UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

30 Mac 2016

RUMAH IDAMAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...

Anda terpikir tak? Apa rumah idaman buat seluruh ahli keluarga anda? 

Apabila saya buat test melalui satu website tersebut . Terkedu lidah sekejap. Besarnya sangat RUMAH itu. Tak mampu lah pula hendak memilikkinya...

CONTOH RUMAH IDAMAN
KLIK RUMAH IMPIAN

Rumah adalah tempat yang paling Selamat untuk diduduki daripada berpanas dan berhujan. Tempat berehat di kala malam. Tempat beribadah. Tempat menyemaikan kasih sayang. Dan sebagainya. Rumah terlalu mewah pun tidak menjamin kebahagiaan. Mencari RUMAH ikut atas kemampuan diri sendiri.

*** p/s jika anda melayari website tersebut hanya untuk suka-suka sahaja. jangan kecam saya ye... Untuk hiburkan hati Sahaja. Pissss yo..

< BACA SINI JUGA > 


DOA MEMOHON ZURIAT KETURUNAN YANG BAIK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu. 

DOA MOHON KETURUNAN YANG BAIK.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar ( menerima ) DOA permohonan.

Amiinnn Ya Rabbal alamiinn

Semoga ia memberikan manfaat buat anda Semua.

Sekian.
Terima kasih.



29 Mac 2016

DOA MOHON ILMU, NAMA BAIK DAN SYURGA

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA MOHON ILMU, NAMA BAIK DAN SYURGA.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orange orang yang soleh , dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang ( yang datang ) kemudian , jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan



Semoga ia memberikan manfaat buat anda.

Sekian.
Terima kasih



28 Mac 2016

GUARD UNTUK RUMAH SELAMAT

Kongsikan bersama...

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air

“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut… , dia nampak air…

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…”

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.





Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)

2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)

3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)

4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5 Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Tp kita sebagai org islam walaupun perlu tegas dgn penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan.. lepas baca tu jgn lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak lemas dilautan.. jangan diletak jetski plak nti dia meronda dalam rumah tu nanti

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Amin.

DIBESARKAN DI DAERAH TAMPIN

Assalammualaikum
Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

Anda masih ingatkah Lagu J Sham? Suratku untukmu?

No66 Jalan Seremban,
Tampin, Negeri Sembilan
Untuk kekasih ku yang jauh dimata

Kasih ku sayang mengapa membisu
Berpucuk sudah surat ku untukmu
Mungkin kan kini rindu padaku

Oh……oh……rindunya ingin ku berikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk  menghiburkan hati rindu….rindu

Oh….oh…..rindunya ingin ku berikan
Apa khabarnya orang disana…
Mungkin kah kini jemu padaku

Kasih ku sayang mengapa membisu
Berpucuk sudah surat ku untukmu
Mungkin kah kini



Saya juga dilahirkan pada tahun 80'an di hospital Seremban , Negeri Sembilan. Dibesarkan di daerah Tampin. Kenangan sudah bertahun lamanya , umurku sudah pun hampiri 40'an. Banyak perubahan yang ketara di Pekan Tampin.


station Bus

Station keretapi

Pekan Tampin


Tapak Pasar Malam Hari Sabtu

Sempadan Tampin - pulau Sebang.
Tampin

Tampin terkini

Oklah sekarang Pekan Tampin tengah membangun dengan pesatnya adanya kemudahan awam,tempat membeli belah , taman perumahan baru yang menghubungkan ke Pekan Klik Sini Tampin

Ramai pengunjung datangnya dari pelbagai daerah seperti Alor Gajah, Gemas, Kuala pilah, Seremban. Semuanya Ada. Seandainya Hari Raya terutamanya , Pekan Tampin sentiasa penuh dan padat. Sampaikan saya pun malas hendak keluar untuk membeli barang persiapan Hari Raya. Mereka tertumpu pada satu tempat Iaitu Tampin Square.

Jenuh nak bersesak-sesak ketika itu... Tapi nak buat macamana kan? Terpaksa redah sahaja tempat itu....


ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign