UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

19 September 2015

EPHYRA SKIN BAR

Assalammualaikum Dan salam sejahtera


Ephyra Skin Bar

Diformulasikan dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan. Ia selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.


Kandungan

1. Glutathione
Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.

2. Kolagen
Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit  dengan lebih cepat untuk  menjadikannya lebih  tegang dan anjal.

3. Glyserin
Merawat kulit berminyak yang  menyumbang kepada masalah jerawat, serta masalah kulit lain. Sangat berguna merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. Ia juga memberi kelembapan pada kulit.

4. Banana Enzyme
Bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin,halus dan berseri.

5. Seaweed
Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.

6. Carrot Extract
Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.

7. Rice Bran Oil
Bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.

8. Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantumenjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam


Kelebihan
Melembapkan kulit wajah
Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
Menanggalkan kotoran,minyak & sel kulit mati
Merawat kulit berjerawat
Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
Boleh menghilangkan bau badan
Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan.

KLIK


*** sementara stok masih ada...




SEKIAN.
TERIMA KASIH



14 September 2015

CARA MENGHINDARI PERASAAN MARAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah ....
Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...

Dari Aisyah ra. Dia berkata ;

" TIDAK PERNAH RASULLAH SAW MEMUKUL SESUATU DENGAN TANGANNYA, SAMADA PEREMPUAN DAN KHADAM KECUALI DI DALAM PEPRANGAN PADA JALAN ALLAH SWT DAN TIDAK PERNAH MEMBALAS SATU PERBUATAN SALAH SAHABAT BAGINDA TERHADAP DIRI BAGINDA DENGAN PERBUATAN SALAH YANG SEBANDING. DENGAN PERBUATANNYA ( DIMAAFKAN DAN DIAMPUNKAN ) KECUALI DILANGGAR APA-APA YANG DIHARAMKAN ALLAH SWT, BARULAH BAGINDA MEMBALAS KERANA ALLAH SWT. " ( HR . MUSLIM )

Wahai para Muslimah, alangkah agungnya peribadi RASULLAH SAW yang sentiasa menanamkan sifat pengampun dan pemaaf di dalam jiwa kaum muslimin , oleh kerana itu sepatutnyalah kita mengikutinya, supaya kita terhindar dari godaan syaitan yang selalu mencari peluang untuk menjerumuskan seseorang yang sedang dalam keadaan marah.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.



MENETAPKAN PADA YANG SATU SAHAJA.

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah .... semuanya sihat-sihat belaka...

Cara yang paling praktikal bagi meluruskan hati dan menghindari cinta terlarang adalah dengan mengawal pandangan mata.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

" KATAKAN ( WAHAI MUHAMMAD ) KEPADA ORANG LELAKI YANG BERIMAN, HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA DAN MENAHAN KEMALUANNYA. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH SUCI BAGI MEREKA , SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG MEREKA PERBUAT. ( 30 ) KATAKANLAH KEPADA WANITA YANG BERIMAN , HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA. DAN JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASAANNYA, KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA........ ( 31 )
( SURAH AN-NUR 24 : AYAT 30 -31 )

RASULLAH SAW juga ada bersabda yang bermaksud :

" WAHAI ALI, JANGAN ENGKAU SUSULI PANDANGAN DENGAN PANDANGAN LAGI, KERANA PANDANGAN YANG PERTAMA MENJADI BAHAGIANMU. PANDANGAN YANG KEDUA BUKAN LAGI BAHAGIANNYA ( MALAHAN IA MENJADI DOSA KE ATASMU." ( RIWAYAT AT - TIRMIZI DAN ABU DAUD )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

12 September 2015

SEPULUH ( 10 ) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera ....

Alhamdulilah.... semuanya sihat-sihat belaka...

Berkongsi SEPULUH (10) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN.

1. Melakukan pekerjaaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, dan membiasakan sukan seperti olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit , dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang dan berteman dengan orang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumannya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

11 September 2015

RUMAH ADALAH TEMPAT YANG AMAN DAN TENTERAM SEPERTI DI DALAM SYURGA IDAMAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah... semuanya sihat-sihat belaka...

JADIKANLAH RUMAH BAGAIKAN SYURGA YANG PENUH DENGAN KEDAMAIAN DAN KASIH SAYANG

Rumah tidak kisah apa jua rupanya. Rumah yang senang diduduki dan selesa untuk setiap keluarga tercinta. Rumah juga membuahkan segala macam rasa gembira aman, suka , duka bersama suami isteri dan anak-anak. Rumah juga diibaratkan SYURGA YANG INDAH seandainya adanya bertolak ansur dan kasih sayang. Berhimpunan lah semua yang dikasihi tanpa adanya perselisihan. Sesungguhnya , rumah adalah RAHSIA KEBAHAGIAN.

ALLAH SWT BERFIRMAN:

" DAN HENDAKLAH KAMU TETAP DIAM DI RUMAH KAMU SERTA JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN DIRI SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH ORANG JAHILIAH ZAMAN DAHULU....... " ( SURAH AL AHZAB : AYAT 33 )

MAKSUD TERJEMAAH TERSEBUT:

" ENGKAU AKAN DAPATKAN KEBAHAGIAAN DI DALAM RUMAHMU. JAGALAH KEMULIAANMU , KETENTERAMAN, KETENANGAN, DAN KESANTUNANMU DARI PEROSAK. SESUNGGUHNYA WANITA MURAHAN ADALAH MEREKA YANG SERING KELUAR UNTUK KE PASAR TANPA ADA KEPENTINGAN. MEREKA BERTUJUAN AGAR TIDAK KETINGGALAN ZAMAN DAN MENGIKUTI KEADAAN MASA YANG TERKINI ( TREND ). MEREKA MEMASUKI PUSAT -PUSAT PERBELANJAAN SERTA MENCARI SEGALA SESUATU YANG BARU DAN ANEH YANG SAMA SEKALI TIDAK ADA HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH AGAMA , TIDAK SEIRING DENGAN RISALAH DAKWAH DAN TIDAK BERHUBUNGAN DENGAN PENGETAHUAN , ILMU DAN KEBUDAYAAN. DIA HANYA BERFOYA-FOYA DAN BERGAYA HIDUP BERLEBIHAN DAN YANG DIPERHATIKANNYA HANYALAH MAKANAN DAN PAKAIAN. MAKA , BERHATI-HATI LAH KETIKA MENINGGGALKAN RUMAH SEBAB IA MERUPAKAN TEMPAT TINGGAL YANG MENYENANGKAN TEMPAT YANG PENUH KEAMANAN DAN KETENANGAN. MAKA JADIKANLAH RUMAH ANDA SEBAGAI TEMPAT MENYEMAI CINTA DAN TITIK- TOLAK DALAM DALAM MEMBERIKAN ANUGERAH SEDEKAH DAN KEBERKATAN.

" KATAKALAH : DIALAH ALLAH YANG MAHA PEMURAH. KAMI BERIMAN KEPADANYA DAN MENGIKUTI PEMBERI PERTUNJUK ( NABI SAW ) DARI YATHRIB ( MADINAH )

Sekian.
Terima kasih.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign