Assalammualaikum dan Salam sejahtera ...
Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH SWT... Dan sihat-sihat belaka...
Sejak akhir-akhir ini , saya sentiasa mengulati sebuah buku islamik untuk terapi diri dan seluruh keluarga ....
Buku tersebut banyak mengajar sedikit demi sedikit untuk rawatan sendiri...
MENURUT BUKU TERAPI RUQYAH : PENDINDING GANGGUAN SIHIR , JIN DAN SYAITAN
Di sini saya , kongsi kan serba sedikit tip bagi mencegah atau menghindari mata orang yang dengki melalui buku tersebut...
Antaranya :
1. Memohon perlindungan kepada ALLAH daripada kejahatannya.
2. Bertakwa kepada Allah dan menjagaNya dengan menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Sebagaimana sabda Rasullah saw : " Jagalah Allah , nescaya Dia akan menjaga mu."
3. Bersabar atas orang yang dengki dan memaafkannya. Tidak perlu menyerangnya, mengeluhnya, dan tidak menceritakan gangguan-gangguannya atas dirinya meskipun Ia menyakitinya.
4. Tawakal kepada Allah, kerana siapa yang bertawakal kepada Allah , maka Dia- Lah yang akan mencukupinya.
5. Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukkan hati dengan memikirkannya , dan ini merupakan ubat yang sangat bermanfaat.
6. Menghadap Allah, ( berharap hanya kepada-NYA ) berbuat ikhlas kerana-NYA, serta mencari ketedhaan-NYA.
7. Taubat dari segala macam dosa, kerana taubat itu dapat mebantu seseorang melawan dan mengalahkan musuh-musuhnya. ALLAH SWT BERFIRMAN :
Maksudnya: " Dan apa sahaja musibah yang menimpamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar ( dari kesalahan-kesalahanmu)
( SURAH AL-ASSUURA 42 : 30 )
8. Bersedekah dan berbuat baik sesuai dengan kemampuan. Ia mempunyai pengarih yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, menolak pengaruh mata yang berbahaya dan kejahatan orang dengki.
9. Memadamkan ' api ' kedengkian orang yang khianat dan orang menyakiti, dengan cara berbuat kebaikan kepadanya. Jadi setiap Kali gangguan , kejahatan dan kedengkian itu bertambah pada dirinya , maka tambahkan pula kebaikanmu kepadanya, diikuti dengan nasihat dan rasa kasihan kepadanya.
10. Memurnikan tauhid dan mengikhlaskan badan hanya kepada ALLAH YANG MAHA MULIA LAGI MAHA BIJAKSANA, kerana sesuatu tidak dapat membahayakan atau memberikan manfaat kecuali dengan IZIN-NYA , DIALAH yang menghimpunkan Semuanya itu. Dengan demikian, tauhid merupakan benteng ALLAH SWT yang paling aging yang siapa memasukinya, maka di termasuk orang yang aman.
DISARANKAN AGAR MEMBACA AYAT-AYAT TERSEBUT:
1. SURAH AL IKHLAS
2. SURAH AL FALAQ
3. SURAH AN NAS
4. DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH 2 : 285 - 286
SEKIAN. TERIMA KASIH.
SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.