Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga Anda sentiasa sihat-sihat selalu...
LIRIK LAGU MULIANYA RAMADHAN ( REM )
Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya
Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa
Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan
Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri
Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita...
Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...
< BACA SINI JUGA >
10 Jun 2016
SEKILAS PANDANG MENGENAI PUASA RAMADHAN
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.
< BACA INI JUGA >
Sekian.
Terima kasih.
Semoga ia memberikan manfaat buat anda semua.
< BACA INI JUGA >
Sekian.
Terima kasih.
SALAM JUMAAT 5 RAMADHAN 1437H
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِDoa Pagi Jumaat .
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api neraka.
Ya الله , pada hari ini Engkau muliakan kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.
Ya Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu mendoakan kebahagiaan orang lain.
Ya Allah berilah juga kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.
Ya Allah jauhkanlah diri kami dari berbagai penyakit hati. Ya Allah tunjukkanlah kepada kami jalan kebenaran iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya الله perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.
Ya الله sesungguhnya Engkau Yang Maha menyaksikan bahawa kami menerima apa yang telah disampaikan oleh RasulMu Nabi Muhammad SAW.
Ya الله sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.
Ya الله masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.
Ya الله , Ya Tuhan kami, kami juga bermohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami.
Ya الله tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.
Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya الله peringatkan
kami apa yang kami lupa.
Ya الله sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.
Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .
Ya الله haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tampa hisab. ََ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ
MAHUKAN ABINYA
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu...
Setiap kali pagi waktu abi pergi kerja. Sebaik sahaja bangun dari tidur, Alya mesti tanyakan soalan ini setiap hari :
" Ummi, mana abi?"
" Abi, sudah pergi kerja ... Alya.."
" Ok..."
" Abang Darwish dan Alya kan ada Ummi apabila abi pergi kerja.. Ummi selalu ada sama bersama kamu berdua. Ummi jaga anak-anak abi."
" Baik Ummi... "
Lalu mereka memeluk dan mencium umminya dengan penuh kasih sayangnya.
Tepat jam 6petang setiap hari, Abang Darwish dan Alya sudah berebut tunggu depan pintu. Tunggu Abinya berikan salam. Abang Darwish dan Alya terus memeluk abinya.
Selepas itu, Abang Darwish minta makan me sup, " abi nak mee sup...?"
Abi menjawab, " Kita makan nasi ye?"
Abang Darwish mengangguk, " Baik , abi."
Anak-anak sudah semestinya menarik perhatian Abinya selepas waktu habis kerja. Walaupun abinya masih kepenatan bekerja.
Setiap kali pagi waktu abi pergi kerja. Sebaik sahaja bangun dari tidur, Alya mesti tanyakan soalan ini setiap hari :
" Ummi, mana abi?"
" Abi, sudah pergi kerja ... Alya.."
" Ok..."
" Abang Darwish dan Alya kan ada Ummi apabila abi pergi kerja.. Ummi selalu ada sama bersama kamu berdua. Ummi jaga anak-anak abi."
" Baik Ummi... "
Lalu mereka memeluk dan mencium umminya dengan penuh kasih sayangnya.
Selepas itu, Abang Darwish minta makan me sup, " abi nak mee sup...?"
Abi menjawab, " Kita makan nasi ye?"
Abang Darwish mengangguk, " Baik , abi."
Anak-anak sudah semestinya menarik perhatian Abinya selepas waktu habis kerja. Walaupun abinya masih kepenatan bekerja.
TERDENGAR SUARA ITU MEMANGGIL
Assalammualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Semoga anda sentiasa sihat-sihat selalu.
Kisah sebelum bangun dari tidur untuk bersahur pagi tadi. Terdengar suara yang memanggil yang cukup kenal di dalam tidurku tadi.
" Along..." , suara itu memanggilku.
" Bangunlah... Waktu dah nak abis ni!"
Saya masih lagi berlingkar di atas katil masa itu.
Macam-macam bunyi di dapur. Bunyi siulan air masak mendidih. Bunyi lagaan senduk dan kuali. Ketukkan lesung batu. Bau aroma menumis bahan-bahan. Semuanya ada. Tidak menahan untuk mendengarnya. Kalau Boleh satu blok tahu suara itu. Semuanya nak dikejutkan.
Lantas saya pun bangun dari tidur. Bangun tengok sekeliling dalam bilik. Gelapnya. Tengok anak-anak masih tidur. Rupa-rupanya saya bermimpi. Suara yang memanggil itu datang dari Mimpi. Aduh... Rindunya suara itu. Rasanya nak saja balik ke rumah mak yang sedang memanggil dari kejauhan yang berpuluh-puluh kilometer dari sini. Walaupun hanya dalam mimpi.
TIP