UMMI ADRIANA: LUKISAN ABAM

FAIZABUNYAMIN TABUNG

8 Mac 2016

LUKISAN ABAM

Assalammualaikum...

Salam sejahtera...

Alhamdulilah...
Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Hari ini , cik abam baru baik demam dan batuk... Nak dekat dua minggu cuti sakitnya... Segala ubat-ubatan seperti antibiotic, ubat demam dan batuknya membuatkannya semakin sembuh dari sakitnya ... Terima kasih doktor....

Cik abam baru juga balik dari PRA sekolah dihantar oleh Atuknya...

Selepas sahaja makan tengahari , cik abam mengajak umminya melukis keretanya...

" Ummi , jom lukis kereta..."

" Ok .. Kejap ye . ."



Ini lah hasil tangannya cik abam

Antara perkembangan yang dapat saya lihat cik abam:

1. Sudah pandai melukis barang peribadinya seperti keretanya

2. Cik abam sudah tahu menjaga dirinya daripada benda bahaya, melindungi, simpati dan pandai bergaul.

3. Cik abam sudah dapat beberapa huruf jawi.

4. Cik abam sudah mengenali warna dan dapat menulis beberapa huruf dan nombor.

5. Cik abam apabila beriadah di taman permainan dia sudah pandai memanjat, bergayut, bermain gelongsor , main buaian dan bermain bola



6. Cik abam kelihatan lebih dewasa dan beryakinan walaupun dalam satu masa cik abam manja sangat...


Sekian.
Terima kasih...


Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ukhwah ...
Terima kasih Singgah di sini. Segala komen anda dimanfaatkan dan dihargai.
Salah silap mohon maaf ye...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign