Salam sejahtera ...
Alhamdulilah.... Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
TANDA TANDA ORANG BERTAQWA
TAQWA: Bermaksud TAKUT, menjaga diri, memelihara , tanggungjawab yang memenuhi kewajiban. |
sabda Rasullah saw:
" Bertaqwa lah ke pada Allah swt di mana sahaja kamu berada dan gantikanlah keburukan itu dengan kebaikan , tentu kebaikan itu akan menghapuskannya, dan pergaulilah sesama manusia dengan akhlak yang baik. " ( HR:TARMIZI )
Antara tanda-tanda orang yang bertaqwa itu adalah :
1. Beriman kepada Allah swt.
2. Beriman kepada para malaikat.
3. Beriman kepada kitab-kitab Allah swt.
4. Beriman kepada para Rasul.
5. Beriman kepada Hari Akhirat.
6. Beriman kepada takdir.
7. Mendirikan solat.
8. Menunaikan Zakat.
9. Memberikan Harta yang dicintainya kepada kaum kerabatnya.
10. Sabar dalam menghadapi kesempitan hidup.
11. Menepati janji.
12. Benar dalam keimanannya kepada Allah swt.
13. Mengagungkan syiar agama Allah swt.
14. Menginfakkan harta dalam keadaan senang dan dalam keadaan susah.
15. Menahan amarah.
16. Memaafkan kesalahan orang lain.
17. Beriman kepada perkara yang chain , Sebagaimana dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Jika semua sifat-sifat ini telah Ada di dalam hati anda maka peliharalah ianya, nescaya anda akan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda ...
Dan peringatan buat diri saya juga..
Sekian .
Terima kasih....
semoga kita semua mnjadi org yg bertaqwa kpd ALLAH iNSYAALLAH...
BalasPadamjemput join segment http://hatinufid.blogspot.my/2016/03/blogwalking-by-coretanku.html
:-)
Padam