UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

3 Oktober 2015

TAWADDUK TERHADAP ALLAH SWT

Assalammualaikum wbt dan dalam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka...

TAWADDHUK atau sikap merendah diri adalah merupakan budi pekerti yang mulia. Dengan adanya sikap tawaddhu' maka akan nenjadi indah budi pekerti , baik terhadap sesama manusia mahupun terhadap ALLAH SWT.

Sikap tawaddhuk itu tumbuh kerana adanya kesedaran akan hakikat kejadian diri. Sebab dari segi kejadiannya, manusia diciptakan dari tanah , maksudnya asal diciptakan manusia pertama sekali ( ADAM ) adalah dari tanah. Kemudian anak keturunannya Dari setitis air yang hina ( air mani ). Dapat pula diertikan bahawa semua manusia hidup daripada makanan dan tumbuh-tumbuhan dari tanah , kemudian makanan tersebut menjadi air mani.

Dengan menyedari asal kejadian manusia ini , maka tidak sepatutnya manusia itu menyombongkan diri.

RASULLAH SAW BERSABDA:

" SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MEWAHYUKAN KEPADAKU :
" BERTAWADDHUKLAH KAMU , HINGGA SESEORANG TIDAK BERMEGAH-MEGAH ATAS SESEORANG , DAN SESEORANG TIDAK BERLAKU ANIAYA ATAS SESEORANG."  ( HR. BUKHARI )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.

23 September 2015

SALAM AIDIL ADHA 1436H / 2015

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Takbir Raya sedang berkumandang di corong-corong radio dan televisyen... Malahan takbir raya juga bergema dari surau dan masjid...

Mendayu-dayu apabila mendengar takbir raya..

Dikesempatan ini , saya sekeluarga ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA 1436H / 2015...

Maaf jika ada silap dan salah selama ini ...


Kepada sesiapa yang sedang memandu balik ke kampung berhati-hati selalu... Biar lambat asal selamat semuanya sampai ke tempat destinasi yang dituju....


Sekian. 
Terima kasih...


14 September 2015

CARA MENGHINDARI PERASAAN MARAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah ....
Semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...

Dari Aisyah ra. Dia berkata ;

" TIDAK PERNAH RASULLAH SAW MEMUKUL SESUATU DENGAN TANGANNYA, SAMADA PEREMPUAN DAN KHADAM KECUALI DI DALAM PEPRANGAN PADA JALAN ALLAH SWT DAN TIDAK PERNAH MEMBALAS SATU PERBUATAN SALAH SAHABAT BAGINDA TERHADAP DIRI BAGINDA DENGAN PERBUATAN SALAH YANG SEBANDING. DENGAN PERBUATANNYA ( DIMAAFKAN DAN DIAMPUNKAN ) KECUALI DILANGGAR APA-APA YANG DIHARAMKAN ALLAH SWT, BARULAH BAGINDA MEMBALAS KERANA ALLAH SWT. " ( HR . MUSLIM )

Wahai para Muslimah, alangkah agungnya peribadi RASULLAH SAW yang sentiasa menanamkan sifat pengampun dan pemaaf di dalam jiwa kaum muslimin , oleh kerana itu sepatutnyalah kita mengikutinya, supaya kita terhindar dari godaan syaitan yang selalu mencari peluang untuk menjerumuskan seseorang yang sedang dalam keadaan marah.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.



MENETAPKAN PADA YANG SATU SAHAJA.

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulilah .... semuanya sihat-sihat belaka...

Cara yang paling praktikal bagi meluruskan hati dan menghindari cinta terlarang adalah dengan mengawal pandangan mata.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

" KATAKAN ( WAHAI MUHAMMAD ) KEPADA ORANG LELAKI YANG BERIMAN, HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA DAN MENAHAN KEMALUANNYA. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH SUCI BAGI MEREKA , SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG MEREKA PERBUAT. ( 30 ) KATAKANLAH KEPADA WANITA YANG BERIMAN , HENDAKLAH MEREKA MENAHAN PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA. DAN JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASAANNYA, KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA........ ( 31 )
( SURAH AN-NUR 24 : AYAT 30 -31 )

RASULLAH SAW juga ada bersabda yang bermaksud :

" WAHAI ALI, JANGAN ENGKAU SUSULI PANDANGAN DENGAN PANDANGAN LAGI, KERANA PANDANGAN YANG PERTAMA MENJADI BAHAGIANMU. PANDANGAN YANG KEDUA BUKAN LAGI BAHAGIANNYA ( MALAHAN IA MENJADI DOSA KE ATASMU." ( RIWAYAT AT - TIRMIZI DAN ABU DAUD )

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

12 September 2015

SEPULUH ( 10 ) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera ....

Alhamdulilah.... semuanya sihat-sihat belaka...

Berkongsi SEPULUH (10) KUNCI UNTUK MENCAPAI DAN MERAIH KEBAHAGIAAN.

1. Melakukan pekerjaaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi , maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan , iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, dan membiasakan sukan seperti olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit , dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman , berjiwa periang dan berteman dengan orang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumannya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign