ِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Besar ...
la kami dunia dan di akhirat..
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulilah ... Semuanya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera..
Hari ini hati sentiasa tenang dan damai.... Ketika ini saya sedang membaca sesuatu yang mengusik hati naluri saya... Hati tersentuh sedikit demi sedikit....
Saya membaca dan sering terdengar ungkapan tersebut , TANGAN SI IBU MAMPU MENGGEGAR SELURUH DUNIA...
Ungkapan tersebut tepat bagi menggambarkan pengaruh kuat seorang IBU terhadap perkembangan dan pendidikan anak-anak.
Walaupun betapa besarnya dan beratnya tanggungjawab mendidik anak, namun persediaan fizikal mental dan rohani seorang IBU telah disediakan Oleh ALLAH SWT selengkapnya.
Setiap IBU menjadi lambang wanita yang mewah dengan naluri kelembutan dan kasih sayang.
Fitrah inilah yang membolehkan para IBU memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada anak-anak.
Keadaan demikian akan berlangsung di sepanjang hayat seorang IBU , baik ketika susah mahupun senang. Hidup seorang anak tidak lengkap dan sempurna tanpa wujudnya kasih sayang seorang IBU.
Sekadar ciuman serta pelukan seorang IBU sudah cukup membawa erti yang mendalam dan besar kepada diri seorang anak.
Walaubagaimana pun , wanita Islam sejati yang bergelar IBU , mampu memberikan tumpuan serius dalam mendidik dan membina jiwa yang teguh serta semangat juang dalam diri anak-anak. Setiap IBU solehah yang mantap semangat pengorbanannya akan menonjolkan pemikiran secara matang di samping mempamerkan akhlak unggul. Para IBU sekalian sanggup berkorban bagi menegakkan agama ALLAH SWT seperti juga pejuang LELAKI di Medan Perang..
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulilah...
Ciri-ciri Wanita Solehah:
1. Bergaul dengan suami atas dasar kerelaan dan kasih sayang.
2. Santun, lemah lembut tutur kata dan sentiasa bermanis muka ketika melayani suami.
3. Sentiasa menjaga penampilan diri tidak sampai suami melihat sesuatu yang buruk daripada isterinya. Sebolehnya sentiasa memakai haruman supaya suami tidak menghidu bau busuk daripada isterinya.
4. Sentiasa memastikan makan minum suami terurus dengan baik serta tidur an rehatnya mencukupi kerana perut yang lapar akan menyebabkan kemarahan dan kurang rehat menyebabkan sakit hati.
5. Menjaga nama baik dan kehormatan serta rahsia suami.
6. Tidak menunjukkan kegembiraan ketika suami bersedih dan berada dalam keadaan kesusahan. Begitu juga ketika suami bergembira isteri tidak sepatutnya bersedih pula. Isteri solehah sentiasa berkongsi rasa dan bersimpati serta memahami tanggungan dan perasaan suami.
7. Memuliakan suami agar suami juga memuliakan isteri maka akan terbinalah sikap saling hormat menghormati antara suami isteri.
Sekian
terima kasih.
sharing is caring always.....
Smile always.....
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulilah...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Apabila Wanita itu telah melakukan solat Lima waktu , Puasa Pada di bulan Ramadhan , taat kepada Suaminya, menjaga kehormatannya, akan dikatakan kepadanya , masuklah ke dalam syurga Dari mana-mana pintu yang kamu mahu" ( Riwayat Ahmad dan at - Tabrani )
Rasullah SAW juga bersabda lagi:
" Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia adalah WANITA YANG SOLEHAH" ( Riwayat Muslim )
Wanita solehah yang menjadi solehah adalah wanita yang dicintai Oleh Islam dan diredhai Oleh Allah swt. Wanita Islam yang bijaksana ini, sentiasa taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat. Dia sentiasa berusaha menggembirakan suaminya , walaupun suaminya bukan daripada golongan yang berharta. Dia tidak menyesal kerana kesempitan hidup dan tidak berasa susah dengan tugasan di rumah. Dia sentiasa ingat kepada beberapa orang wanita unggul dalam sejarah yang menjadi contoh teladan dalam menzahirkan kesabaran, kebaikan , dan melakukan amar makruf nahi mungkar.
Isteri Solehah
" Mahukah kamu , aku beritahukan daripada hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan Oleh seorang lelaki? Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya, dia akan gembira , jika suami menyuruh sesuatu , dia akan taat melakukannya. Jika suami tiada di rumah , dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya" ( Riwayat Ahmad )
ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign