49-6
website : www.hidayah.com.my


Antara isi kandungannya




Banyak ayat-ayat Al Quran dijadikan UBAT PENAWAR SEGALA PENYAKIT.






" Dan kami turunkan dari pada apa yang menjadi penyembuh ( UBAT ) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Maksud ayat Al - Isra :82 



In Sya Allah...

Semoga ia memberikan manfaat buat anda sekalian.


Sekian.

Terima kasih.

30 November 2015

TIP BAGI MENCEGAH ATAU MENGHINDARI MATA ORANG DENGKI

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH SWT... Dan sihat-sihat belaka...

Sejak akhir-akhir ini , saya sentiasa mengulati sebuah buku islamik untuk terapi diri dan seluruh keluarga ....

Buku tersebut banyak mengajar sedikit demi sedikit untuk rawatan sendiri...


MENURUT BUKU TERAPI RUQYAH : PENDINDING GANGGUAN SIHIR , JIN DAN SYAITAN




Di sini saya , kongsi kan serba sedikit tip bagi mencegah atau menghindari mata orang yang dengki melalui buku tersebut...

Antaranya :

1. Memohon perlindungan kepada ALLAH daripada kejahatannya.

2. Bertakwa kepada Allah dan menjagaNya dengan menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Sebagaimana sabda Rasullah saw : " Jagalah Allah , nescaya Dia akan menjaga mu."

3. Bersabar atas orang yang dengki dan memaafkannya. Tidak perlu menyerangnya, mengeluhnya, dan tidak menceritakan gangguan-gangguannya atas dirinya meskipun Ia menyakitinya.

4. Tawakal kepada Allah, kerana siapa yang bertawakal kepada Allah , maka Dia- Lah yang akan mencukupinya.

5. Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukkan hati dengan memikirkannya , dan ini merupakan ubat yang sangat bermanfaat.

6. Menghadap Allah, ( berharap hanya kepada-NYA ) berbuat ikhlas kerana-NYA, serta mencari ketedhaan-NYA.

7. Taubat dari segala macam dosa, kerana taubat itu dapat mebantu seseorang melawan dan mengalahkan musuh-musuhnya. ALLAH SWT BERFIRMAN :



Maksudnya: " Dan apa sahaja musibah yang menimpamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar ( dari kesalahan-kesalahanmu) 

( SURAH AL-ASSUURA 42 : 30 )


8. Bersedekah dan berbuat baik sesuai dengan kemampuan. Ia mempunyai pengarih yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, menolak pengaruh mata yang berbahaya dan kejahatan orang dengki.

9. Memadamkan ' api ' kedengkian orang yang khianat dan orang menyakiti, dengan cara berbuat kebaikan kepadanya. Jadi setiap Kali gangguan , kejahatan dan kedengkian itu bertambah pada dirinya , maka tambahkan pula kebaikanmu kepadanya, diikuti dengan nasihat dan rasa kasihan kepadanya.

10. Memurnikan tauhid dan mengikhlaskan badan hanya kepada ALLAH YANG MAHA MULIA LAGI MAHA BIJAKSANA,  kerana sesuatu tidak dapat membahayakan atau memberikan manfaat kecuali dengan IZIN-NYA , DIALAH yang menghimpunkan Semuanya itu. Dengan demikian, tauhid merupakan benteng ALLAH SWT yang paling aging yang siapa memasukinya, maka di termasuk orang yang aman.





DISARANKAN AGAR MEMBACA AYAT-AYAT TERSEBUT:

1. SURAH AL IKHLAS
2. SURAH AL FALAQ
3. SURAH AN NAS
4. DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH 2 : 285 - 286






SEKIAN. TERIMA KASIH.
SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.









ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign