UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

9 Mac 2016

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Assalammualaikum...
Salam sejahtera ....

Alhamdulilah..





Sukacita dimaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :



KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :



RAKAAT PERTAMA



Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala


1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Unit Risik Kajian Alam Malaysia



8 Mac 2016

DOA UNTUK SUAMIKU

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Sempena HARI WANITA SEDUNIA

Mari lah kita doakan untuk Si Suami :

Bismillahirrahmanirrahim




Semoga ia memberikan manfaat buat anda ...

Sekian.
Terima kasih.

DOA TAUBAT , REDHA DAN ILMU

Assalammualaikum...
Salam sejahtera....

Alhamdulilah....



Semoga ia memberikan manfaat buat anda ...

Sekian.
Terima kasih....




LUKISAN ABAM

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini , cik abam baru baik demam dan batuk... Nak dekat dua minggu cuti sakitnya... Segala ubat-ubatan seperti antibiotic, ubat demam dan batuknya membuatkannya semakin sembuh dari sakitnya ... Terima kasih doktor....

Cik abam baru juga balik dari PRA sekolah dihantar oleh Atuknya...

Selepas sahaja makan tengahari , cik abam mengajak umminya melukis keretanya...

" Ummi , jom lukis kereta..."

" Ok .. Kejap ye . ."



Ini lah hasil tangannya cik abam

Antara perkembangan yang dapat saya lihat cik abam:

1. Sudah pandai melukis barang peribadinya seperti keretanya

2. Cik abam sudah tahu menjaga dirinya daripada benda bahaya, melindungi, simpati dan pandai bergaul.

3. Cik abam sudah dapat beberapa huruf jawi.

4. Cik abam sudah mengenali warna dan dapat menulis beberapa huruf dan nombor.

5. Cik abam apabila beriadah di taman permainan dia sudah pandai memanjat, bergayut, bermain gelongsor , main buaian dan bermain bola



6. Cik abam kelihatan lebih dewasa dan beryakinan walaupun dalam satu masa cik abam manja sangat...


Sekian.
Terima kasih...


Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!


5 Mac 2016

4 Soalan Dari Ucing

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/03/4-soalan-dari-ucing.html

  Hi Blogger.Jawab Empat Soalan dari Ucing ,Ada Berani .? Follow Blog Ucing atau Google +.Copy Code yang Tersedia di Bawah .Buat tajuk "4 Soalan Dari Ucing" dan Publish . Tinggalkan Post Anda di Ruangan Komen  Di Sini.Tag Rakan Anda untuk Sama-sama menjawab 4 Soalan Ucing..Segmen Tamat 15-3-2016.(^x^) miau..miau...

Ucing Soal Anda Menjawab ok..(^_*)

Ucing "Soalan Pertama Macam mana Nak Masukkan Gajah dalam peti Ais.?"

Anda Menjawab: BUKA PETI AIS PASTU MASUKKAN GAJAH .. AKHIR TUTUP PETIA AIS

Ucing "Soalan Kedua Macam mana Nak Masukkan Zirafah dalam Peti Ais.?"

Anda Menjawab : BUKA PETI AIS KUARKAN GAJAH , MASUKKAN ZIRAFAH, MASUKKAN GAJAH PULA ... PASTU TUTUP PETI AIS SEMULA

Ucing "Soalan ketiga Kalau Singa Mengajak Semua Haiwan,Haiwan Apa yang tak akan datang.?"

Anda Menjawab: ALAMAK YANG INI BUKA PETI AIS ... KENA KUAR KAN DULU GAJAH N ZIRAFAH ...BARULAH MASUKKAN SINGA .... SEMUA HAIWAN X MAU MASUK SEBAB SINGA ADA DALAM PETI AIS... ( HAHAHAHAH GELAK AKU SAMPAI SAKIT PERUT NAK MENAIP )

Ucing "Soalan Keempat Macam mana Nak Berenang Menyeberang Sungai yang penuh dengan Buaya.?"

Anda MenjawaB : SAMBIL MELOMPAT MACAM SI KANCIL DENGAN BUAYA MENYEBERANGI SUNGAI... SATU DUA TIGA LEKUK JANTAN BETINA AKU KETUK.... HAHAHA MACAM C KANCIL MENYANYI... ADUHAI PENAT FIKIR...HIHIJI


Saya tag awak Mimi Kyumi




ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign