UMMI ADRIANA

FAIZABUNYAMIN TABUNG

12 April 2016

DOA PENGIKAT KASIH.

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

DOA PENGIKAT KASIH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ya Allah , berikanlah keberkatan melalui isteriku dan berikanlah keberkatan kepada mereka melalui diriku.

Ya Allah , satukanlah kami dengan kebaikan pisahkan kami jika perpisahan itu memberikan kebaikan pada kami semua.


Aamiinn Ya Rabbal Alamiin...

Semoga ikatan akad nikah sentiasa berkekal bahagia hingga ke Jannah di samping KELUARGA tercinta

11 April 2016

RAJINNYA SAYA KAN?

Memang tidak boleh dinafikan. Hihihi.

*** pstt... Malas nak kupas image tersebut. Almaklum sahajalah hanya anda semua tahu dan memahami perkara tersebut.

HARI KETIGA GANTI PUASA RAMADHAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah.

Hari ini Hari ketiga masih ada  bakinya empat hari lagi untuk mengqada puasa Ramadhan 1436h .. Masih belum terlambat qadakan puasa tersebut. Saya buat selang sehari dalam minggu lepas. Lagipun saya baru ' bercerai' susu badan dengan si Alya.. Puas pujuk alya untuk itu... Baru Kali ini saya boleh ganti semua puasa tersebut. Alhamdulilah. Semoga dipermudahkan segala urusan.



Niat Ganti Puasa Ramadhan.

MY FAVORITE CAR AUDI




KERETA IDAMAN SAYA. KALAU LAH DAPAT SEBUAH AUDI. ALANGKAH SERONOKNYA. TAK PERLAH AUDI DALAM CHECKLIST SAYA DAHULU. TAK SALAH PUN MEMBUAT ANGANAN SAHAJA. HIHIHI...


6 Tips Servis Kereta:

Anda tidak perlu menjadi seorang mekanik mahupun pelajar graduan dari Jurusan Mekanikal. Tetapi anda harus tahu bila, bagaimana dan strategi dalam menghantar kereta untuk diservis ke bengkel.


Tip 1 : Bagaimana anda mahu kenali workshop yang bagus? Ada dinyatakan di dalam ebook ini.

Tip 2 : Fahami adakah kereta anda perlu selalu diservis? Jika perlu bila? Pada kilometer ke berapa?
Anda juga wajib tahu bahawa kereta yang lambat dihantar servis, akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti kerosakan ruang enjin, kebocoran kuasa dan akhirnya perlu di overhaul untuk menyelamatkan enjin! Kosnya? Boleh mencecah RM4,000!

Tip 3 : Bagaimana sesuaikan keadaan pemanduan dengan servis kereta. Wajib tahu!.

Tip 5 : Alat ganti bagaimana yang anda perlu pilih?

Tip 6 : Bilakah waktu dikira kereta sudah lambat diservis?





DOA KEKALKAN KASIH SAYANG DI ANTARA SUAMI , ISTERI DAN ANAK

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.

DOA KEKALKAN KASIH SAYANG DI ANTARA SUAMI, ISTERI DAN ANAK.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara yang kebaikan ) , dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih dari pada kesabaran musuh di Medan perjuangan) , dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan ) "

Aamiinn Ya Rabbal Alamin...

ALYA ADRIANA Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign