Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulilah... Semuanya sihat-sihat belaka dibawah dilindungi dan diberkati ALLAH SWT.
Setiap IBU di dunia ini ingin kan dirinya sentiasa IBU yang disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Terutama sekali kasih sayang IBU terhadap anak-anaknya.... Tidak kisah anak-anak berapa ramai yang perlu dijagai sepanjang hidup si ibunya. In sya Allah hingga ke syurga kasih sayang IBU tersebut.
Adakah IBU IBU Ingin jadikan dirinya sebagai IBU misali?
Tentu mahukan kan!!! Hihihi...
Tidak mengapa saya ingin kan berkongsikan serba sedikit APA dia ciri - ciri IBU misali.
Antaranya adalah :
1. Sentiasa berusaha mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
2. Anak-anaknya sentiasa merasai dakapan kasih sayangnya.
3. Bersikap adil dan sama rata terhadap anak lelaki dan anak perempuan.
4. Tidak membezakan kasih sayang dan jagaan antara anak lelaki dan anak perempuan.
5. Tidak mendoakan kejahatan dan keburukkan untuk anak-anak.
6. Sangat mengambil heart terhadap semua perkara yang memberi kesan kepada pertumbuhan akal dan fikiran anak-anak.
7. Menanam kan akhlak mulia kepada anak-anak.
8. Sentiasa berlapang dada menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anak.
9. Berlembut tetapi tegas dalam melayani tingkahlaku anak-anak, bertegas apabila menyentuh hal-hal ibadah , berlembut dalam watak dan layanannya.
10. Sentiasa meraihkan anak-anak serta mudah berkorban untuk kepentingan anak-anak.