UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

3 Disember 2015

KUAH KARI DALCA SAYUR

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....

Alhamdulilah ...
Semuanya sihat-sihat belaka....

Sebaik sahaja Bangun dari tidur terfikir hendak masak apa untuk tengahari ini...
Saya hanya terlintas hendak memasak kuah kari dalca sayur ... Sudah lama tidak memasak lauk tersebut....

Baiklah ... Saya sudah sediakan resepinya sesudah memasak sebentar tadi....



Ini dia menu untuk makan tengahari


Antaranya adalah ;

Bahan A :

1. Bawang besar : 1 biji
2. Bawang putih : 4 ulas
3. Cili kering : 10 tangkai
4. Serbuk kari : 5 sudu besar ( saya guna KARI ADABI )
KISAR SEMUA BAHAN A ( TERMASUK SEKALI SERBUK KARI SUPAYA SEBATI )

Bahan B:

1. Isi ayam / daging
2. Santan : 1 1/2 cawan
3. Air : 5 cawan
4. Minyak masak : 1/2 cawan
5. Bahan penumis ( pekkak, bunga lawang dan kayu manis ) ***

BAHAN C :

1. Ubi kentang : 1 biji
2. Carrot : 1 biji
3. Terung : 1 biji
4. Kacang panjang : 4

Ubi kentang , carrot dan terung : potong dadu besar.

BAHAN D:
**** Kacang dal dalam 1/2 cawan rebus hingga empuk

Cara memasak :

1. Panas kan minyak masak tadi.
2. Masuk kan bahan penumis (***) sehingga naik baunya.
3. Masukkan BAHAN A yang telah dikisar tadi. Tumiskan sehingga naik baunya dan terbit minyaknya.
4. Selepas itu , masuk kan isi ayam / daging.
5. Kemudian masukkan BAHAN C DAN BAHAN D.
6. Masukkan air sebanyak 5 cawan tadi ke dalam bahan-bahan tadi sehingga mendidih kuahnya.
7. Kemudian , setelah kuah mendidih dalam 10minit, masukkan santan pula.
8. Masak atau didihkan kuah kari sehingga sebati.
9. Masukkan bahan perisai iaitu garam secukup rasa.
10. Setelah masak kuah kari tersebut boleh dihidangkan bersama nasi panas.



Tapi saya sekeluarga makan bersama me sahaja. :-) :-) :-)


SELAMAT MENCUBA.
SEKIAN.
TERIMA KASIH.

2 Disember 2015

Primadona Mariani meninggal dunia


Assalammualaikum
Salam sejahtera...

Salam takziah buat seluruh keluarga almarhumah Mariano

Al fatihah





Sumber--->>>

Primadona Mariani meninggal dunia - Hiburan - Sinar Harian

TAMBANG KERETAPI AKAN NAIK DI BULAN JANUARI 2016

Asalammualaikum...
Dan
Salam sejahtera....

 ERL umumkan kenaikan tambang akan berkuasa pada bulan 1 JANUARY 2016...

Cuba lihat Di Sini Klik


1 Disember 2015

FIORE IN PINK

Assalammualaikum ...
Dan Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...
Semuanya sihat-sihat belaka....
Sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH SWT...


SHAWL BERBUNGA PINK @ MERAH JAMBU ... MENYERLAH KAN LAGI SI PEMAKAI SHAWL TERSEBUT... CANTIK DAN ANGGUN SANGAT...













SEKIAN.
TERIMA KASIH...



30 November 2015

TIP BAGI MENCEGAH ATAU MENGHINDARI MATA ORANG DENGKI

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ...

Alhamdulilah...
Semoga anda semua sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH SWT... Dan sihat-sihat belaka...

Sejak akhir-akhir ini , saya sentiasa mengulati sebuah buku islamik untuk terapi diri dan seluruh keluarga ....

Buku tersebut banyak mengajar sedikit demi sedikit untuk rawatan sendiri...


MENURUT BUKU TERAPI RUQYAH : PENDINDING GANGGUAN SIHIR , JIN DAN SYAITAN




Di sini saya , kongsi kan serba sedikit tip bagi mencegah atau menghindari mata orang yang dengki melalui buku tersebut...

Antaranya :

1. Memohon perlindungan kepada ALLAH daripada kejahatannya.

2. Bertakwa kepada Allah dan menjagaNya dengan menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Sebagaimana sabda Rasullah saw : " Jagalah Allah , nescaya Dia akan menjaga mu."

3. Bersabar atas orang yang dengki dan memaafkannya. Tidak perlu menyerangnya, mengeluhnya, dan tidak menceritakan gangguan-gangguannya atas dirinya meskipun Ia menyakitinya.

4. Tawakal kepada Allah, kerana siapa yang bertawakal kepada Allah , maka Dia- Lah yang akan mencukupinya.

5. Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukkan hati dengan memikirkannya , dan ini merupakan ubat yang sangat bermanfaat.

6. Menghadap Allah, ( berharap hanya kepada-NYA ) berbuat ikhlas kerana-NYA, serta mencari ketedhaan-NYA.

7. Taubat dari segala macam dosa, kerana taubat itu dapat mebantu seseorang melawan dan mengalahkan musuh-musuhnya. ALLAH SWT BERFIRMAN :



Maksudnya: " Dan apa sahaja musibah yang menimpamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar ( dari kesalahan-kesalahanmu) 

( SURAH AL-ASSUURA 42 : 30 )


8. Bersedekah dan berbuat baik sesuai dengan kemampuan. Ia mempunyai pengarih yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, menolak pengaruh mata yang berbahaya dan kejahatan orang dengki.

9. Memadamkan ' api ' kedengkian orang yang khianat dan orang menyakiti, dengan cara berbuat kebaikan kepadanya. Jadi setiap Kali gangguan , kejahatan dan kedengkian itu bertambah pada dirinya , maka tambahkan pula kebaikanmu kepadanya, diikuti dengan nasihat dan rasa kasihan kepadanya.

10. Memurnikan tauhid dan mengikhlaskan badan hanya kepada ALLAH YANG MAHA MULIA LAGI MAHA BIJAKSANA,  kerana sesuatu tidak dapat membahayakan atau memberikan manfaat kecuali dengan IZIN-NYA , DIALAH yang menghimpunkan Semuanya itu. Dengan demikian, tauhid merupakan benteng ALLAH SWT yang paling aging yang siapa memasukinya, maka di termasuk orang yang aman.





DISARANKAN AGAR MEMBACA AYAT-AYAT TERSEBUT:

1. SURAH AL IKHLAS
2. SURAH AL FALAQ
3. SURAH AN NAS
4. DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH 2 : 285 - 286






SEKIAN. TERIMA KASIH.
SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT UNTUK ANDA.









ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign